If you love her, respect her.

8:05:00 PM



✧ pinterest: positividy ✧:


Apa sebenarnya yang aku nak cerita di sini? Memang aku tahu couple itu haram. Ya. Sedar. Dan aku telah melepaskan semuanya. Mula-mula memang agak sedih. Terluka. Hurts. Tak boleh nak move on.




Respect aku. Bila aku kata tak nak. Please. Try to understand.





But, bila ada insan yang memberi motivasi kepada diri yang lemah ini.. Hati nii rasa terubat. Rasa tenang.

Dan di saat aku mula move on. Membawa diri. Dia masih lagi cuba menggoyahkan hati yang baru sahaja hendak kuat.

Dan setelah berjaya aku bina tembok keegoaan terhadap perasaan sendiri, datang seorang lagi. Ya, aku layan semua sama rata. Layan sebagai seorang sahabat. Menenangkan bila perlu. Memberi semangat bila perlu.

Mengapa mesti disalah ertikan niat baik ini. Sekali lagi aku dilemparkan ke dalam situasi itu lagi.
Mungkin tidak perlu untuk aku bersahabat rapat dengan mana mana insan bergelar lelaki. Mungkin aku hanya perlu diam. Jawab bila ditanya. Tapi itu bukan aku.

Wajah aku nak kata cantik? Jauh sekali. Ada badan hot ? Sangatlah tak mungkin. Kulit putih gebu? Tidak, sangat jauh sekali. Jadi kenapa?

Hati ini masih menyimpan satu nama. Dan aku serahkan kepada Dia yang Maha Kuasa untuk menilai. Baik kah dia untuk aku? Wallahualam. Dan aku titipkan rasa suka dan rindu aku pada Dia sahaja. Mungkin itu lebih baik.

Thanks.



Dearly,
Y

You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu