Daffodils 9-10
2:38:00 AMالسلام عليكم
Sambungan Daffodils 9-10
9
Suasana
di meja makan itu sunyi dan sepi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu
menari-nari di pinggan masing-masing.
Dah
macam Tanah Kubur Musim ke-7 pulak dah rasanya, Aliff ketawa dalam hati. Dia
menoleh ke arah Zara yang sedang menyuapkan nasi ke mulut kecilnya. Dia seakan
tidak percaya Zara merupakan anak tiri Pn. Anita, wanita yang sekian lama
berkhidmat di syarikatnya. Dan rupanya wanita ini bukan calang-calang orang
juga. Sangat merendah diri biarpun sangat kaya. Tengok rumahnya sahaja sudah
tahu suaminya pasti memegang title ‘ Tan Sri’ paling tidak pun.
“Saya
tak tahu pula En.Aliff ada hubungan dengan anak saya,” Pn. Anita membuat
mukhadimah setelah sekian lama senyap. Aliff tersenyum.
“Baru
kenal pun aunty,”balas Aliff, ceria. Pn. Anita tersenyum. Sejuk hatinya apabila
Katrina memberitahu Zara akan membawa seorang lelaki untuk diperkenalkan
kepadanya sebagai calon menantu.
“Kenal
macam mana,Zara?”Tanya Pn. Anita, lembut penuh keibuan. Zara hanya membisu.
Aliff
memandang Zara, hairan.
“Kenal
kat kedai bunga, aunty,” celah Aliff, mesra. Pn. Anita ketawa kecil.
“Romantiknya..”ujar
Pn.Anita cuba bergurau. Aliff ketawa. Katrina mencebik. Raffi di sebelahnya
tersenyum. Dia tidak menyangka adik tirinya itu sudah berpunya. Sekian lama dia
menyimpan perasaan terhadap gadis itu, sikit pun cintanya tidak dibalas dek kerana
perasaan benci kepada mamanya. Dia akur. Jika Aliff mampu membahagiakan Zara,
dia redha. Lagipun Aliff bukan asing lagi dari dirinya. Aliff seorang lelaki
yang baik dan penyabar. Dia yakin Aliff sesuai untuk Zara.
“So,
bila agak-agak nak berlansungnya?”Tanya Pn. Anita, memandang Aliff yang sedang
kusyuk membelek album gambar keluarga. Aliff tersengih, sendirian.
Dia
menoleh ke arah Zara yang sudah kelat.
“Secepat
mungkin aunty,”balas Aliff. Zara mencubit Aliff,geram. Kuang asam punya mamat
ini. Aku tak nak kawinlah!
Ketawa
Aliff meletus tidak dapat ditahan apabila melihat wajah Zara yang sudah
kemerahan. Geram betul aku tengok minah ini. Haha.
Pn.
Anita tersenyum melihat telatah pasangan itu. Alhamdulillah, tanggungjawabnya
terhadap Zara selesai akhirnya. Kemudian hari, Aliff pula akan mengambil alih
tanggungjawabnya menjaga Zara.
“Aliff
tahukan Zara ini anak yatim piatu..”Pn. Anita mula membuka bicara. Aliff
menoleh ke arah Pn. Anita. Yatim piatu? Zara hanya membisu. Dia malas bersuara.
“Babah
Zara minta aunty besarkan Zara macam anak sendiri. Aunty besarkan Zara sama
macam mana aunty besarkan Katrina dan Raffi,”sambung Pn. Anita lagi.
Penipu!Zara
memandang tepat ke arah Pn. Anita,geram. Kau punca mama bunuh diri. Kau goda
babah sebab nakkan duit babah. Kau kata kau besarkan aku macam anak kau
sendiri? Hebat betul lakonan kau.
“Kebahagiaan
Zara itu penting buat aunty walaupun aunty cuma ibu tiri Zara. Zara baru sahaja
kembali pulih dan Paan baru sahaja meninggal dunia.. jadi aunty rasa..”
“Please
laa stop lakonan kau. Aku tak tahan tengok lakonan mantap berprestij level
Grammy Award kau. Jijik tahu tak,” Zara sudah tidak dapat lagi berselindung.
Aliff tersentak. Dia menoleh ke arah Zara,inginkan penjelasan.
“Apa
ini Zara?”tegurnya, hairan.
Katrina
dan Raffi bingkas bangun, menghampiri Pn. Anita yang tenang dari tadi.
“Zara,
apa Zara cakap ini?”Raffi cuba menenangkan adik tirinya itu. Kelihatan wajah
Zara kemerahan menahan marah yang amat sangat.
“Besarkan
aku macam anak sendiri?”Zara menyoal semula. Raffi terdiam. Dia meraup
wajahnya, kesal Aliff perlu melihat perbalahan keluarga mereka.
“Zara,
mak cik memang anggap Zara macam anak sendiri tapi Zara tak pernah beri mak cik
peluang,”ujar Pn. Anita, hiba.
“Kau
ini memang anak kurang ajar, Zara. Semua yang kau makan, perbelanjaan sekolah
kau itu semua mama aku yang tanggung tahu tak? Kau sedar tak kau itu cuma menumpang
kasih sayang mama aku?? Duit mama !”Katrina naik baran.
“Duit
mama kau? Kau jangan nak buat aku gelaklah Kate,”Zara ketawa sinis. Lagaknya
dah macam orang kurang waras pun ada pada pandangan Aliff.
Pn.
Anita hanya tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan air matanya menitis. Kecewa
Zara memperlakukan dirinya sebegitu rupa.
“Duit
ini semua, duit babah aku! Perempuan ini goda babah aku sebab nakkan harta
babah aku. Mama aku bunuh diri sebab dia, perempuan tak tahu malu !” Zara
menjerit sekuat hatinya, geram. Dendam yang dipendamnya selama ini terlepas
juga.
Aliff
hanya menjadi pemerhati. Dia kasihan melihat Zara dan dia juga kasihan melihat
Pn. Anita.
“Zara
Nadia Akhyar!” jerit Pn. Anita,lantang. Zara menghampiri wanita separuh usia
itu.
“Kau..
tak layak nak panggil nama aku dengan mulut jijik kau itu, tahu tak? Kau kata
kau besarkan aku macam anak sendiri? Kenapa kau letak aku kat bilik orang gaji
bila Kate sedap dibuai mimpi di bilik aku? Kenapa aku dilayan, dihina, diherdik
macam orang gaji dalam rumah ini sedangkan ini rumah aku? Kau yang datang
menumpang rumah aku dengan anak-beranak kau. Kau habiskan duit babah aku
melancong luar negara dengan alasan kau nak majukan syarikat babah! Kau ingat
aku tak tahu ke semua ini??”tengking Zara,kuat.
Kate
menampar kuat pipi Zara, geram. Zara terduduk di lantai marmar itu. Dia ketawa
kecil.
“Oh,
yes! Kau yang datang menumpang kat rumah aku. Kau tak tahu? Truth is pain
right?” sindir Zara sambil tersenyum sinis.
Katrina
memandang Zara dengan pandangan marahnya. Matanya bergenang menahan sebal yang
amat sangat. Berani dia malukan aku dengan mama depan Aliff.
Pn.
Anita menangis teresak-esak. Bukan itu niatnya. Zara..
Aliff
menarik Zara keluar dari rumah itu. Raffi hanya memandang Zara dan Aliff keluar
dari rumah itu. Dia menoleh ke arah mama dan adiknya, Kate.
Kate
menangis berlari masuk ke dalam biliknya. Kedengaran pintu bilik dihempas kuat.
Raffi
membantu mamanya bangun. “ Mama, sampai bila mama nak sorokkan kebenaran? Zara
berhak tahu mama tak salah.. kenapa mama perlu terima semua makian Zara..”Raffi
menangis di bahu mamanya. Pn. Anita menepuk-nepuk bahu anak lelakinya
itu,perlahan. Air matanya mengalir lagi.
“Belum
tiba masanya lagi, Raffi.”balas Pn. Anita, hiba.
“Mama..
bila masa yang sesuai mama? Bila Zara dapat tahu dari mulut orang lain? Mama
tak salah. Yang salah dalam hal ini babah. Babah yang buat mama sengsara dari
dulu sampailah sekarang! Raffi tak faham macam mana mama boleh sabar dengan
cemuhan Zara sedangkan mama ini dah cukup baik untuk terima dia yang cuma anak
luar nikah babah!” ujar Raffi, menangisi nasib mamanya. Pn. Anita terdiam.
Sebab
janji mama kepada babah, Raffi.
Dan
sebab janji mama pada Sarah Nadia Akhyar.
10
“Nita..”hanya
itu yang mampu disuarakan oleh Zuhair apabila bertembung dengan isterinya.
Anita memandang suaminya yang sedang memimpin tangan seorang gadis yang agak
muda dari usianya itu. Dia amat mengenali gadis itu. Gadis yang sentiasa berada
di sisinya di waktu susah mahupun senang. Melihat keadaan itu, segera Zuhair
melepaskan tangan gadis itu. Anita hanya mampu berdiri dan memandang kedua-dua
orang kesayangannya itu.
Sarah
Nadia Akhyar, kawan baiknya sejak kecil. Seorang yang peramah dan sentiasa mengutamakan
rakan-rakannya lebih dari dirinya sendiri. Cuma kali ini sahaja, dia tersilap
langkah. Jatuh hati dengan seorang lelaki yang baik dan sebenarnya dia ialah suami
orang atau menikam belakang kawan baiknya sendiri. Yang mana lebih teruk. Anita
mengenggam erat tangan anak lelakinya itu, cuba mencari kekuatan diri untuk
bertahan.
Pada
waktu Raffi mengetahui babahnya curang di belakang mamanya, dia baru berusia 10
tahun. Dia hanya menemani mamanya jalan-jalan di Klcc kerana babah outstation.
Sekarang babahnya ada betul-betul di hadapan matanya, memegang wanita lain. Dia
menoleh ke arah mamanya yang sedang menahan empangan air matanya dari pecah.
Raffi
cuba memahami apa yang berlaku pada waktu itu. Dia tidak faham apa yang
berlaku. Terlalu mengejut. Tetapi, dia tahu dia perlu bawa mamanya pulang
secepat yang mungkin. Lalu dia menarik tangan mamanya jauh dari babahnya. Dia
menarik tangan mamanya ke parking lot dan menyuruh mamanya duduk di kerusi
pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta dan membuka penyaman udara.
“Mama..”
Anita
tidak menoleh. Dia terlalu terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya
hari ini. Air matanya perlahan-lahan membasahi kedua belah pipi. Apa yang
kurangnya aku? Aku dah cuba buat yang terbaik dalam segala-galanya. Aku
korbankan karier aku demi menguruskan rumah tangga. Aku sanggup tinggalkan
keluarga demi cinta Zuhair. Kenapa ini yang aku dapat?
Mungkin
kerana Allah ingin membalas dosa aku terhadap ibu dan ayah. Kerana aku ini anak
derhaka.
10
tahun dia tidak pulang menjenguk ibu dan ayahnya di kampung kerana Zuhair tidak
mahu pulang. Katanya ibu dan ayah tidak restu perkahwinan mereka.
Anita
menangis teresak-esak di stereng. Ya Allah, besar sungguh dosaku terhadapMu.
“Mama,
jangan nangis..”pujuk Raffi,perlahan. Dia menahan air matanya juga. Ustaz Halim
kata budak lelaki tak boleh menangis. Budak lelaki kuat, kena jaga keluarga,
kena jaga mama.
Raffi
memeluk mamanya, erat.
“Raffi,
janji dengan mama.. jangan tinggalkan mama. Jangan derhaka dengan mama,” Anita
menangis teresak-esak.
“Raffi
janji mama. Mama janganlah nangis,”pujuk Raffi, sayu.
CRV itu meluncur laju di atas jalan raya.
“Abang,
apa kita nak jelaskan pada Nita?”Tanya Sarah, serba salah. Dia juga terkejut
melihat Anita. Sudah hampir 6 tahun, dia menjalinkan hubungan bersama Zuhair di
belakang Anita. Dia juga tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan kepada Anita.
Anita merupakan sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Dia telah
mengkhianati kepercayaan Anita demi cinta seorang lelaki. Ya Allah..
“Abang
pun buntu ini . Abang tak tahu kenapa dalam banyak-banyak hari, kenapa mesti
Anita pergi KLCC itu. Padahal Nita jarang keluar rumah kalau abang tak ada,”gusar
hati Zuhair. Dia juga benar-benar terkejut melihat Anita dan Raffi siang tadi.
Dia berkejar pulang ke rumah sejurus selepas itu tetapi Mak Jah kata Anita
pulang ke kampung halamannya. Nita, abang minta maaf.. Zuhair kesal dengan
tindakannya menduakan isterinya. Anita merupakan isteri yang baik. Tidak ada
cacat celanya Anita di mata seorang suami mahupun lelaki lain. Anita sangat
menjaga sopan santun dan adab dalam menjaga keperibadiannya dan juga dalam
menjaga rumah tangga. Tiada isteri yang sesempurna dan sebaik Anita dalam dunia
ini. Anita sanggup melepaskan keluarganya demi cintanya. Anita sanggup
melepaskan kariernya sebagai seorang pakar bedah yang sangat berjaya demi
menjaga anak-anak dan suami di rumah. Anita memberikan modal perniagaan
kepadanya sehingga dia mampu berjaya macam sekarang. Semua kerana doa seorang
isteri yang taat kepadanya. Banyak pengorbanan Anita jika nak dibandingkan
dirinya. Kenapa dia masih lagi tegar menduakan Anita dengan sahabat baik
isterinya itu. Zuhair meraup wajahnya berkali-kali.
“Babah,
mama.. jomlah makan. Zara lapar ini,”kedengaran suara si kecil merungut-rungut
dari hujung pintu. Zuhair menoleh ke arah anak perempuannya yang satu itu. Zara
tidak bersalah. Babah yang bersalah.
Wajah
Sarah dipandang kelam. Sarah menghampiri Zara lantas menoleh ke arah suaminya.
Zuhair menangis sendirian.
“Ampunkan
Nita, ibu, ayah,”Anita menangis teresak-esak di depan ibu dan ayahnya.
“Lelaki
itu dah tinggalkan kamu baru kamu nak balik semula. Selama ini kamu tak ada pulak
nak jenguk-jenguk kami,” balas Haji Azman, marah. Anita menangis lagi.
“Maafkan
Nita, ayah,” rayunya berkali-kali.
“Abang,
sudah-sudahlah marah itu. Anak awak balik semula sekian lama. Awak juga yang
rindukan dia selalu. Kasihanlah pada cucu awak tu,” pujuk Hajah
Salmah,perlahan. Sayu hatinya melihat anaknya yang sedang menangis meminta
maaf. Anita Zulaikha, sudah lama ibu ampunkan dosa-dosa kamu, nak. Tingginya
kasih sayang seorang ibu. Buatlah salah berkali-kali pun akan dimaafkan juga si
anak. Jika sebagai perempuan, biarpun sudah bersuami, pasti ibu juga akan
menjadi tempat mengadu masalah.
Haji
Azman terdiam memandang Raffi. Sayu juga hatinya melihat Raffi dan Anita.
Bedebah kau Zuhair. Anak aku kau campak begitu saja. 20 tahun aku besarkan
Anita dengan kasih sayang tapi kau rampas dia dari aku dalam masa setahun
perkenalan. Haji Azman menahan marahnya.
Malam
itu, Anita bermalam di rumah kedua orang tuanya. Dia masih terkenang peristiwa
yang berlaku siang tadi. Sampai hati abang buat Nita macam ini..dia menangis
lagi. Bulan.. lenakah dia di sana?
Bulan
itu ditatap sayu. Bulan, lenakah permaisuriku di sana? Zuhair hanya menatap
bulan purnama itu di beranda rumahnya.Dia mengeluh.
Sarah
menatap wajah Zuhair, sayu. Lelaki itu tertidur agaknya ketika menyiapkan kerja
office dari petang tadi. Dia terpandang sampul surat coklat di tepi meja. Dia
membuka sampul itu dan membaca isi kandungan surat itu.
Anita
sudah mengfailkan perceraian dan sudah ada tandatangan Anita di hujung kertas
itu. Aku yang bersalah. Aku yang menggoda Zuhair. Mana mungkin seorang wanita
sanggup berkongsi kasih seorang suami. Sudahlah curang dengan sahabat baiknya
sendiri. Anita, maafkan aku. Mungkin aku cuma terlalu mencemburui kebahagiaan
kau.
Wajah
Zuhair ditatap sayu. Sungguh Sarah sayangkan abang. Tapi, kita akan melukai
hati seseorang yang sangat baik dan seorang anak akan kehilangan ayahnya demi
mempertahankan cinta kita.
Air
mata di pipi dikesat supaya tidak jatuh. Apa yang patut kita buat abang? Bukan
salah abang. Sarah yang salah dalam hal ini.Sarah lukakan hati Anita yang
sentiasa berada di sisi Sarah biarpun suka dan duka. Anita tidak sepatutnya
terluka abang. Sarah bahagia di sisi abang walaupun cuma untuk sebentar. Dia
mencium pipi suaminya, lama.
Sarah
masuk ke bilik anaknya, Zara. Zara sedang nyenyak tidur bersama teddy bear
Berney unggunya. Diusap-usap rambut anak perempuannya itu. Dia menangis
teresak-esak sambil menekup mulutnya supaya anaknya itu tidak terjaga. Maafkan
mama, Zara. Mama jahat sangat. Zara maafkan mama, ya.. Babah dengan aunty Nita
tak salah. Mama yang salah.
“Kenapa
mama nangis?”Tanya Zara sambil menggosok-gosok matanya yang sepet.
“Eh,
tak adalah.. Zara tidur. Esok nak kena bangun awal.”pujuk Sarah, perlahan.
Dia
memeluk anaknya itu lama. Dikucupnya wajah anaknya itu selama yang mungkin.
“Mama
ini kenapa. Macam nak tinggalkan Zara plak. Mama jangan pergi mana-mana. Zara
nak ikut,”ujar Zara,polos. Sarah ketawa kecil lalu mengusap pipi anak
kesayangannya itu. Petah sungguh mulut Zara, macam mulut itik. Dia akan
merindui mulut becok anaknya ini.
Dia
mendodoikan anaknya itu sehingga Zara kembali nyenyak.
Dia
berjalan menuju beranda. Bulan penuh itu seolah-olah memandangnya. Dia menangis
lagi. Dia memanjat beranda itu lalu memandang ke bawah. Tinggi. Dia menoleh ke
arah Zuhair yang sedang tidur di sofa. Abang, maafkan Sarah. Sarah takkan
ganggu abang dan Nita lagi.
Zara..
maafkan mama.. dia memejamkan matanya.
“MAMA!”
Zara
terjaga dari tidurnya. Badannya dibasahi peluh dingin. Dia menekup wajahnya,
menangis teresak-esak. Dia rindukan mamanya. Mama..
Dearly,
Y
0 comments