Daffodils 11-12

2:32:00 PM

السلام عليكم
Sambungan Daffodils 11-12



11

Aliff mendongak memandang langit yang kelam. Peristiwa tadi masih segar di ingatan. Ada yang tak kena dengan Pn. Anita. Dia ingat lagi Zara menangis semahu-mahunya di bahunya tadi. Dia tersenyum. Disebabkan Zara sedih sangat pada malam itu, dengan dia sekali diseret masuk ke dalam Rapid KL T147 dan pusing satu Jalan Hang Tuah dan Sri Serdang. Pelik sungguh Zara ini. Kalau dia sedih, dia akan menaiki bas ini dan pusing satu KL. Cukup satu round baru kesedihannya reda. Pelik betul.

Persoalan yang bermain-main di fikirannya pada waktu ini ialah siapa Paan? Apa kaitan Paan dengan Zara?

Pagi melabuhkan tirainya. Zara sibuk mengemas bunga-bunga yang baru sahaja sampai. Dia terpandang Daffodils di hujung penjuru. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis
Dan semakin parah.

“Ingat sedap sangatlah tu?Tak pasal-pasal orang balik nanti kena beli payung,”sindir Zara, tersenyum. Lelaki di belakangnya itu ketawa kecil sambil mengangkat pasu-pasu bunga itu ke atas meja kaca. Cantik sungguh bunga ini.

“Nadia, apa nama bunga ini eh? Sukalah,”ujar lelaki itu, ceria. Redup matanya memandang bunga berwarna kuning itu.
“Daffodils,”balas Zara, pendek. Dia menghampiri bunga itu lalu menyembur sedikit air ke bunga itu.
“Daffodils? In English or malay if you don’t mind?”lelaki itu ketawa. Zara ikut ketawa lalu mencubit lengan lelaki itu, lucu.
Farhan Zafran, lelaki yang membuatkan pipi ini lenguh untuk senyum. Lelaki yang banyak mengajar dirinya untuk terus hidup. Lelaki yang membawanya keluar dari kegelapan dan mengajarnya untuk ketawa semula.

“Itulah ! Yang awak tahu semuanya pasal pistol, senapang, bom.. bosan. Benda yang bahaya juga yang awak expert.”ujar Zara, memerli Farhan. Farhan ketawa lagi.
“Bukan apa, nama bunga ini complicated taw. Daffodils misalnya. The name itself sound mystery and have their own story. Am I right?”Tanya Farhan, tersenyum sambil bersandar di tiang. Zara tersenyum ceria. Dia cukup kalah jika melihat Farhan senyum begitu. Lesung pipit di pipi kanan itu. Cair..
“Bolehlah. Mystery.. Daffodils ini istimewa. Bunga pilihan untuk orang yang lahir dalam bulan Mac. Daffodils mean tulip kuning. One of those wildflower yang bila mekar, cantiknya MasyaAllah,”Zara tersengih.
“Let me guess, mesti your favourite kan?”Farhan tersengih sambil mengambil sebatang Daffodils dari vase. Zara tersenyum lagi.
“Top number 1 in my list,”balasnya perlahan. Mama pun suka Daffodils.
“Then, ini hadiah saya untuk awak,”ujar Farhan sambil menyerahkan Daffodils itu kepada Zara. Zara menoleh, melihat Daffodils di tangan Farhan. Dia ketawa.
“Childish!” ujarnya namun disambut jua Daffodil itu.
“Well, I should go. Works calling,”ujarnya sambil menggantungkan apron semula di belakang meja.

Zara membelek Daffodil itu. Eh.. ada sebentuk cincin di dalam kelopak bunga itu.
“Paan!” jeritnya apabila lelaki itu sudah pun tiba di pintu kedai. Farhan menolak pintu kedai itu sambil menoleh ke arah Zara. Zara menunjukkan cincin itu kepada Farhan, hairan.
“Apa ini?”tanyanya, ingin tahu. Wajahnya sudah kemerahan.
Farhan berjalan semula menghampiri Zara. Diambilnya cincin itu dan disarungkan cincin itu di jari manis Zara. Jari Zara panjang dan runcing. Zara kaku, terlalu terkejut untuk bersuara. Dia memandang lelaki yang lebih tinggi darinya itu.

“Paan, what is this?”Mata Zara bergenang, sayu bercampur terharu.
“This is our story, Daffodils..”ujarnya, tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya sambil menghulurkan Daffodil tadi kepada Zara.
“Zara Nadia Akhyar bt. Zuhair Aryyan, will you be my wife? And my personal garderner?”

“Zara!”
Lamunannya terhenti. Segera dikesat air matanya agar tidak jatuh. Dia menoleh. Daffodils di penjuru di pandang sekali lalu.
“Aliff..?”dia hairan melihat kehadiran Aliff di kedainya pagi-pagi ini.
“Cantiknya bunga ini. Apa nama bunga ini?”Tanya Aliff sambil menghampiri Daffodil di penjuru kedai itu.
Zara menoleh.
“Daffodils,”balasnya ringkas.
“In english or malay if you don’t mind?”Tanya Aliff, tersenyum. Zara menoleh, terkejut dengan pertanyaan itu. De ja vu.
“Kenapa awak nak tahu? Nak buka kedai bunga?”Zara cuba berjenaka.
“Bukan apa, nama-nama bunga ini complicated kan? Daffodils. The name itself sound mystery and have their own story. Don’t you think?”Tanya Aliff, hairan. Zara memandang Aliff, lama. Those words..those smiles..
Zara terdiam. Aliff menarik sebatang Daffodils itu lalu diserahkan kepada Zara sambil tersenyum.

Zara tersentak. Matanya mulai berkaca tetapi cuba disorokkan sebaik mungkin dari Aliff. Dia mengambil Daffodils itu.
“What for?”tanyanya, berdebar-debar. Aliff tersenyum.

“For the beginning of our story,”balasnya, perlahan sambil menghampiri Zara. Terlalu rapat. Zara kaku, dadanya berdebar-debar. Why? Dia memejam matanya. De ja vu ini benar-benar menyesakkan dadanya.

“I need your help, please?” bisik Aliff, separuh merayu.
Zara mengerutkan dahinya. Dia menoleh ke arah Aliff dan mata mereka bertaut. Dup dap dup dap.

“WHAT? Are you insane?” Zara memeluk tubuhnya, geram. Dipandangnya Aliff seperti ingin menelan lelaki itu hidup-hidup.
“Please.. I owe you my life after this. One time je,” ujar Aliff, merayu lagi.
“Kenapa mesti saya?” Zara tak puas hati.
“Dah awak je yang saya kenal,” balas Aliff, perlahan.
“Takkan awak tak ada girlfriend? Or any other girls?” Tanya Zara, tak puas hati.
“Zara, saya tak ada girlfriend or any other girls. That’s why I ask you to help me. Please, I’ll treat your lunch,”pujuk Aliff, ceria. Terserlah lesung pipit di pipi kanannya.
Zara terkesima. Lesung pipit itu. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Pipinya kemerahan.
“Please?” Aliff memujuk lagi.
“Fine. First and last.” Balas Zara, perlahan.
Aliff tersenyum bahagia. Akhirnya, selamat juga dirinya dari amukan Miss Hulk. Dia memandang Zara yang membisu dari tadi di seat sebelahnya. Thank you Zara Nadia Akhyar. I don’t need to borrow Captain America’s shield or minta tolong Ironman tolong coolkan Miss Hulk. Now that I have you,my Wonder Woman.. I feel at ease. Hatinya tersenyum melihat cebikan Zara. Memang mulut itik betul mak cik ini..

“Awak try semua baju ini. Nanti keluar, saya nak tengok,”ujar Aliff, perlahan sambil menyerahkan baju-baju pilihannya kepada Zara. Zara membuntangkan matanya. Banyaknya!
Aliff menolak Zara ke bilik persalinan pakaian. Dia duduk di ruang menunggu sambil membelek majalah Cosmopolitan.
“Is it okay?”Tanya Zara selepas beberapa minit menyalin pakaian. Aliff menoleh. Dia membuat muka.
“Macam clown! Tukar,”balasnya, terkejut. Zara membuat muka. Lelaki ini memang nak kena tanam hidup-hidup. Aku call Nasir Bilal Khan suruh tanam kau, getusnya dalam hati.
Round 2,
“Nope, macam The Joker”
Round 3,
“Eiii, fashion disaster!”
Round 4,
“Hell, no!”
Round 5,
“Are you Robin Hood or something?”
Round 6,
“So like Girls Generation, tak boleh. Too hot for you,”
Round 7,
“This one quite okay but I don’t like the colour. Change,”

Zara mencekik Aliff, geram. Dia ingin menjerit kegeraman. Aliff memujuknya semula agar cuba baju yang terakhir sambil tersengih-sengih.
Setelah sekian lama, Zara keluar perlahan-lahan. Dress panjang itu benar-benar selesa. Dia merasakan dirinya elegan.
“Aliff, how do I look?”tanyanya, berdebar-debar.
Aliff memandangnya sepintas lalu. Dipandang semula Zara yang sedang berdiri di hadapannya.
Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman puas. Bingo! Zara nampak cantik dan elegan. She is really good in combination of white and red colour texture. She’s totally my Wonder Woman. Aliff tersenyum riang melihat Zara.
“Are we okay or you nak kata I macam Wonder Woman?”Tanya Zara, letih mencuba hampir 8 pasang baju.
“Gorgeous,” balas Aliff sambil tersenyum. Dia berjalan terus ke cashier yang berhampiran.
“I’ll take that,”ujarnya,perlahan. Zara terlopong. Woii!

“Lambatnya dorang,”ujar Kamilia, perlahan. Raffi di sisinya ketawa melihat telatah tunangnya itu.
“Girl should have a proper make up and attire to wear, sayang. Let them be,” pujuk Raffi, perlahan. Kamilia tersenyum semula.
“Perli I eh?”tanyanya, manja. Raffi ketawa.
“Why not kita order makanan dulu. By the time mereka sampai, kita dah boleh makan,”Raffi memberi cadangan. Kamilia mengangguk, comel. That is why I love you, Raffi. Kamilia tersenyum.

“Are you this place?”Tanya Zara, was was. Hotel kau bawa aku. Aku bagi siku gak mamat ini kalau dia berani nak buat benda-benda pelik kat aku, Zara was was dalam hatinya.
“Yes my dear. I am 100% sure,” ujar Aliff, gembira. I will make you jealous, Cam. Wait and see !
Zara memandang Aliff, hairan.
“We will use I you instead of awak saya okay? More mature. Boleh kan?”
“Awak nak kata saya tak matanglah ini?”Zara mula melenting.
“Tak adalah. You’re too cute. Be more mature and elegent. Baru boleh kalahkan Kamilia,”balas Aliff, bersemangat.
“Whos said nak kalahkan Kamilia? Was she’s your ex?”Tanya Zara, hairan.
“Bukan. Someone yang I kenal dari kecil.”balas Aliff, perlahan.
And you have a feeling for her, Aliff. I see. Zara tersenyum. Cinta bertepuk sebelah tangan.

Aliff menolak pintu kaca cafe itu. Dia terlihat Kamilia dan Raffi sedang bergurau senda, bahagia. Hatinya jatuh melihat keramahan pasangan itu. Langkahnya terhenti. Zara juga terhenti. Dia melihat Raffi bersama seorang gadis berambut panjang yang sangat cantik. Macam Barbie doll lagaknya. Inilah dia rupanya tunang Raffi, ‘kawan’ lama Aliff. More to crush Aliff. First love Aliff mungkin. Zara ketawa dalam hati.
Dia menoleh ke arah Aliff. Dia dapat merasakan kesedihan Aliff. Dia menutup mata dan menghembuskan nafas secara perlahan. Here we go, female best actress award goes to... Zara Nadia Akhyar.

Dia mengenggam kemas jemari Aliff, lembut. Lantas dia bergerak menuju ke meja Raffi. Aliff terpana melihat Zara.
“Assalammualaikum,” tegur Zara kepada pasangan yang sedang bahagia itu.
Kamilia dan Raffi menoleh. Aliff tersenyum. Dia menarik kerusi untuk Zara di sebelahnya. Zara tersenyum. Gentleman.
Aliff duduk di sebelah Raffi. Kamilia meneliti setiap inci wajah Zara.
She’s an angel. Memang patutlah Aliff fell for her, bisik hatinya.
Raffi terkedu melihat penampilan Zara. Gadis di hadapannya ini sungguh jelita.
Aliff melihat Kamilia yang masih menatap Zara. Dia tersenyum. Kamilia mengenakan dress pendek berwarna hijau, sangat sesuai dengan gelaran yang diberi olehnya, Miss Hulk. Now is the meeting between Ironman, Miss Hulk, Cik Wonder Woman and Mr.Batman, Aliff tersenyum sendirian. Dia berdehem perlahan.
Mata-mata yang kusyuk melihat Zara beralih pula ke Aliff.
“You dah order makanan ke?”Tanya Aliff, mesra.
“Yupp, dah tadi. You lambat, so I dengan Raffi order. You nak makan apa? Should I order sirloin steak and ice lemon tea for you?”Tanya Kamilia,perlahan. Dia mengangkat tangan, sebagai signal untuk memanggil pelayan.

She remember my favourite food, Aliff ketawa kecil dalam hati. Kemenangan milik aku.
“Emm, maybe two cappuchino and a lasagnia,” celah Zara sambil tersenyum. Dia memandang Aliff, mesra. Jemari Aliff digenggam lagi.
Aliff terkesima. Senyuman itu.

“Anything else miss?”Tanya pelayan itu, lembut. Zara tersenyum.
“That’s will do,” ujarnya, sopan.
Kamilia memandang Zara dengan perasaan tidak puas hati. Aliff always eat what she ordered for him.
“Aliff hates lasagnia,”ujar Kamilia, perlahan. Dia tersenyum. Senyuman yang terpaksa.
Zara ketawa kecil melihat reaksi Kamilia. You’re so jealous, Kamilia. Masuk perangkap sudah.

Aliff memandang Zara yang hanya tersenyum.
“Ye ke sayang? I tak tahu pula you tak suka lasagnia? That time you makan je?”Zara bersandiwara. Aliff terkedu lagi. Sayang?
“Sayang?”Zara memanggil lagi. Aliff ni kan..kata nak jealouskan Kamilia.. ini dia sibuk mengelamun pandang aku plak. Nak siku ke mamat ini? Dah lama hidup agaknya tengok anak dara orang lama-lama macam vampire nak gigit leher aku. Zara, kau banyak sangat tengok movie ini.

“Hahaha, I’m sorry. It just you look super beautiful today. I can’t help myself from keep staring at you,”balas Aliff, jujur. Merah terus pipi Zara dipuji begitu.
Dia ketawa, cuba menyembunyikan gemuruh di hati apabila Aliff melihatnya begitu.
Kamilia berdehem.
Aliff menoleh.
“What were you just saying before Cam? Sorry,”ujar Aliff, segan.
“You never eat lasagnia. You hate it,”balas Kamilia, tidak puas hati. Raffi memandang Kamilia.
Aliff memandang Zara.
“Did you just order lasagnia?”Tanya Aliff, hairan. Zara mengangguk.
“Cam, sejak I jumpa Nadia. I really love lasagnia. Really love it. Seriously,”ujar Aliff, ketawa kecil. Kuang asam punya Zara. Kau nak kenakan aku eh depan Kamilia. Kau tahu kan aku tak makan lasagnia?! Dia memandang Zara penuh makna tersirat. Zara terkesima. Nadia? Sudah sekian lama, tiada orang yang memanggilnya dengan nama Nadia. Dia memandang Aliff. He’s only doing his job, Zara. Forget it.
Zara ketawa, comel. Padan muka kau Kamilia!
Dia mencubit pipi Aliff, manja sambil mengenyitkan matanya. “ Aww, you’re so sweet.”
Aliff tersengih sendirian. Lakonan kau memang patut menang The Best Leading Actress Grammy Award, Zara.

Kamilia rasa tersisih. Dia geram dan kecewa dengan tindakan Aliff membelakangi dirinya. Raffi menenangkan tunangnya itu.
Makanan mereka tiba akhirnya.
“You should try this..” ujar Zara sambil memotong lasagnia itu. Aliff memandang Zara tanpa berkelip.
Kamilia tersenyum. You’re so busted, Aliff.

Zara tersenyum. “ Firstly, you minum cappuchino ini. Then terus makan lasagnia ni lepas you telan air tu,”ujar Zara.
Aliff menghirup cappuchino itu.
“Say aaaaa,” ujar Zara sambil menyuapkan lasagnia itu. Aliff terkesima. Namun dimakan jua lasagnia itu, dikunyah dan ditelan. Amazing! For the first time, dia merasakan lasagnia ini sangat sedap. Dia tersenyum memandang Zara yang sedang menikmati lasagnia itu.

Kamilia mencebik. Dia memandang Raffi, ingin disuapkan juga. Raffi tidak faham dengan signal mata Kamilia. Dia memandang Kamilia, hairan. Kamilia sebal.

Butterfly by Melly Goeslow ft. Andhika Pratama memecah kesunyian mereka berempat. Aliff meminta diri untuk menjawab panggilan daripada office sebentar. Dia meninggalkan meja makan itu, keluar mengambil angin di beranda.

“Nadia, you pernah rasa sirloin steak kat sini tak?”Tanya Kamilia, ceria yang dibuat-buat.
“Well, I don’t really eat meat,”ujar Zara,perlahan. Kamilia tersenyum.
“You should try it. Favourite food Aliff,” ujar Kamilia, tersenyum. Zara terdiam. Dia mempunyai severe allergic toward meats.
“Let her be, sayang,”pujuk Raffi,perlahan apabila melihat perubahan muka Zara.
“Dia kena try makanan yang Aliff suka. Just now, Aliff pun makan makanan yang dia suka,”balas Kamilia, mesra.

“No thanks. I’m full,” Zara cuba berdalih. Dia tersenyum lagi sambil menoleh ke arah Aliff, resah.
Kamilia mendesak lagi.
“Alahai, sayangnya. You ini tak sporting betul. Kalau Aliff boleh makan makanan yang dia tak suka untuk you, takkan you tak boleh buat untuk dia? I rasa Aliff aje yang tergila-gilakan you. Tapi you macam biasa je. You don’t even care kalau Aliff memang tak suka makanan itu asalkan you suka makan, kan Nadia?” duga Kamilia.
Zara rasa tercabar. Raffi hanya memandang perbalahan dua wanita itu. Dia merasakan Kamilia bertindak di luar kebiasaannya pada hari ini. Pelik.

Kamilia meletakkan kepingan daging yang telah dipotongnya ke dalam piring Zara. Zara hanya memandang daging itu. Dia mengambil garfu dan memasukkan daging itu ke dalam mulutnya, dikunyah dan ditelan. Kamilia tersenyum kemenangan.

Dirasakan sekelilingnya itu sejuk. Matanya berair dan pernafasannya berat. Dia mengambil gelas berisi air itu dan meminumnya perlahan-lahan. Dia menoleh memandang Aliff yang masih belum sudah di talian. Dahinya sudah dibasahi peluh dingin. Tangannya menggeletar.

“Are you okay, Zara?”Raffi bertanya, perihatin melihat gadis itu mulai pucat. Zara tersenyum.
“Yeah,”balasnya, ringkas.
Pernafasannya bertambah berat. Kamilia tersenyum sambil menikmati makanannya.
Aliff kembali ke meja makan. Dia melihat wajah Zara yang semakin pucat.
“Sayang, are you okay? You look pale,” ujar Aliff, risau. Dia memegang jemari Zara. Sejuk.

“Kenapa dengan Nadia?”Tanya Aliff, tegas. Kamilia hanya tersenyum. Raffi terdiam. Dia memandang Zara lama. Dia allergic toward meat ke?
Aliff resah.Kepala Zara sudah mula berat. Dia cuba membuka matanya. Dia tidak boleh bernafas.

“Can we go home now?”Tanya Zara, perlahan.
“Alahai, cepatnya?”celah Kamilia. Aliff memandang Zara, hairan.
Zara bingkas bangun. “If you tak nak balik, biar I je yang balik,”
“Selfish laa you ni Nadia. Aliff tak makan lagi,”ujar Kamilia, mencebik. Aliff hairan. Apa yang jadi sebenarnya. Why she look so pale?

Zara berpaut pada kerusi untuk menyokong badannya. Dia memegang dadanya. Dia tak boleh bernafas. Aliff bangun memaut Zara.
Kepala otaknya cuba untuk memproses apa yang sedang berlaku.
Dia memandang Kamilia.
“Did you just force her to eat meat?”Tanya Aliff, ingin tahu.
“I didn’t force her. I just said that she should try your favourite food. You kan dah try favourite food dia even you tak suka,”balas Kamilia endah tak endah. Buntang mata Aliff sebaik sahaja Kamilia habis berbicara. Tidak semena-mena darahnya naik melihat perilaku Kamilia.

“For god sake Cam! She has severe allergic toward meat!” Aliff hampir menjerit kerana terlalu marah di situ. Kamilia terkesima melihat Aliff. Did he just shout at my face?

Aliff mengangkat Zara berlari menuju ke arah keretanya. Dia meletakkan Zara di seat hadapan dan memecut SSC Ultimate Aero itu menuju ke arah hospital yang terdekat.
“Nadia, bertahan okay. Dah nak sampai hospital dah,” ujar Aliff, risau.

Paan..
Dia melihat lelaki di sebelahnya yang kelihatan samar-samar. Dia memegang lengan kemeja lelaki itu, kuat. Sakit.
Air matanya mengalir perlahan-lahan.
NADIA!

12

“She will be all right, Aliff,” pujuk Raffi, perlahan. Aliff masih berlegar-legar di ruang menunggu. Hatinya resah dan serba salah. Zara dimasukkan ke Unit Rawatan Kecemasan sebaik sahaja dia tiba di hospital itu.

“Siapa penjaga Zara Nadia Akhyar?”Tanya seorang doktor yang keluar dari bilik unit rawatan kecemasan itu. Aliff menghampiri doktor lelaki itu.
“How is she?”tanyanya, risau.
“She’s fine. Mujur dia sampai ke hospital tepat pada masanya. Kalau tak, kita mungkin dah kehilangan dia. Saya akan pindahkan dia ke ward kejap lagi. Encik boleh jenguk dia lepas ini.”ujar doktor lelaki itu tersenyum. Aliff menarik nafas lega.
Raffi menepuk-nepuk bahu Aliff,perlahan. Aliff tersenyum, lega. Alhamdulillah.

Pommmmm!
No!!!
Dan peluru itu kena tepat di bahu lelaki berbaju putih itu. Lelaki bertopeng  itu memegang erat si tebusan. Lelaki polis itu cuba untuk berdiri semula. Dia menekan kuat darah yang mengalir dari bahu kanannya.
“Lepaskan dia,”jeritnya lagi.
Gadis itu menangis, minta dilepaskan.
Lelaki bertopeng itu mengheret tebusan itu ke penjuru bangunan itu. Dia menoleh ke arah bawah. Tak adalah tinggi mana. Dia mengacukan semula pistol itu di kepala tebusan itu. Dia menolak tebusan itu secara tiba-tiba dan melompat terjun dari bengunan itu.
Lelaki polis itu mengejar lelaki bertopeng itu dan ikut terjun dari bangunan itu.
Lelaki bertopeng itu berlari menuju ke arah jalan raya. Polis itu masih mengejarnya hingga ke jalan raya. Aktiviti kejar mengejar itu disaksikan oleh semua pemandu.
Si tebusan juga mengejar mereka dari belakang. Dia berlari semampu yang boleh.
 Kedengaran bunyi brek ditekan secara tiba-tiba dan kedengaran bunyi kereta berlanggaran dari hujung jalan.
Si tebusan menoleh.
Zara!

Aliff terjaga dari tidurnya. Dia mimpi lagi kisah itu. Kenapa Zara yang menjadi tebusan lelaki bertopeng itu? Apa kaitan Zara dengan mimpinya ini? Dia buntu. Dia melihat Zara yang masih belum sedar. Dia meraup wajahnya berkali-kali.
Dia bergerak ke arah bilik air. Penatnya masih belum hilang. Dia berjalan perlahan ke arah bilik air itu. Dia terlanggar meja berhampiran dan hand bag Zara jatuh, memuntahkan isi kandungan beg itu. Aliff tunduk, mengutip semula barang-barang yang jatuh itu. Dia terlihat sekeping gambar terkeluar dari celah-celah purse Zara. Dia menarik gambar itu.
Di saat itu, dia hampir pengsan melihat gambar itu. Lelaki ini. Dia menoleh memandang Zara yang sedang terbaring itu.
Aliff membasuh mukanya di singki.Dia memandang wajahnya di cermin.
Dan dirinya cuba mengingat kembali incident 3 bulan lepas.
Kepalanya sakit.  




Dearly,
Y

You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu