Syndrome Last Minute

3:26:00 PM



Assalammualaikum. 


Aku duduk termenung depan meja study yang bertimbun dengan buku anatomy. Written Anatomy Paper baru lepas. Dah tu, awat tak kemas lagi buku buku Anatomy? Now, tengah prepare untuk Oral Anatomy Exam plak. Anatomy ada 3 part; Praktikal, Written dan Oral. 

Aku bukanlah pelajar yang rajin tahap petala kelapan. Tapi, aku sedar sebagai pelajar perubatan, aku tak boleh leka. Aku tak boleh malas. Sebab bidah ang aku ni melibatkan manusia dan benda bernyawa.

Korng pernah terfikir tak, berapa harga segulung ijazah? Titik peluh korng, beribu habis duit mak ayah tanggung perbelanjaan study and so on. Aku tak dapat biasiswa or any tajaan sbb result first year aku yang incompetent. Second year ni pun belajar mcm dah improved dari first year. Tapi aku rasa kurang keyakinan. 


Syndrome Last Minute

Selalu aku memang belajar everything last minute. Itu antara kekuatan aku sejak zaman sekolah. Tapi, sejak masuk universiti ni, study last minute memang tak berkesan langsung. Serius talk. Amek contoh Anatomy. Tahun ni ada 4-5 buku. Satu buku tu cerita pasal every part kat badan kau dengan sangat terperinci. Origin, insertion, boundaries, blood supply, nerve supply of muscles, brain semua kau kena hafal. Benda benda macam ni, tak boleh nak guna logik akal macam jawab Pendidikan Agama Islam, or Sivik Bersepadu or macam jawab Matematik. Kalau sejarah, kau still boleh temberang buat sejarah sendiri ( Ni, aku selalu buat time sekolah dulu, alhamdulillah so far dapat A memanjang. HAHA! ), tapi Medicine nak ikut logic? Ada jaa yang boleh fikir ikut logic. Manusia macam tu, memang aku salute! 

"Jangan ikut darah muda. jgn hanya fikir nak enjoy.Sekali bergelar mahasiswa, jangan asyik nak berkhayal tak tentu pasal, jangan perasan diri pandai, capai dulu harapan ibu dan ayah, buat suruhan agama, barulah berkat..."

TIADA ISTILAH STUDY LAST MINUTE


Tidak ada sebab untuk rasa terkilan andai andai usaha yang dilakukan tu dari awal sehingga penamat pengajian.
"Tertawalah pada segala cubaan dan terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan."

Untuk menempah kejayaan, bukan sedikit pengorbanan yang harus dipasakkan dalam diri.

Begitu hidup ini, panjang dan pantas, padat dan deras. Tak terjangkau dek manusia. Sehinggakan kekadang aku juga tertanya, benarkah kehidupan ini sudah ada ketentuan? Benarkah kehidupan ini selayaknya untuk manusia yang menang pertaruhan?

Jawapannya tidak. Selagi usahan itu berterusan, Tuhan itu akan mengadili. Selagi kesungguhan itu berpanjangan, kejayaan itu pasti mengiringi. Selagi keikhlasan itu tetap di hati, penilaian akan dianugerah Ilahi.

Tidak ada perkataan last minute dalam kehidupan manusia yang maju. Ibarat mati, pastinya manusia tidak mahu bekalan amalan ke akhirat dilakukan di saat saat akhir kehidupan.

MAHU + AMAL = AMAL

Usah sempitkan diri dengan perkara perkara yang memusnahkan harapan ayah dan ibu.



"Sedarilah sifat sifatmu nescaya Allah akan membantumu dengan kemuliaanNya, akuilah kekuranganmu dengan kekuasaanNya, akuilah kelemahanmu nescaya Allah akan membantumu dengan keagungan dan kekuatanNya."

Muahahaha, macam daebak plak kali ni aku berkata kata kan? Tak adalah. Currently aku tengah baca 'Berapa harga segulung Ijazah' by Dr. Kamariah Kamaruddin. Well, it was a really good story written here. Try to catch up with all those stuff listed in there. Kinda a long way to go I must say. 


Kepada korang yang tengah study kat luar sana, hargailah zaman belajar korng ni. Kali ni jaaa nak belajar pun. Nanti dah start kerja, dah banyak tanggungjawab. Makin meningkat usia, makin bertambah tanggungjawab. Sedar sikit! 

Tapi aku tak apa, aku awet mudaaaaaa! Ecewahhhhh, kemain kau, Yuyu! *kenyit mata sikit*


Selamat Menyambut upcoming Ramadhan!

*Ramadhan counting days*



You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu