Cairo :D

6:47:00 PM


Cairo atau dalam bahasa Arabnya, Kaherah. Aku tak pernah terfikir pun untuk belajar kat Mesir ni, seriously. Memang dari kecil, aku memang nak study kat oversea, tapi bahagian Europe sana. Haha, tiba-tiba dapat Mesir plak. Tak apalah, rezeki Allah. Aku bersyukur juga datang sini. Memang Allah takdirkan aku untuk datang sini. Hebat betul kuasa Allah s.w.t :3

CAIRO.


25 Jun hari tuh aku and ahli bait aku turun Cairo, saja jalan-jalan lepas stress habis exam. Lagipun Athi dah nak balik Malaysia 30 Jun nii. So, dia pun memang nak beli barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kan nak kena beli barang untuk buah tangan orang kat Malaysia, habis duit nak korek mana ntah lagi. Itulah sebab ada ramai kawan. Kalau beli untuk yang dia tuh, yang lagi sorang plak kecil hati. Pendek kata, nak jaga hati semua orang nii susah sebenarnya.


Kat Cairo nii, ktorng berkunjung ke Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) Terangganu di Hayu' Asyir. Hayu' Asyir nii memang jauh gila dari Awal Makram, tempat ktorang turun tramco. Dipendekkan cerita, aku jumpa dua pupu Sarah kat sana. Kak Long masak sedap gila! Siap dengan kari kepala ikan, asam pedas, and sambal ikan bilis tempe. Fuhh, sedap gila !
Terubat rindu nak makan makanan malaysia.


Hehe, lain kali memang nak datang lagi. Malam tu, kami bergerak ke Hussin. Kat Hussin nii ada dua masjid yang agak besar, iaitu Masjid Al-Azhar dan Masjid Hussin. Kat sini apa keistimewaannya? Jawapannya ialah SHOPPING ! :3

Ramai gila orang Malaysia kat sini. Yelah, musim nak balik Malaysia kan? Jealous gila tengok dorang borong macam-macam untuk dibawa pulang ke Malaysia. Wahh, sakan shopping nampak! Baik lelaki, mahupun perempuan sama saja semua.

Then, lepas dah siap bershopping, kami bergerak ke ARMA atau kini dikenali dengan nama DEMAK di Abasiyyah. Tidur kat sini satu malam. Kena bayar berapa satu malam? Haa, murah je. LE 3 satu malam:D




ARMA nii merupakan hostel untuk pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sekitar Cairo. Contohnya, ramai pelajar Al-Azhar tinggal di sini. Lagipun, sewanya pun murah kalau nak dibandingkan dengan sewa rumah biasa.

Esoknya, kami ke City Star. City Star nii diibaratkan macam KLCC kat Malaysia. Tempat shopping yang agak mahal. Hoho, tak mampu aku nak shopping kat sini. Saja jalan-jalan.


Tapi, sekarang City Star tengah hot buat SALE. Even H&M dan Zara pun tengah buat Sale besar-besaran. Rambang mata kan nak shopping? Biasalah, dorang nak let go stok winter and promote stok summer.




Okaylah, nanti aku cerita lagi tentang perjalanan aku kat Cairo.

Dearly,
Y

You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu