Daffodils 13-14 ( End )

12:07:00 AM

السلام عليكم
Sambungan Daffodils 13-14 ( End )..





13

Dia nampak lelaki bertopeng itu sedang berlari laju di seberang jalan. Dan dia juga nampak ada seorang lagi lelaki yang mengejar dari belakang. Handphonenya berbunyi. Dia melihat skrin handphonenya. Kamilia. Dia mencari-cari hand free tetapi tidak jumpa. Dia mengeluh lantas menjawab panggilan itu.
“Cam, I’m a bit busy. I’m driving to your place,”ujarnya,perlahan.
“Look Cam. I busy tadi. I’m on my way now. No big deal!”marahnya, kurang senang.
“Cam..” belum sempat pun dia menghabiskan ayatnya,handphonenya tergelincir jatuh dari bahunya. Dia cuba mengambil handphone yang jatuh di kakinya tetapi tidak berjaya. Dia cuba lagi dan pada waktu itu dia memang langsung tidak perasan ada sebuah kereta yang membelok masuk ke jalannya. Terkejut dengan kereta yang tiba-tiba masuk ke line jalannya, dia cuba menekan pedal break tapi tidak Berjaya kerana handphonenya berada betul-betul di bawah pedal break. Dia cuba mengelak dari  melanggar kereta di hadapannya itu. Malangnya dia hilang kawalan kereta tersebut dan tersasar ke line di sebelah. Dia cuba mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan dan akhirnya dia terlanggar kereta yang lain menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan, berpusing-pusing terbalik dan akhirnya melanggar tiang lampu. Penglihatannya samar-samar. Darah membasahi badan dan kepalanya. Dia cuba bergerak keluar tetapi dia terlalu lemah untuk menggerakkan badannya. Dia terlihat ada kereta lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu. Dan di atas jalan raya tidak jauh dari keretanya terbalik, dia terlihat seseorang sedang terbaring kaku. Polis yang mengejar lelaki bertopeng itu.
Pandangannya semakin kabur. Dia terlihat seorang gadis berkejar mendapati lelaki yang sudah kaku di atas jalan raya itu. Perlahan-lahan pandangannya gelap.

Aliff meraup wajahnya berulang kali. Dia memandang cermin di hadapannya.
“Aliff, you’re a killer,” bisiknya, perlahan.
Dia berjalan menghampiri Zara yang terbaring lesu di katil. Matanya berkaca.

“He need heart transplantation immedietly,” ujar doktor wanita itu, tegas.
Pandangannya kabur.
“Find a heart for him..”

Aliff menangis teresak-esak apabila ingatan itu kembali. Dadanya sakit.
Hati ini milik polis itu. Sebab itu aku selalu mimpi situasi itu. Sebab itu aku selalu nampak Zara dalam mimpi aku. Polis itu mati sebab aku. Paan.. mati sebab kecuaian aku!

Dia memandang Zara, sayu. Bila hati ini sudah membuka sedikit ruang untuk gadis di hadapannya ini.. mengapa dia pula yang perlu menjauh? Dia menatap wajah Zara lama.

At some point, you have to realize that some people can stay in your heart, but not in your life.

Kau baru masuk hospital sebab allergic macam ini pun aku dah gabra macam nak separuh gila. Mampu ke aku nak jauhkan diri dari kau lepas ini, Zara?
Kau layak untuk bahagia, Zara.

One of the hardest parts of life is deciding whether to walk away or try harder.

“Raffi, esok kau free?”Tanya Aliff, perlahan.
Aliff menoleh ke arah Zara lagi. Sudah hampir 2 hari Zara masih belum sedarkan diri. Dia meletakkan sebatang Daffodil di sisi Zara. This the ending of our story, Zara Nadia Akhyar. Dia mencapai tombol pintu ward itu, lemah. Ini yang terbaik buat kita, Zara. Dan pintu itu ditutup.

“Zara?”panggil Raffi, perlahan. Zara menoleh. Sudah hampir seminggu dia discharge dari hospital. Namun, kelibat Aliff masih tiada. Dia hairan. Aliff marah padanya ke?
“Raffi, tahu tak Aliff kat mana?”Tanya Zara, ingin tahu. Raffi tersenyum.
“Tak tahulah. Dah lama tak jumpa dia,”balas Raffi,pendek. Zara hanya mengangguk perlahan. Dia segera mengemaskan bunga-bunga yang dipesan oleh customer itu di atas meja kaca dan mula mengubahnya. Fikirannya melayang mengenangkan pertemuaan kali terakhirnya dengan Aliff.
Sedar-sedar dia sudah berada di hospital. Dia terlihat Daffodil di sisinya. Dia mecari kelibat Aliff tetapi tiada. Dan sejak itu, Aliff tidak lagi mengunjungi kedai bunga ini.
Perlahan-lahan, dirinya mulai merindui kehadiran Aliff. Raffi hanya memandang telatah adik tirinya itu. Mama pun ada bertanya ke mana hilangnya Aliff. Sudah seminggu juga Aliff tidak masuk office. Yang menggantikan tempatnya hanyalah Pn. Anita. Wanita itu menerima surat dari Aliff meminta agar mengambil alih syarikat buat sementara waktu.
Aliff hilang tiba-tiba. Kamilia juga mencari-cari Aliff, ingin meminta maaf atas perbuatannya. Tetapi tiada siapa tahu di mana Aliff.

Setahun telah pun berlalu. Kedai bunga itu telah pun dikenali ramai kerana kehebatan tangan Zara mengubah bunga. Kreatif dan unik. Nama kedai bunga itu ditukar kepada Daffodils kerana keistimewaan kedai tersebut membekalkan Daffodil yang digubah dengan sangat cantik oleh Zara sendiri. Zara sudah pun mengambil beberapa orang pekerja untuk berkhidmat dengannya.

Hari ini, genap umurnya 25 tahun. Sangae chukka hamida, Sanah Helwah and Happy Birthday Zara, bisiknya sendirian. Dia mengubah Daffodils di hadapannya untuk dihantar ke syarikat yang memesan. Fikirannya melayang lagi. Perlahan-lahan dia membelek Daffodils di tangannya.
“This is the beginning of our story..”kata-kata itu masih tersemat di hatinya.
“Oii, dah sampai mana tu?”tegur May Li,tersenyum melihat rakannya itu termenung. Zara tersentak. Dia ketawa.
“Kau ni kacau daun laaa. Aku dah sampai kat Italy dah tadi Dah nak jumpa Edward Cullen tadi taw!” balas Zara, berjenaka. May Li ikut ketawa. Dia melihat Zara yang sibuk mengubah Daffodils. Sayu hatinya melihat Zara. Setahun sudah berlalu tetapi Zara seolah-olah tidak bergerak dari masa lalu. Zara rindukan Aliff. Dia tahu itu walaupun Zara tidak pernah membangkitkan isu Aliff. Melihat cara Zara memandang Daffodils itupun sudah tahu. Zara hanya ada kenangan dengan dua orang lelaki kalau melibatkan Daffodils. First, Paan. Second, Aliff.

“Assalammualaikum, Cik Zara Nadia Akhyar ada?”Tanya seorang lelaki tua berpakaian kemas dari pintu kedai. Zara menoleh.
“Ya, saya?”

Myvi putih itu laju memasuki halaman banglo dua tingkat itu. Zara memasuki ruang tamu rumah besar itu. Dia mencari-cari kelibat ibu tirinya. Nafasnya turun naik seolah-olah dia baru sahaja berlari dari kedai bunga ke banglo milik keluarganya ini.
Pn. Anita menuruni tangga utama banglo itu. Dia hairan melihat Zara berada di rumah itu waktu malam-malam ini.

“Zara?” panggilnya, kuat. Zara menoleh. Matanya berkaca. Pn. Anita hairan. Dia memandang anak tirinya itu lama lalu menghampiri Zara.
Zara menjauhi ibu tirinya. Pn. Anita memandang Zara hairan. Zara sedang menangis.

Kedengaran bunyi pintu bilik dibuka. Katrina memerhati dari biliknya. Apa lagi Zara nak buat kecoh malam-malam ini?
Zara menggenggam erat sampul surat di tangan kanannya.

“Kenapa tak beritahu Zara perkara sebenar?”Tanya gadis itu, menangis teresak-esak. Riak wajah Anita berubah.
“Zara..”matanya juga mula berkaca, sebak. Dia tidak mahu Zara tahu dari mulut orang lain.
“Kenapa biarkan Zara maki mak cik sedangkan mak cik tak salah?”Tanya Zara lagi. Betapa banyaknya dosa dia terhadap wanita di hadapannya ini. Zara menangis teresak-esak sambil memukul dadanya kuat. Hatinya sakit dan pedih. Pn. Anita memeluk Zara erat.
“Maafkan mak cik, Zara. Mak cik tak sampai hati,”ujarnya,perlahan. Zara menangis semahu-mahunya dalam pelukan ibu tirinya. Dia malu.

Katrina yang menjadi pemerhati dari biliknya turun menghampiri mamanya dan kakak tirinya itu. Zara memandang Katrina, sayu.
“Aku minta maaf Kate. Selama ini aku selalu maki kau,”ujar Zara, menangis teresak-esak. Katrina memeluk Zara. Dia juga sebak.
“Aku yang selalu maki kau,”ujarnya, turut menangis.
Dia memeluk ibu tiri dan adik tirinya itu seerat yang boleh. Selama ini dia tidak sedar bahawa wanita yang selalu dimaki, diherdik dan dicemuh ini rupanya wanita yang begitu tabah.

Kehadiran peguam wakil arwah babah siang tadi telah menjelaskan segala-galanya. Surat peninggalan babah sebelum babah meninggal dunia dan surat peninggalan mama buat babah. Dia yang bersalah dalam hal ini. Dia buta. Dia tidak menghargai langsung segala kebaikan ibu tirinya.

“Maafkan Zara, mama,” ujar Zara, sebak. Pn. Anita tersenyum kegembiraan.Air matanya mengalir lagi. Perkataan ‘mama’ itulah yang dinanti-nantikan dari bibir Zara. Dia bersyukur. Selama 19 tahun dia mengunci mulutnya dari menceritakan perkara sebenar kepada Zara.
Arwah Zuhair melarangnya dari menceritakan perkara sebenar kepada Zara. Arwah juga minta dia menjagakan Zara kerana Zara tiada sesiapa lagi. Arwah Sarah juga ada berpesan sebelum dia pergi menghadap ilahi, memintanya berjanji agar menjaga Zara.

“Mama, ampunkan Zara,”kedengaran lagi Zara merayu minta diampunkan. Zara memeluk kaki ibu tirinya. Rasa berdosa yang amat sangat.
“Mama, Zara janji tak lukakan hati mama lagi. Zara janji mama. Zara ikut semua cakap mama,” ujar Zara bersungguh-sungguh.Pilu hati Pn. Anita melihat Zara.

 Raffi yang memerhati dari jauh menangis kegembiraan. Segera dia menunaikan sujud syukur. Keluarganya kembali bersatu, Alhamdulillah.

Zara memandang halaman rumahnya yang menghijau. Terasa bahunya disapa lembut.
“Anak mama buat apa termenung kat sini?”Tanya Pn. Anita, lembut. Zara tersenyum.
“Teringat kat May Li. Kasihan dia terpaksa cari housemate baru,”balas Zara, tersengih. Perlahan rambutnya diusap lembut oleh Pn. Anita.
“Zara tak sangka mama. Zara ini yang rupanya menumpang rumah mama. Menumpang kesenangan mama. Zara tak sangka perniagaan babah jatuh sampai hutang keliling pinggang. Sampai mama yang terpaksa bayar semua hutang piutang babah. Mama gadaikan macam-macam untuk langsaikan hutang babah. Mama sanggup besarkan anak luar nikah babah. Mama sanggup terima Zara walaupun Zara ini anak dari wanita yang meruntuhkan rumah tangga mama,” Zara melontarkan pandangannya jauh ke pokok-pokok yang ada di halaman rumah ibu tirinya. Pilu hatinya apabila mengetahui kebenaran. Truth is pain. Perlahan-lahan air matanya mengalir lagi. Pn. Anita mengesat air mata anak tirinya. Dia juga sebak mendengarnya. Dia memeluk Zara.
“Mama Zara tu kawan baik mama sejak sekolah rendah taw. Mana boleh mama biarkan anak kawan mama merempat tak berayah, tak beribu,”balas Pn. Anita,perlahan. Mulia sungguh hati wanita ini. Zara segan ingin berdepan dengan ibu tirinya itu lagi.

Dia berjalan masuk ke dalam kedai bunganya seperti biasa. Dia merasakan kepalanya ringan. Masuk sahaja di dalam kedai bunga, dia membersihkan lantai dan cermin tingkap.
Dia merasakan dadanya terlalu sakit. Dia sukar untuk bernafas. Dia terduduk di kerusi comel berhampiran dengan tiang. Dia cuba menarik nafas dalam-dalam. Kepalanya mulai sakit. Ya Allah kenapa pula dengan aku ini..bisik hatinya.
Kedengaran loceng kedai berbunyi kuat. Dia menoleh. Pandangannya kabur, dan akhirnya gelap.

“Zara..”kedengaran namanya dipanggil. Zara cuba membuka matanya. Dia terlihat wajah May Li yang kerisauan. Dia cuba untuk bangun.
“Kenapa aku kat sini?”Tanya Zara, perlahan. May Li memegang tangan Zara, sayu.
“Zara, berapa lama dah kau kerap pengsan?”soal May Li. Zara mengerutkan dahinya.
“Baru kali ini,”balasnya.
“Kau makan tak ubat kau??”Tanya May Li lagi. Zara terdiam.
“Zara..”May Li memandang sahabatnya itu, sedih. Dia memeluk Zara, seerat yang boleh. Zara hairan.
“Zara, penyakit kau datang balik..”ujar May Li,sayu. Zara hanya membisu.
“Tahap kritikal, Zara. Aku da suruhkan kau makan ubat. Kau degil!”marah May Li. Zara tersenyum.

Doktor lelaki itu menghampiri Zara sambil tersenyum mesra.
“Sihat hari ini Zara?”Tanyanya, ceria. Zara tersenyum.
“Berapa lama lagi saya ada doktor?”direct  question. Doktor itu terkejut dengan pertanyaan Zara. Begitu juga May Li. Mereka saling berpandangan.

14

“Kau sure ke ni Zara?”Tanya May Li, risau. Zara tersengih sambil meletakkan baja di dalam pasu bunga-bunga hidup itu.
“Kau nampak macam aku main-main ke?”Zara menduga.
“This is serious Zara,”balas May Li, tegas.
“I’m serious too, May Li,” Zara menggenggam erat tangan sahabatnya itu.
Dia tekad untuk menghabiskan waktu-waktu terakhirnya di Belanda. Dia ingin sekali melawat Keukenhof di Holland yang mempunyai lebih 7 juta jenis tulip. May Li terdiam. Matanya berkaca. Zara memeluk May Li.
“ Setiap yang hidup pasti akan kembali May Li,”bisik Zara, perlahan. May Li mengangguk.
“Kau dah start pakai tudung ini Nampak comel laa plak,”ujar May Li, cuba mengubah topik.
“Hello, aku memang comel. Kau tu je yang tak perasan,” Zara ketawa. May Li ikut ketawa.

“Bila langsungnya abang kau dengan Kamilia uh?”Tanya May Li, ingin tahu. Zara tersenyum.
“Lusa..”
“Lusa? And kau masih kat sini, lepak-lepak?”Tanya May Li, ketawa.
“Malas laa aku. Haha,”balas Zara, ceria. Bukan dia tidak mahu menolong. Dia cuma rimas dengan telatah Kamilia. Tak tahulah nasib abangnya nanti bagaimana. Kamilia uh queen control pada pandangannya. Itu salah, ini salah. Erghh, tension aku duduk rumah dengan Miss Hulk tu, rungut Zara.
Dia terdiam. Miss Hulk. Selalunya Aliff yang menggelarkan Kamilia sebagai Miss Hulk. Pandangannya jatuh ke Daffodil yang sudah kering itu, masih disimpan di dalam diarinya.

“Kau rasa Aliff datang tak nanti wedding Kamilia? Dorang bestfriend kan?”Tanya May Li, memecah kesunyian. Zara tersenyum hambar.
“Tak tahulah May Li. Dekat nak 2 tahun dia hilang May Li. Aku tak tahu kenapa.”
May Li hanya memerhatikan sahabat baiknya itu. He will definitely come, Zara. I promise.

Perkahwinan antara Kamilia dan Raffi benar-benar meriah. Ramai sungguh kenalan-kenalan mereka datang untuk memeriahkan lagi majlis raja sehari itu.
Kamilia sungguh anggun apabila mengenakan busana peplum baju kurung yang dihiasi dengan sulaman manik yang sesuai dengan warna bajunya. Tema warna mereka ialah pink terang and konsep majlis perkahwinan mereka ialah wedding in garden. Comel sangat dan menarik. Zara dan Katrina dipaksa untuk memakai peplum baju kurung juga. Katrina benar-benar ingin mensabotaj kek perkahwinan bakal kakak iparnya itu, tetapi Zara menghalang. Lucu dia mengingat semula kenangannya bersama Kate. Kalau betul-betul mengenali Kate, dia seorang yang sangat manja dan suka menghiburkan orang lain. Tapi awaslah kalau buat Kate marah. Mama pun masuk bilik, tak tahan dengar Kate membebel. Zara ketawa seorang diri.

“Cantiknya kau Zara! Class kau !” puji May Li, terpesona melihat kejelitaan Zara. Sesuai betul Zara bergaya begini. Tidaklah seperti selalu. Kalau dulu waktu era kegemilangan Zara ( menurut Zara), Zara lebih gemar menyarungkan jeans dan t-shirt. Sekarang ini dah dapat hidayah, Zara selesa mngenakan skirt labuh dan blouse yang padan dengan tudungnya. Anggun dan comel. Zara ketawa.
“Kau pun sama. Cantik!”
“Aku memang hari-hari cantik,”balas May Li, tersengih.
“Iyalah May Li.. kau memang cantik setiap hari. Sebab uh nyonya depan kedai uh bising laki dia dok tengok kau aje,” Zara memulangkan paku keras. Mencuka wajah May Li apabila dikenakan Zara. Zara ketawa terbahak-bahak.

Masing-masing sudah mengambil tempat duduk masing-masing. Pengantin akan berarak masuk ke majlis. Zara menjadi pengapit Kamilia. Dia memegang payung dan kipas di sebelah Kamilia yang tak habis-habis mengomel kepanasan. Kau ingat kau uh anak agong ke, rungut Katrina yang membara di belakang Kamilia. Zara tersengih. Meletuslah world war ke-3 kat rumah lepas ini antara Parti Perikatan dengan Pakatan Bersekutu.
“Mana pengapit you, Raffi?”Tanya Kamilia, perlahan. Raffi ketawa, nervous.
“Dia kata dia tersekat dalam traffic jam. Tapi dah nak sampai dah, hehe,”balas Raffi, perlahan. Kamilia memandang Raffi seolah-olah ingin menanam Raffi hidup-hidup. Raffi menelan air liur. Mak oii, garang betul minah ini. Baru akad nikah dah macam singa betina ini..
Zara memandang abangnya,lucu.
“Minta boyfriend May Li jadi pengapit dulu boleh ke abang?”Tanya Zara, memberi cadangan. Raffi tersenyum.
“Cantek laa Zara. Panggil budak uh cepat,”balas Raffi, gembira.
Nasib baik kau pakai baju melayu sama colour dengan aku, James oii. Nasib kau laa jadi pengapit bidan terjun hari ini. Zara ketawa dalam hati.Kedengaran kompang dipalu dan pengantin pun mula berarak masuk ke majlis.
Rasalah juga air conditioner yang mama pasang, Katrina tersenyum lega.
Kamilia dan Raffi duduk bersanding di pelamin. Sama cantik, sama padan. Zara mengipas Kamilia perlahan. Macam tak perlu aja kipas ini. Air-cond kot,bisik Zara perlahan.

“Testing mike.. 1,2,3…” kedengaran suara dari pembesar suara.
“Sorry, I’m late..”
Zara mencari-cari arah suara itu.
“But this is for you, Cam and Raffi..”tambah suara itu lagi. Zara termanggu. Dadanya berdebar-debar. Suara Aliff. Kamilia bingkas bangun, begitu juga dengan Raffi, memaut bahu isterinya sambil tersenyum.
“You did this for me?”Tanya Kamilia dengan mata berkaca. Raffi mengangguk. Kamilia menangis memeluk suaminya. Terima kasih encik suami, kerana memahami.
Sungguh dia rindu Aliff. Dia rindu sahabat baiknya itu.
Zara menahan air matanya dari jatuh. Rindu yang dipendam selama hampir 2 tahun ini, akhirnya terubat.

“Tubuhku menggeletar,
Di hati rasa berdebar,
Apabila kau muncul menjelma di depan mata,
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu,
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut,
Apakah sudah masuk musim cinta..”

Lagu Kenapa- Daus berkumandang. Aliff berjalan perlahan masuk ke dalam majlis itu sambil menyanyikan lagu itu. Kamilia turun dari pelamin, menekup mulutnya sambil menangis. Aliff..
Zara memalingkan wajahnya, tidak sanggup melihat lelaki yang mencuri lena tidurnya selama ini.

“Katakan kenapa
Kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba ‘tuk berjumpa
Katakan kenapa
Kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa..
Ku jatuh hati padamu
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka yang terbaik dari ladang
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta..”

Aliff sudah pun menghampiri Kamilia. Mata Aliff juga berkaca, menghulurkan tangannya kepada Kamilia yang masih menangis. Lantas dipegang tangan Kamilia, dikesat air mata yang berlinangan.

“Sorry I lambat. Make up you dah teruklah Cam! Stop crying,”pujuk Aliff, ketawa kecil. Kamilia memukul Aliff bertubi-tubi. Raffi ketawa sambil memeluk Kamilia.
“Where have you been? You know how I went through my life without you, hah? It’s really aweful..”marah Kamilia. Aliff ketawa kecil.
“Ni siapa kawin dengan siapa ini?”perlinya. Raffi ketawa.Raffi memeluk erat Aliff yang sekian lama menghilang.
“Thank you for coming, Aliff,”bisik Raffi,sayu. Aliff tersenyum.
 Mereka mengambil tempat di pelamin semula. James duduk di sebelah May Li, ceria. Aliff mengambil tempat di sebelah Raffi sebagai pengapit. Zara hanya tersenyum hambar memandang tetamu. Tidak sekali pun dia memandang Aliff. Hatinya kecewa. Aliff muncul demi Kamilia.

Aliff memandang Zara yang sedang rancak berborak dengan Katrina.
“Raffi, itu Zara ke?”Tanya Aliff, ingin tahu. Raffi tersengih.
“Aih, awek sendiri pun tak kenal dah ke?”perlinya. Aliff memandang Raffi.
“Awek apa kau ini. Sejak bila dia pakai tudung?”Tanya Aliff, tersenyum. Manis pula aku tengok dia pakai tudung.
Raffi tersengih macam kerang busuk.
“Dah dekat 3 bulan gak laa dia start pakai tudung. Tunggu Kate je yang nak berubah. Haha, aku tak tahu laaa bila Kate tu nak pakai tudung. Bila aku tanya kenapa tiba-tiba pakai. Dia kata tergerak hati nak pakai,”balas Raffi panjang lebar. Aliff hanya mengangguk sambil meneguk air sirap di gelas.

“Aliff, lama tak nampak. Pergi mana?”tegur May Li, ceria. Aliff terkejut.
“Eh, May Li.. Alhamdulillah, sihat. You?”balas Aliff teruja.
“I pun sihat. I dah nak kawin taw,”ujar May Li, gembira. Aliff tersengih.
“Laki mana yang rampas you dari I ni? Melepaslah I,”balas Aliff bergurau. May Li ketawa.
“You ni kan.. tak pernah berubah taw!”
“Mana laki tuh? Dia tahu tak yang you pernah tengok boxer I?”Tanya Aliff sambil ketawa kuat. May Li tersengih.

“You ni kan Aliff! Nakal! You jangan cerita pada dia. Nanti I kena lol..Anyway, dah jumpa Zara?”Tanya May Li, perlahan. Riak wajah Aliff berubah.
“Belum lagi. Jap lagi I tegur dia sebab tengok dia busy uruskan majlis ini,”balas Aliff, hambar. Dia cuba senyum semula. May Li tersenyum sayu sambil memandang Zara.
“Approach her,Aliff. Before it’s too late,”ujar May Li, perlahan. Aliff memandang May Li, hairan. May Li meninggalkannya sendirian.
Aliff memandang Zara lagi. Zara nampak gembira dan bahagia.

I miss you a little. I guess you could say, a little too much, a little too often, and a little more each day. I thought I could handle the pain from being apart from you. But I can’t.. To tell the truth, I really miss you Zara Nadia Akhyar.

Aliff berpaling menyembunyikan air matanya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Be though Aliff. Tears are not suit for you.

Dia memandang lelaki berbaju melayu berwarna merah itu.Dia mengenali lelaki itu kerana dia cam lelaki itu dari belakang badannya. Matanya sayu melihat lelaki itu memalingkan wajahnya. Dia tunduk. Was I meant nothing to you back then, Aliff? If yes, why did I miss you so much lately as if today is the last day I could see you.. Zara memandang Aliff lagi. Matanya berkaca. Was I really meant nothing to you?

“Dude, Zara is leaving,”ujar Raffi, cemas di talian. Raffi menelefon Aliff secepat yang mungkin. Aliff hanya diam di meja kerjanya.
“Kau dengar tak apa aku cakap ini, Aliff??”Tanya Raffi lagi.
Aliff mengangkat mukanya, mengeluh.
“Eh, yang kau kalut sangat ini kenapa? Dia nak pergi jalan-jalan, biarlah dia,”balas Aliff, tak puas hati. Zara bukan anak kecil. Dia pandai jaga dirinya sendiri.

“Otak kau. Weyy, Zara akan fly ke Belanda dalam masa 2 jam,”tengking Raffi. Aliff berhenti dari meneliti dokumen projeknya.
“Belanda?”
“Aku rasa dia memang nekad nak pergi Belanda. Dia dah beli tiket awal without beritahu kami. She pack her things and only this morning, dia beritahu mama aku dia nak pergi Belanda.Gila tak gila adik aku uh?”bentak Raffi, geram. Dia tidak mahu Zara pergi jauh. Mama terlalu sayangkan Zara. Kalau Zara tak ada, mama sunyi.

“For how long?”Tanya Aliff, perlahan. Raffi menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
“Dude, dia beli tiket sehala.. like she never plan to come back home,” balas Raffi, risau. Aliff terdiam. Kenapa tiba-tiba nak pergi Belanda. Kenapa tiket sehala?
“Are you coming?”Tanya Raffi lagi.
“No.”ringkas Aliff menjawab.
“Aliff.. ini mungkin kali terakhir kau jumpa dia..”ujar Raffi di hujung talian. Bergenang mata Aliff, dibanjiri air mata. Aliff, be strong.

“Kau nak aku buat apa Raffi?”Tanya Alif, lemah. Ikutkan hati, dia ingin mengejar Zara. Ingin Zara sentiasa di sisinya.
 Pintu bilik diketuk dan setiausahanya masuk meletakkan sejambak bunga di atas mejanya. Aliff memandang Daffodils yang digubah cantik itu.
“Siapa?”tanyanya,perlahan.
“Baru sampai pagi tadi, encik,”balas gadis itu.

“Aliff, I told her about Paan. About kau.” Sayup-sayup kedengaran suara Raffi di hujung talian.
“Kau bagi tahu dia?? You promised me!” ujar Aliff, kecewa.
“Aliff, tipulah kau tak sayang adik aku. Sepanjang kau kat UK, setiap hari kau tanya pasal Zara. Kau tetap ambil berat pasal dia. Kenapa kau nak ego sekarang ini? Dude, your only love is leaving.. wake up..”balas Raffi, kecewa.
“Aku..aku yang bunuh Paan, Raffi..”balas Aliff, sebak.
“Tak, Paan meninggal sebab accident. Bukan kau yang langgar dia!” Raffi cuba memujuk Aliff.
“Tapi aku punca accident tuh. Aku rampas kebahagiaan Zara,”
“Aliff.. lepas aku cakap kat dia.. the only word that came out from her is okay. She’s okay with it. Dia dah lama lepaskan Paan. Dia tak kisah pasal benda uh Aliff,”Raffi memujuk lagi. Aliff terdiam.

“Aliff, one of the worst mistake you will do is walking away from the person that stood there and waited for you,”Raffi memutuskan talian.Aliff terkesima dengan ayat-ayat Raffi.
Handphone diletakkan di tepi. Bunga itu dibelek-beleknya. Harum.

Kad yang terselit di bunga ditarik dan dibaca.




Aliff meraup wajahnya. Zara..
Handphonenya berbunyi lagi. Nombor tak dikenali.
“Hello?”
“Aliff? Ini May Li..”

Kuala Lumpur International Airport itu sangat sesak dengan manusia. Aliff berlari-lari anak mencari kelibat Zara. Dia bagaika separuh gila mencari Raffi dan Kamelia. Atau kelibat Pn. Anita dan Kate.

Dirasakan ada tangan yang memegang bahunya. Dia menoleh. Raffi!
“Kau lambat, Aliff..”ujar Raffi, perlahan. Dia memandang board pelepasan.
Belanda 1345. Dia meraup wajahnya. Damn !

SSC Ultimalte Aero itu meluncur laju di jalan raya menuju ke arah Damanara Utama. Aliff memandang cermin sisinya. She left, Aliff.

“She’s dying Aliff. Dia tak ada masa dah,Aliff. Dia minta I rahsiakan dari semua orang. Anemia dia datang balik. Kali ini tahap kritikal. She really hopes to see you.. She’s suffering Aliff..”
Kata-kata May Li masih terngiang-ngiang di telinganya. She’s dying.. Aliff menampar stereng itu beberapa kali,kuat. Pedih sungguh hatinya. How could you.. leave so soon and never tell me a word?
Dia nekad. Dia akan ke Belanda menjejaki Zara. Apa nak jadi, jadilah!

Tenang sungguh dia berjalan di taman bunga yang dipenuhi dengan tulip itu. Dia duduk menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa. Dia tersenyum.
Daffodils, banyak sungguh kenangan kita.

“ I wandered lonely as a cloud
That floats on high o'er vales and hills,
When all at once I saw a crowd,
A host, of golden daffodils;
Beside the lake, beneath the trees,
Fluttering and dancing in the breeze.

Continuous as the stars that shine
And twinkle on the milky way,
They stretched in never-ending line
Along the margin of a bay:
Ten thousand saw I at a glance,
Tossing their heads in sprightly dance.

The waves beside them danced; but they
Out-did the sparkling waves in glee:
A poet could not but be gay,
In such a jocund company:
I gazed---and gazed---but little thought
What wealth the show to me had brought:

For oft, when on my couch I lie
In vacant or in pensive mood,
They flash upon that inward eye
Which is the bliss of solitude;
And then my heart with pleasure fills,
And dances with the daffodils

William Wordsworth was a nice poet. Zara tersenyum memandang ke arah Daffodils yang terbentang luas.

“In time of Daffodil,
Forgetting why, remember how”
Zara tersentak mendengar suara itu. Dia menoleh. Aliff sedang menghampirinya sambil membawa dua paper cup cappuchino di tangannya. Lelaki itu melemparkan senyuman ke arahnya. Zara hanya memandang.
Kenapa dia datang sini?

“In time of lilacs who proclaim
The aim of waking is to dream,
Remember so..
In time of roses,
Forgetting if, remember yes
In time of all sweet things beyond whatever mind may comprehend,
Remember seek and in a mystery to be
Forgetting me…
Remember me..”

Perkataan terakhir yang diucapkan oleh Aliff benar-benar menyentuh hatinya.
“Please remember me, don’t leave me behind with all your memories..”Aliff bersuara lagi sambil menghirup cappuchinonya. Dia menyerahkan papercup itu kepada Zara.
“Why are you here? Kalau mama yang hantar awak minta saya balik, saya tak nak,”ujar Zara,perlahan.
Aliff memandang Zara.
“Siapa kata mama awak hantar saya?”Tanya Aliff,cuba memancing Zara untuk berbual dengannya. Zara menoleh lalu mencebik. Aliff ketawa. Mulut itik ini..
“Dah tu datang sini buat apa?”Tanya Zara, kasar.

Aliff tersenyum. “ I do care about you,”
Zara terdiam.
“Saya datang sini nak bawa awak balik Malaysia.. Lepas 2 hari stuck kat airport, and then sampai sini sesat pula.. it really though to reach you, you know..?”
“I prefer here..”balas Zara,perlahan.
“Dying alone is not an option, Zara. You ada mama you. You ada adik and abang you tunggu you kat Malaysia. You ada kawan baik you.. tak macam I..I ni sebatang kara je duduk kat Malaysia tuh. You cukup beruntung tahu tak,”pujuk Aliff sambil menghirup cappuchino.

“Awak tahu?”
Aliff mengangguk. Zara tunduk merenung lantai.
“Come on lah Zara. Enough dengan ego you,”tambah Aliff lagi.
“Saya tak nak mama and yang lain sedih..”
“So, you rasa you meninggal kat sini alone tanpa pengetahuan mereka.. they’ll felt better?They’ll happy? Mama you tak sedih? You buat macam ini menambahkan kesedihan mereka lagi adalah. Dorang maybe fikir yang dorang asing bagi you sampaikan masa-masa terakhir you pun you nak kedekut dengan dorang. Why not spend your precious moment with your family, Zara. Make these days as good as memories that you don’t want it to be forgotten even a minute. ”
Soalan Aliff itu dibiarkan berlalu. Ada benar kata-kata Aliff. Tentu mama sedih dengan dirinya.

Aliff berdiri. “ Should we?”tanyanya sambil meghulurkan tangannya kepada Zara. Zara memandang Aliff , sayu.
Aliff masih setia menghulurkan tangannya.
“I’ll never let you go far from me next time. I promise.”Senyuman killer diberikan buat gadis kesayangannya.

Zara tersenyum. Mulut manis! Lesung pipit itu.
“You suka I kan? Admit je laaa,”Aliff memerli Zara yang sedang berjalan perlahan itu. Muka Zara mulai merah.
“Mana ada!”
“Elehh, I tahu. ‘was I meant nothing to you?’”Aliff mengajuk ayat Zara.
“PERASAN.Eh, siapa yang sanggup datang dari Malaysia semata-mata nak jemput I balik??You yang suka gila kat I, tak nak mengaku..”balas Zara, mencebik. Geram diusik oleh Aliff. Aliff ketawa.

“Memang I suka gila kat you pun. Kenapa?”balas Aliff bersahaja. Zara menoleh ke arah Aliff. Aliff tersengih. Dia berpaling. Aliff ini tak serious langsung.

“If I had a Daffodil for each time I thought of you, I could walk in a garden full with DAFFODILS,” ujar Aliff, tersenyum. Zara tersenyum. Sweetalker..

“That is how your uncle’s love story. End of story..”ujar Katrina sambil tersenyum.
“Mak su..” Saffiyah memanggil. Katrina tersenyum sambil mencuit pipi Safiyyah yang gebu.
“Yes my dear?”
“Did she died?”
Katrina tersenyum lagi. “She survived for couple of years..and give birth a twin. Yes, she died.”
Safiyyah terdiam. Begitu juga dengan Damia.

“Who is Zara Nadia Akhyar by the way?” Tanya Damia pula, ingin tahu.
Katrina tersenyum lagi sambil menoleh ke arah potret keluarga yang tergantung elok di tengah-tengah ruang tamu.

“Amboi, sakan kacau mak su nampak,”perli Aliff, tersengih. Iman berlari mendapatkan ayahnya. Katrina tersengih.
“Mana Arissa?”Tanya Kate, hairan.
“Ada dengan mama,”balas Aliff, tersenyum.
“Mama, siapa Zara Nadia Akhyar?”Tanya Riyyadh yang dari tadi membisu.

Mendengar pertanyaan anak buahnya itu, Aliff terhenti dari mengatur langkahnya. Lama sudah nama kekasih hatinya itu tidak disebut-sebut di rumah ini. Dia menghampiri salah satu potret keluarga itu. Matanya tumpah ke arah gadis bertudung coklat, berjubah coklat sambil mendukung bayi lelaki di dalam gambar itu.


Did you miss me, sayang? Because I miss you so much lately..

“Mak su, siapa Zara Nadia Akhyar tu?”Tanya Damia lagi. Dia benar-benar ingin tahu. Siapa perempuan yang berjaya menawan hati pak ngahnya.

“Mama Iman, kan mak su? Ayah kata mama paling suka Daffodils..”Tanya Iman, tiba-tiba. Aliff menoleh ke arah anaknya, tersenyum. Matanya berkaca, terlalu rindukan isterinya. Perlahan dikesat air matanya.
Katrina tersenyum,sayu.

“Aah, Iman.. Zara Nadia Akhyar tu.. mama Iman dengan Arissa. Mak ngah Damia, Safiyyah dengan Riyyadh,”ujar Katrina, lembut.
Damia menghampiri pak ngahnya yang masih berdiri merenung potret itu.
“Mesti mak ngah nii sporting kan pak ngah?”Tanya Damia, teruja.
Aliff tersengih. Bagaimana dia ingin menggambarkan perwatakan Zara? Dia tak tahu. Apa yang dia tahu, Zara ini gila orangnya.. Mulut itik..

Pn. Anita tersenyum sendirian melihat telatah anak cucunya.
“Korang! Mari cepat makan lemang nii. Kang sejuk tak sedap,”rungut Pn. Anita.
Kesemua budak-budak itu berlari mendapatkan nenek mereka.

“Those days hah..”celah Kamilia, perlahan menghampiri Aliff bersama suaminya, Raffi.
Aliff tersenyum. Yupp, those days.. Dah 5 tahun dia pergi, tapi aku rasa macam baru semalam dia ada dengan aku.
“Selamat Hari Raya, sayang,” Bisiknya sambil memandang ke arah Zara di dalam potret tersebut. Roses di dalam vase digantikan dengan Daffodils.
What is this? This is a proof that I never forget you.



“I don’t love you because of the heart.. I love you because of you. The whole of you, Aliff. Even ada Paan dalam diri you, it doesn’t matter as long as you be yourself.. Lagipun I laa untungkan sebab dapat 2 orang dalam satu masa? Nasib you laa..”Zara ketawa kecil.
“I love you from top, middle and bottom of my heart..”
Aliff memegang kelopak Daffodils itu, lembut.



END




Dearly,
Y

You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu