Pain
9:28:00 PM
Dia memandang si ibu yang sibuk melihat iPad di sofa. Dia tidak pernah pun meminta supaya ibunya tunaikan segala yang diinginkannya. Tidak juga dia memaksa ibunya membelikan baju berjenama, atau alat solek, atau apa apa gadget berharga seperti Macbook atau Iphone kegilaan ramai sekarang. Harta bukanlah apa yang diinginkannya.
Si ibu tidak pernah tanya jika dia sudah makan. Atau apa yang dia buat sepanjang hari di dalam bilik. Atau bertanya jika dia ingin makan sesuatu supaya ibu boleh masakkan. Atau making effort untuk menggembirakan hatinya yang sudah lama terperap di dalam rumah sepanjang cuti. Atau making effort untuk membawanya keluar berjalan-jalan.
Dia sebal. Dia sedih kerana ibunya tidak seperti ibu kawan kawannya. Yang lembut, yang sentiasa mengutamakan kebahagian anak anaknya. Dia mengerti, dan memahami ibunya bekerja keras siang malam demi mencari duit untuk menampung kehidupan mereka biarpun mempunyai ayah yang tidak mampu menanggungnya, dan bapa tiri yang tidak menyumbang apa apa. Menjadi seorang anak amatlah sukar, terutama apabila perlu sentiasa bersabar dilayan seperti manusia tidak punya perasaan. Perlu bersabar apabila disuruh menyukai sesuatu yang dia tidak suka. Perlu bersabar untuk membuat perkara yang dia tidak suka. Untuk apa semua ini? Demi syurga di bawah telapak kaki ibu. Demi pahala di akhirat. Demi keberkatan dalam kehidupan. Demi mengelakkan dosa api neraka kelak. Iya, itulah seorang anak perlu lakukan.
Kadang kadang ibunya berteriak kerana terlalu stress bekerja dan mencari wang siang malam. Tidak pernah dia meminta ibunya membelikan apa apa. Malah, jika dia inginkan sesuatu, dia akan menggunakan duit sakunya sendiri. Nah, dari mana datangnya wang saku? Dari si ibu juga. Dia berasa kasihan dengan si ibu. Namun apabila berulang kali disakiti dan dilayan dengan dingin, dia memandang wang saku itu sebagai tanggujawab ibunya. Ibunya menyuruh dia memutuskan semua pertalian dengan ayah kandungnya, maka si ibu perlu bertanggungjawab menyaranya. Acap kali si ibu mengadu domba, penat bekerja. Perlu menanggung anak anak dan suami yang tidak bekerja. Adakala si ibu meminta tolong dirinya 'bekerja' di kedai milik ibunya. 'Bekerja' di sini ertinya tanpa gaji. Tidak, dia tidak pandang upah atau duit ibunya. Dia hanya ingin dilayan dengan baik. Tetapi bukan itu yang dia peroleh jika bekerja. Iya, dia dapat makan percuma. Iya, seperti itulah habuannya jika dapat menahan sabar bekerja. Kasih sayang ibunya terhadapnya tidak pernah sekali ditunjuk. Membuatkan dia tertanya tanya sama ada si ibu hanya mengeksplotasi kebaikannya kerana hatinya yang terlalu lembut? Di hadapannya, ibunya melayan bapa tirinya dengan baik sekali. Dengan dirinya, dia dilayan bersahaja. Apa sahaja sanggup dilakukan demi menjaga hati si suami. Dia mengerti, syurga ibunya di bawah telapak kaki suami. Iya, suami segala-galanya. Iya, dikala suami itu memberi onar duri, si ibu kembali mencari kasih anak anak. Sungguh lucu kehidupan ini. Manusia emangnya seperti itu. Mencari bila perlu. Bila ada benefits. Dan kerana itu, dia tidak pernah suka akan bapa tirinya.
Dia tersenyum apabila mendengar kawannya menceritakan pasal ibu. Dia dapat melihat kegembiraan di wajah kawannya itu apabila kawannya mengatakan dia rindu akan ibunya. Alangkah bagusnya, jika dia dapat merasai perasaan itu. Dia rindu, tetapi tidaklah sehingga ingin memeluk ibunya. Tidak sayangkah dia pada si ibu? Sudah tentu dia sayang. Cuma kasihnya terlalu dingin. Tidak sehangat ketika kecil. Atau, adakah waktu kecil juga hatinya dingin?
Adakah salahnya jika dia menjadi dingin ? Atau salah si ibu? Dunia hanya nampak surface sesuatu situasi. Sudah tentu tiada siapa meletakkan salah pada si ibu. Kerana dia ibu, wanita mulia yang perlu disanjung, kerana dia menahan lelah selama 9 bulan dan menahan sakitnya melahirkan.
Kerana si ibu hanya melahirkan, bukan menjaganya. Kerana si ibu menahan sakitnya melahirkan, supaya dia mendapat habuan sakitnya itu terbalas apabila si anak berjaya. Dan adakah terbalas sakit itu jika sepanjang hidup yang diutarakan hanya duit dan dunia? Maka jangan melatah jika si anak membalas perkara yang sama -- Syaitan mula berbisik.
VIII
"Sheehan.. Sheehan...bangun." Aku cuba mengejut Sheehan yang seperti meracau-racau di dalam tidur. Mimpi buruk lagikah?
Aku melihat wajah Sheehan yang dibasahi peluh dan masih terketar-ketar. Berkerut dahiku melihat keadaan Sheehan. Ini bukan sawan. Aku menepuk bahunya perlahan, cuba menenangkan gadis itu. Bersabarlah Sheehan.
Bukan kali pertama Sheehan seperti itu, mengalami mimpi buruk berulang kali. Mimpi buruk? Lebih kepada memori silam yang mengejar masa hadapan gadis ini. Sheehan mengalami retrogade amnesia. Amnesia is a deficit memory caused by brain damage, disease or psychological trauma. Retrogade amnesia ialah di mana seseorang itu hilang memori atau ingatan mengenai sesuatu kejadian dan segenap hal berkenaan kejadian itu.
Dan aku adalah psychiatrist yang bertanggungjawab terhadapnya. Depression Sheehan semakin surut dari hari ke hari.
Sheehan membuka matanya, perlahan memandangku lemah. Aku tersenyum lalu memberikannya segelas air suam. Air suam berupaya menjadi penenang. Aku cuba untuk tidak memberikan sebarang Prozac atau Lorazepam kepada Sheehan kerana setiap drugs ada side effectnya tersendiri. Sheehan senyum lemah. Dia menghabiskan air suam itu lalu kembali tidur semula.
"Kak Yuyu, orang memang tak ada sesiapa eh?" pertanyaan Sheehan membuatkan aku terdiam.
"Kak Yuyu, kita memang hidup berdua je eh? Kak Yuyu tak ada keluarga lain?" tanya Sheehan lagi. Aku masih membisu.
Mataku bergenang, aku memeluk erat badanku di sudut dinding dapur.
Dia memandang ibunya yang sedang berteleku, masih lengkap bertelekung di atas sejadah. Dia ingin berlari ke arah ibunya, ingin meminta maaf. Tetapi kakinya terhenti. Egonya lebih besar rupanya. Egonya lebih besar. Syaitan masih berbisik. Jauh di sudut hatinya, serba salah semakin menggunung. Dan kehidupan itu berulang ulang seperti bulatan.
Dia memandang ibunya yang sedang berteleku, masih lengkap bertelekung di atas sejadah. Dia ingin berlari ke arah ibunya, ingin meminta maaf. Tetapi kakinya terhenti. Egonya lebih besar rupanya. Egonya lebih besar. Syaitan masih berbisik. Jauh di sudut hatinya, serba salah semakin menggunung. Dan kehidupan itu berulang ulang seperti bulatan.
0 comments