Daffodils 1-2

9:24:00 AM

السلام عليكم
Daffodils 1-2

DAFFODILS



Daffodils..
1

Kereta polis mulai mengepung segenap penjuru. Kelihatan pihak polis berpusu-pusu keluar membanjiri kawasan bangunan lama itu. 


Lelaki bertopeng itu sedang mengacukan FK BROWNING HP MK2 ke arah kepala si tebusan.

Melihat situasi tersebut, si polis cuba untuk berbincang dan memujuk lelaki bertopeng itu untuk melepaskan tebusan tersebut. Gagal. Lelaki bertopeng itu tidak mahu mengalah. Si polis mengacukan pistolnya ke arah lelaki bertopeng itu, masih cuba untuk berbincang. 

POMMMM!!!


Lagu Miss Independent-Neyo berkumandang kuat di sebelah katil. Dia bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Peluh sejuk mulai membasahi dahi.

Mengapa mimpi itu lagi? Berulang-ulang kali. Nightmare! teriak hatinya. Dia menekup wajahnya, stress.
Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi . Dia melihat handphone di meja sisi. 3 miss called

Dia mengatur langkah ke arah bilik mandi. Masih segar lagi di ingatannya mimpi yang tidak henti mengunjungi tidurnya kebelakangan ini.


" Dzakhwan Aliff Naufal, "


Dia tersentak apabila nama penuhnya dipanggil. Gadis itu memandang dirinya dengan riak tidak puas hati. Dia melihat gadis itu sambil tersenyum. Rasa bersalah mulai menyelubungi diri. Kasihan gadis ini. Sudah dibawa keluar, tapi dirinya pula yang sentiasa termenung. Tentu rasa tersisih. Gadis berambut lurus itu membetulkan posisi duduknya. 


Kamilia Ulfa, sebaris nama yang sentiasa berada di hatinya. Kamilia Ulfa yang membawa erti persahabatan yang sempurna, sentiasa berada di sisinya di waktu susah mahupun senang. 


"You mengalamun lagi ! This is so not you, Aliff , " ujarnya, gusar.


"Cam, I'm so sorry. Projek terbaru ni I kena handle and due dia pun dah dekat, so I banyak benda kena fikir. Maafkan I okay?" Aliff cuba memujuk gadis cantik di hadapannya. Dia sepatutnya makan malam bersama Kamilia, tapi entah mengapa dia boleh terlupa janji temu mereka. Dia hampir pulang ke rumah dan tiba-tiba Kamilia menelefonnya.


"Okay, kali ni I maafkan you. " Akhinya senyuman manis itu singgah juga di wajah Kamilia. Dia tahu Kamilia sentiasa memahami dirinya. Sebenarnya, bukan itu yang berlegar-legar di kepalanya. Mimpi yang kerap kali dialaminya itu seakan-akan cuba memberitahunya sesuatu. Siapa lelaki bertopeng itu? Siapa tebusan itu? Siapa polis itu? Mengapa dia harus bermimpikan situasi seperti itu? Ah, dia tidak tahu!


"Are you okay? Is there something that I should know?" Kamilia cuba mencungkil rahsia. 


Aliff ketawa kecil melihat telatah gadis itu. Naif sungguh. "I'm okay. Positive.


Kamilia hanya mengangguk perlahan. Dia tahu, Aliff bukanlah seseorang yang senang untuk berkongsi masalah. Dia mengahabiskan suapan terakhir nasi goreng cina itu ke mulut kecilnya.


"Aliff, kita kawan dah lama. Since kecil lagi. Aunty Aisya selalu bawa you datang rumah I bila nak jumpa mama I." Kamilia diam sejenak. Dia memandang lelaki di hadapanya.


Aliff memandang Kamilia, senyum. Ya, kenangan waktu itu sungguh lucu dan seronok. Dia suka berkawan dengan Kamilia. Kamilia baik hati dan sentiasa menjaga hatinya. Mungkin kerana itu juga dia jatuh hati kepada gadis cilik ini. Hampir 3 tahun dia memendamkan perasaannya terhadap Kamilia. Dia tidak berani hendak meluahkan perasaannya, bimbang Kamilia tidak mahu berkawan dengannya lagi. Kekok!

Dia sayang untuk mengorbankan persahabatan yang terbina sejak kecil. Dia takut jika dia tidak mampu menjaga Kamilia kelak.

"Those days were amazing..don't you think?" Aliff melemparkan senyuman manisnya. Senyuman yang sentiasa menjadi igauan rata-rata gadis. Senyuman dan lesung pipit di pipi kanannya. Mama kata package lengkap anak mama handsome. Well, Naufal beerti pemuda yang tampan. Memang kenalah dengan dirinya. Tampan dan bergaya.


"I'm getting married, Aliff.." Kamilia melemparkan pandangannya ke tasik berhampiran. Aliff terhenti dari suapan mee karinya. Dia cuba menghadam setiap perkataan yang Kamilia keluarkan sebentar tadi. Kamilia is getting married? Seriously?


"You're joking right?"Aliff ketawa kecil. Dia memandang Kamilia dengan harapan gadis itu hanya bergurau senda. Kamilia hanya membisu. Riak serba salah terpancar di wajahnya. Dia meneruskan suapannya. Hambar dan tawar sahaja dirasakan mee kari mamak ini.


"With who?"tanya Aliff, perlahan. Dia cuba mengawal perasaannya. Gadis yang sering kali diimpikan kini bakal menjadi isteri orang lain. Dia merasakan seperti ada batu besar menghempapnya dari atas. Damn..


"Raffi.." pendek saja Kamilia membalas. Aliff terdiam. Raffi??


Raffi Al-Zuhair, seorang lelaki yang memang tidak asing lagi bagi Aliff. Kawan baiknya ketika di matrik dahulu. Satu kelas dan sering bersama-sama menyiapkan assignment. Raffi memang kacak dan bijak. Tetapi dia seorang yang nakal dan gemar mempermainkan perasaan perempuan. Adakah Kamilia hanyalah mangsa permaianan atau Raffi benar-benar sudah berubah? Allif kusut.


SSC Ultimate Aero laju menyusuri jalan raya. Fikirannya kusut. Gadis yang paling dia sayang akan menjadi milik orang lain. Kamilia akan melangsungkan pernikahan bersama Raffi bulan hadapan. Cepat sungguh! 

 Setelah lama tidak berhubung dengan Raffi, kini dapat tahu pula dia akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya? 
Angin malam menampar pipinya perlahan. Aliff merenung langit malam. Lampu isyarat masih belum bertukar warna. Alangkah bagusnya jika dia meluahkan perasaannya kepada Kamilia sewaktu di matrikulasi dahulu. Alangkah bagusnya..
Dia memejam sebentar matanya, cuba merehatkan diri. 
Wajah itu! Gadis itu bermain-main di matanya. Senyumannya cantik. Wajahnya putih gebu. Matanya sepet.
Aliff membuka matanya,pantas. Dia bingung. Siapa perempuan itu? Mengapa dia seakan kenal pemilik senyuman manis itu?
Dia pejamkan matanya lagi. Wajah itu ! 

PINNNNNNNNNNN!!


Dia tersentak. Oh, lampu isyarat sudah bertukar warna hijau! Dia segera memecut laju. Aliff bingung. Dia yakin dia pernah lihat wajah itu. Dia yakin. Tapi di mana?









2



Aliff tersenyum melihat sticky note yang melekat di pintu rumahnya. Kamilia. Malam ini Kamilia minta dia menemaninya makan malam di rumah bakal ibu bapa mertuanya. Yupp, rumah Raffi. Bakal menantu nak jumpa bakal mertua, mestilah nak bawa something kan? Very typical, Aliff mengeluh tanpa sedar. Ah, mengapa dia perlu menemani Kamilia? Hatinya sudahlah rasa ditoreh-toreh apabila dapat tahu Raffi bakal mengahwini Kamilia. Sekarang mahu dia teman pula?

Namun dia akur. Dia mahu Kamilia gembira. Jika Raffi mampu membahagiakan Kamilia, dia akur. Asalkan Kamilia bahagia.

Dia memandu keluar dari rumahnya menuju ke office. Mimpi itu muncul lagi menganggu tidurnya. Dia lesu. Mengapa harus dia mimpi sebegitu rupa??
Jalanraya menuju ke Shah Alam dilaporkan sesak menurut Hot.Fm. Dia mengambil jalan lain untuk tiba ke destinasi agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Tatkala SSC Ultimate Aero itu laju menyusuri jalan raya, wajah gadis itu muncul lagi di hadapannya. Kepalanya mulai sakit. Menusuk-nusuk bagaikan sembilu. Matanya mulai berair. Segera dia membelokkan keretanya ke bahu jalan. Dia mengurut-urut kepalanya sambil menarik nafas sedalam-dalamnya. Dadanya sakit. Hyperventilation.


Gadis bermata sepet itu tersenyum kepadanya. Melambai-lambai. Dia terlihat ada seorang lelaki sedang bergurau senda dengan gadis itu. Gadis itu tersenyum lagi. Wajahnya bahagia.


Zara Nadia Akhyar. Si Fajar menyingsing yang mengawali segala kebaikan.


Dia terjaga. Jam di dashboard dipandang sekilas. 1 petang. Dia meraup wajahnya berulang kali. Lama juga dia terlena tadi gara-gara sakit kepala yang amat sangat. Ah, lambat masuk office !


Dia memecut laju keretanya meninggalkan jalan raya itu.

Aliff berjalan laju, memasuki perkarangan bangunan Aryan Holding. Dia masih terbayang wajah gadis itu. Zara Nadia Akhyar. Siapa pemilik nama ini? Namanya indah sekali tetapi mengapa muncul tiba-tiba dalam otak yang sudah sarat dengan masalah? Dia buntu.
Siapa Zara Nadia Akhyar??


“Selemat petang En. Aliff,” wanita separuh usia itu segera berdiri setelah Aliff tiba ke pejabat.
Aliff hanya mengangguk. Kepalanya masih sakit berdenyut-denyut. Dia melonggarkan tali lehernya sedikit. Dia mula mengurut-urut kepalanya.Peluh dingin mulai membasahi dahinya.

“Assalammualaikum, encik,”
Aliff mengangkat mukanya. Dilihatnya gadis yang sedang menjulur kepala dari balik pintu.
“Ya?”
“Saya nak minta izin, tukar bunga..”ujarnya,perlahan sambil menuding jari ke arah pasu bunga berdekatan tingkap.
Aliff hanya mengaanggukkan kepalanya. Dirasakan kepalanya terlalu berat. Wajah gadis itu juga kelihatan samar-samar.
Gadis itu segera masuk dan mula mengubah bunga hidup dalam pasu bunga atas meja kopi berhampiran tingkap.
Dia mencuri pandang ke arah Aliff yang sedang berperang dengan sakit kepalanya.

“Nah..”
Aliff cuba membuka matanya. Kelihatan gadis tadi sedang menghulurkankan minyak angin kepadanya. Dia menepis.
Gadis itu masih setia menghulurkan minyak itu kepadanya.
“Ihh, sombong betul! Dah sakit buatlah cara sakit !”rungut gadis itu. Dia meletakkan minyak angin itu di telapak tangannya dan mula mengurut kepala Aliff.
Aliff terkejut lalu menepis.
“Biadap! Eh, kau tahu tak jaga ikhtilat?”tengking Aliff, kasar.

Gadis itu terkejut. Dia memandang Aliff tanpa riak. Aliff membebel seorang diri. Perempuan zaman sekarang, getus hatinya.

“Aduhhhh!”
Gadis itu memiat telinga Aliff, kuat. Geram. Sebal hatinya ditengking Aliff tadi. Niatnya ingin membantu. Namun dia akui salah caranya tadi.
“Kenapa kau ni?”marah Aliff,geram.
Gadis itu mula bermain dengan jemarinya, mengurut bahu Aliff, leher dan kepala.
Aliff menepis namun akhirnya dia mengalah. Sakitnya mulai berkurang. Hebat sungguh jemari gadis ini.
Dia rasa lega kerana sakit kepalanya berkurangan.

“En.Aliff ?”
Aliff membuka matanya. Di hadapannya kelihatan wanita separuh usia tadi sedang berdiri di tepi pintu.
Aliff membetulkan posisi duduknya.
“Err, ya Pn. Anita? Ada apa-apa? Maaf, saya sakit kepala sikit tadi..tak sedar dah terlelap,”ujarnya, segan.
Pn. Anita tersenyum melihat majikannya yang sedang membetulkan tali lehernya.
Office hour dah habis, jadi saya datang jenguk En.Aliff sebab dari tadi tak nampak kelibat En. Aliff keluar office.
En. Aliff ada temujanji dengan Cik Kamilia pukul 7 malam..”ujarnya sambil meletakkan kertas faks di hadapan Aliff.
Aliff meraup wajahnya. Mujur Pn.Anita mengingatkannya. Kalau tidak, sudah tentu Kamilia bertukar jadi Miss Hulk kejap lagi.

Thank you..”balas Aliff, bersahaja. Dia mengemas barang-barangnya dan bergerak ke pintu. Dia memandang Pn.Anita yang mula mengemas kertas-kertas di atas meja kerjanya.
“Pn. Anita..”
Wanita separuh umur itu menoleh apabila namanya dipanggil.
You’re the best,”ujar Aliff, tersenyum lalu meninggalkan wanita itu sendirian.
Pn. Anita tersenyum. Sudah lama dia bekerja di Aryan Holding. Sejak Dato’ Fauzi , ayah Aliff membina empayar Aryan Holding lagi dia sudah bertugas sebagai setiausaha. Dia amat berdedikasi terhadap kerjanya dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap kerja yang diberikan kepadanya.
Aliff amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan Dato’Fauzi. Orangnya bersahaja, sombong dan angkuh. Aliff tidak suka berbual dengan sebarangan orang dan dia juga tidak suka beramah mesra dengan pekerja lain. Aliff seorang yang serius dan komited dalam kerjanya. Kadang-kadang pekerja lain menggelarnya ‘The Nazi’.
Sejak Aliff keluar dari hospital 3 bulan lepas, dia berubah. Baik hati, suka tersenyum, ambil berat pada pekerjanya. Lain dari Aliff yang dahulu.





# Hak cipta terpelihara from Yuyu Ricci.

This is my on version of story.





Dearly,

Y

You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu