Daffodils 3-4
7:05:00 AMالسلام عليكم
Sambungan Daffodils 3-4
3
“Bunga..mana
aku nak cari bunga nii..”rungutnya,malas. Jam di tangan kanan dipandang
sekilas. Pukul 6 petang. Ada lagi sejam sebelum bertemu Kamilia.
Dia
memandu perlahan sambil memandang liar ke arah kedai-kedai berhampiran. Dia
melihat sekeliling lantas membelokkan keretanya dan terus ke arah Kopitiam,
kemudiannya dia membelok kanan. Pedal break ditekan.
Enjin
kereta dimatikan. Dia keluar kereta dan bersandar di pintu keretanya.
Hatinya
berdebar-debar. Kedai bunga di hadapannya itu.. macam mana dia boleh tahu
lokasi kedai itu. Sedangkan inilah pertama kali dia memandu di Sri Serdang. Dia
mulai berfikir sendirian. Jalan raya di sini sangat familiar untuk dirinya. Dia
seperti tahu selok belok jalan di sini seolah-olah dia pernah tinggal di sini.
De ja vu mungkin.
Pintu
kedai bunga itu dibuka. Kedengaran bunyi loceng, agak kuat. Aliff masuk sambil
melihat bunga-bunga yang tersusun rapi mengikut jenis. Ada ros merah, biru,
kuning dan pink. Ada bunga-bunga lain juga. Kedai bunga ini sangat unik dan
cantik. Kedai itu digubah seakan-akan taman bunga, konsep garden in a house.
Comel dan menarik.
“Boleh
saya bantu?”kedengaran suara halus dari belakangnya. Aliff menoleh.
“Saya…”
“Awak?!”gadis
di hadapannya itu terkejut. Aliff berkerut. Wajah itu. Wajah yang sentiasa
menganggu mimpi malamnya. Mimpi ngeri yang sentiasa meragut ketenangan
malamnya.
“Awak
kenal saya?”Aliff bertanya,ingin tahu.
Gadis
itu berkerut. Dia menghampiri Aliff sambil berpeluk tubuh.
“Awak
nak marah saya lagi ke?”Tanya gadis itu,hairan.
“Marah
untuk?”Aliff bertambah hairan.
“Saya
urut awak tadi..?”
“Ohh…”
Aliff
terkedu. Gadis ini yang menerima tengkingannya petang tadi.Rasa bersalah
menyelubungi diri.
“Macam
mana awak tahu kedai saya kat sini?”Tanya gadis itu lagi.
“Err,
kebetulan sebenarnya. Saya nak beli a bouquet of roses and it need to be fast
wrapped. boleh ke?”Aliff cuba menjernihkan suasana. Namun matanya masih tidak
lepas memandang gadis itu. Wajah ini. Ya, gadis bermata sepet yang kerap kali
muncul dalam mimpinya.
“Ohh,
ingatkan nak saman saya sebab urut kepala awak,”balasnya bersahaja. Dia segera
mengambil beberapa kuntum ros yang berhampiran dan mula mengubahnya. Aliff
tersenyum. Tangkas tangan gadis itu mengubah bunga.
Dia
terpandang tag nama di baju gadis itu. Zara.
Kepalanya
kembali berdenyut. Dia nampak gadis itu sedang ketawa, berlari-lari anak di
keliling kedai bunga itu. Ya, kedai bunga ini. Dia nampak gadis itu ketawa,
tersenyum bahagia.
Peluh
dingin mulai membasahi dahinya. Matanya berpinar-pinar. Kedai bunga itu
seakan-akan menari-nari di hadapannya, samar-samar dan akhirnya gelap.
4
“Zara,
kau nak pergi mana ni?”Tanya May Li, gusar sebaik sahaja melihat Zara
bersiap-siap di hadapan cermin.
Zara
Nadia Aksyar. Itulah nama pilihan mama dan babahnya. May Li merupakan sahabat
baiknya dari zaman sekolah menengah lagi sehinggalah sekarang, housemate paling
caring. Pantang tengok Zara monyok, pasti akan dilakukan pelbagai cara agar
teman baiknya itu kembali senyum. Katanya, Zara ini gila. Tak pernah kenal erti
diam. Jadi monyok atau berdiam diri itu tak sesuai untuk Zara. Kata May Li,
pelik dan hodoh.
“Nak
pergi dating,” balas Zara, ketawa kecil. Dia memang suka mengenakan May Li.
May
Li hairan. Dating?
“
Dengan siapa? Tipulah kau ni. Nak pergi mana ni?”Tanya May Li lagi, risau.
“Pergi
buka kedailah. Kan dah lama tak buka kedai?”Zara ketawa kecil melihat gelagat
May Li.
May
Li termanggu. Zara nak buka kedai? Tapi..
“Zara,
ada benda yang aku kena cerita kat kau before kau pergi buka kedai kau tu..”May
Li menarik Zara ke katil.
Zara
memandang May Li yang keluh resah itu. Dia hairan.
“Kenapa
May Li?”
Zara
berdebar-debar ingin tahu. May Li memandangnya dengan perasaan serba salah.
“Aku
dah jual kedai kau..”ujarnya perlahan.
Zara
membuntangkan matanya. Jual??
“Kau
biar benar May Li..”dia terduduk di katil. Kedai warisan mamanya..
“Aku
terpaksa jual kedai itu kat Aunty Anita. Duit tu aku guna untuk bayar
perbelanjaan bill hospital kau,”May Li menjelaskan kepada Zara. Zara menangis.
“May
Li..”dia tidak mampu berkata apa-apa lagi.
“Aku
minta maaf Zara,”May Li memeluk bahu rakannya itu,simpati.
Zara
mengesat air matanya. Dia perlu bertemu semula dengan wanita itu. Wanita yang
sudah terlalu banyak menghancurkan keluarganya.
“Mak
cik akan serahkan semula kedai itu pada Zara dengan syarat Zara kena kerja di
kedai bunga itu. Majukan kedai bunga itu dan jika Zara mampu menjayakan kedai
itu dalam masa setahun, it’s yours.” Ringkas sahaja Pn. Anita menjelaskan
kepada Zara. Zara terdiam. Dia harus bekerja di kedainya sendiri. Dia perlu
menjadi hamba kepada wanita yang keji ini. Ah, masalah!rungutnya, marah.
“Zara,
mak cik cuma nak tolong Zara..”kedengaran rintihan wanita separuh usia
itu,hiba. Zara sama sekali tidak membenarkan dirinya untuk mendekati. Bagaimana
dia ingin membantu Zara, dia buntu. Zara tidak mahu menerima pertolongan
darinya. Benci sungguhkah dia terhadap aku?Pn. Anita menangis dalam diam. Dia hanya
memandang ke arah Myvi berwarna putih itu keluar dari halaman rumahnya. Zara
Nadia Akhsyar, keras sungguh hatinya untuk menerima aku.Pn. Anita mengeluh
sendirian.
0 comments