RAYA SAKAN WITH THE SAVIOURS

2:41:00 AM





HAHA. Apa yang best sangat hari ini? Hari nii pergi beraya sakan dengan Saviours ! 

Aku rasa kali niii raya aku paling best sangat sangat :)


Thank you guys sebab angkut aku sama tahun niii. Sangat best. Bila aku citer kat ayah aku pun, dia tak jadi nak marah sebab tengok muka kebahagian aku yang melampau lampau. HAHA.

Kenapa ayah nak marah? Banyak sebab. FIRST. Balik lewat gila! Pukul 12 tgh malam aku sampai kat security guard umah ayah. SECOND. Aku sesat nak balik rumah semula sebab aku tak hafal jalan pulang. Damn. Kesian kat Ulat sebab drive hantar sampai depan rumah. Dah laa sesat bagai. Berpusing pusing. Faris,Moi, Ain and Mashi pening kepala nak hantar aku balik sebab umpama nak hantar budak kecik yang hilang parent -,-"

Well, ayah tak jadi marah :)
Sebab anak dia bahagia sangat bila balik. Gembira teramat. Pot Pet Pot Pet aku cerita kat ayah. Ayah senyum je, excort aku balik umah.

Okay, bagaimana perjalanan aku hari ini?

BANTING ---> KLANG ---> SHAH ALAM ---> SEMASHUR

FIRST. Aina ambil aku kat KTM Serdang and bawa aku ke Banting. Kat sana jumpa Afiq Sulaim, Sumo, Yana, Tikah M and Ajiq !

Ya Allah, Sumo dah KURUSSSSSS!!! Gosh !
Sulaim nampak kurus sangat and makin handsome anak teruna org niii . Yana mantain and dah tunang dah pun. Ajiq? Ajiq sangat best ! Tikah M always cun macam biasa :)

HAHA. Aku baru taw Aina pernah drive kereta sampai tayar tercabut. Bapak ganas drive kereta -,-"

Beraya rumah Paed. Paed makin comel and makin kurus -,-"



Then beraya rumah Aina pula :D


Then, gi beraya ke rumah Yana plak. Mak Yana best giler ! Aku rasa dia da attack Sulaim tuhh nak dijadikan menantu pilihan. Tapi malangnya Yana kan dah tunang? Huhu. Memang Sulaim uhh menantu pilihan pun. HAHA. 

Sumpah best gila dapat kenakan Ajiq. HAHA. Aku tak pernah jadi gila macam niii. Thank you guys !











Then, gerak gi umah Sumo. Mak Sumo pun best. Always senyum. Terbit rasa cemburu di hati bila tengok dorang sgt mesra each other. Macam family. Best gila ! 


Nanti raya tahun depan nak ikut gi beraya jugak !! Pas tuh gerak gi rumah Auffa. Memang berpusing pusing dalam Shah Alam tu. Sesat cari simpang rumah Auffa. Seksyen 7, Jalan Akuamarin 7/21A -,-" Simpang yang bertentangan dengan SHELL. Aina . Aina.
*geleng geleng kepala






Mama Auffa best sangat sangat !! Cantik and nampak muda ! Hehe, dapat duit raya plak tuhhhh :)
Thanks dear aunty!


Gambar dengan setiap tuan rumah ada dalam DXLR Yana.  Sorry. Battery handphone sgt mencemburui kemesraan kami.

Azan Maghrib. We pulled over kat nearest Masjid to pray. Subahanallah. Cantik gila Majid tuhhhh!!! Masjid Sultan Selangor. Cantik sangat. Simple. Tapi indah.








Rumah ke 6 ialah rumah Afiq Sulaim. Rumah beliau di Bukit Jelutong . Lawa sangat rumahnya. English concept. Simple. But yet really nice. Parent Afiq Sulaim pun best. Mama dia best gila. Sporting :)
Dan aku dihujani soalan berkaitan Mesir. Normal. Dah biasa. Hot Stuff. HAHA. GURAU !




Last station was Ustaz Yazid's house. Jumpa Ulat and Faris Jaafar kat sana. Faris dah KURUSSSSS juga ! Ustaz Yazid happy gila menyambut kedatangan kitaorng. Teh Tarik Ustaz Yazid sangat sangat sangat SEDAP. Serious. Rasa macam nak gi umah Ustaz Yazid lagi demi teh tarik kaw kaw dia :) LOL~
















Ulat bawa satay and nasi impit. Best best. Sebab Ustaz Yazid buka kisah lama mereka mereka.
Korang, Thanks tawww sebab angkut aku tadi pergi beraya. BEST SANGAT. Nanti tahun depan nak join lagi ! 


Sekian sahaja perjalanan raya saya pada hari ini. Nanti kalau ada lagi, kita update lain laa eh :)

Dearly,
Y

You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu