En. Suami dan Cik Dentist ( 2 )
3:31:00 AM
Beg pink Polo itu ditarik perlahan tanpa rela. Dia menoleh ke arah Fariz.
"Hehe, aku dah menang. Sampaikan salam sayang aku kat Aliff taw.. be a good wife and good mother-to-be nanti ," Fariz mengusik. Anissa mendengus, geram. Macam manalah si Alia itu boleh suka juga dekat Fariz ini. Okay, memang dia akui Fariz ini handsome, berkaliber, penuh dengan humor, funny, talkative and penyayang. Tapi dia still tak boleh tanding Aliff. Haha..eh, kenapa dengan kau ni, Nissa? Putus fius? Dia laju menggeleng-gelengkan kepalanya.
Okay.. fuhhh, dia menarik nafas dalam-dalam.
U.K , aku datang!
Musim Winter sekarang ini. Angin sejuk bertiup macam nak patahkan tulang-tulang aku yang beku ini,Anissa mengeluh. Dia mengeluarkan alamat yang diberikan oleh Fariz sebelum dia menaiki kapal terbang. Belum pun sempat dia ingin menahan teksi, Mazda MX-5 no plat VK12 UKJ berhenti betul-betul di hadapannya. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya.
Like seriously?
Cermin tingkap diturunkan. Matanya terkebil-kebil.
"Assalammualaikum,"ujar pemilik kereta sport itu. Anissa berpaling. Arghhh! Mesti dia nampak muka aku teruja gila tengok kereta sport dia. Damn..malunya! Rasa nak simen muka 14 layers sekarang juga!
"Waalaikumussalam. Kenapa datang sini? Ada nak ambil orang ke?"tanya Anissa, tertanya-tanya.
Aliff ketawa kecil.
"Isteri kita datang dari jauh, takkan kita nak biar dia naik teksi aje.."balas Aliff, tersenyum sambil mengangkat beg pakaian Anissa dan meletakkan di seat belakang. Dia membukakan pintu kereta untuk Anissa. Anissa hanya menurut.
Perjalanan ke rumah Aliff mengambil masa hampir sejam dari airport. Besar gila rumah ini.
"Are you living in here?"tanya Anissa, pelik. Aliff tersengih lagi.
"Yupp. Kalau you nak kaya cepat, buatlah housemanship kat sini,"balas Aliff, tersenyum lagi. Anissa hanya mengangguk-angguk.
"Comelnya.."kata-kata itu terlepas dari bibir kecilnya apabila melihat interior design rumah Aliff. Dia hampir melompat-lompat kegembiraan melihat rumah yang begitu kemas dan cantik itu. Aliff tersenyum lagi. Baru hari ini dia dapat melihat Anissa tersenyum. Cantik.
"So...ermm.. rumah ini nampak aja besar. Tapi dia tak ada bilik. Its like a studio if you can see. So.. I tido kat sana.."ujar Aliff sambil menuding jari ke arah sebuah katil di penjuru bilik. Anissa hanya mengangguk.
"So...you nak tido dengan I ke?"Aliff menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Si Fariz pun bukan nak bagi tahu awal-awal Anissa nak datang.
PERVERT! Anissa memandang Aliff sambil memeluk tubuhnya. Then, tiba-tiba suara Fariz sayup-sayup kedengaran di telinganya.. Be a good wife..okay.. Anissa menarik nafasnya,perlahan.
"Its okay. I'll take the couch. No big deal.."ujar Aliff, serba salah. Anissa tersenyum. IF YOU SAID SO.... hehehe.. tumbuh tanduk sudah kau Nissa. Anissa tersenyum senang. Sorry Fariz, Aliff yang offer diri dia nak tidur kat sofa.
Aliff tersenyum melihat isterinya tersenyum. " I pergi beli groceries jap," Anissa mengangguk.
Anissa mula unpack barang-barangnya dengan senang hati. Bestnya duduk UK. Nak mandilah..mesti Aliff ada air panas. Mati keras aku mandi air sejuk kang..
Dia berlari masuk ke dalam bilik air dengan perasaan riang.
Aliff mengunci pintu rumahnya. Kelibat Anissa tiada di katil. Mana plak perginya minah ini? Dia terdengar bunyi air di dalam bilik air. Mandi rupanya. Ingatkan dah lari book tiket balik Malaysia. Dia ketawa dalam hati.Dia mengemas dapurnya tiba-tiba kepala Anissa keluar dari bilik air.
"Oh, mak kau!" Anissa melatah melihat Aliff di dapur.Aliff ketawa.
"Awak.. tolong ambilkan towel.."
Aliff tersengih, jahat. " kalau tak nak ambilkan?" dia mula mengusik isterinya. Anissa sudah menarik muka. Terasa mukanya merah.Eiiiiii, aku hammer gak mamat ini biar jadi ketot..
Aliff menyerahkan tualanya kepada Anissa.
"You tutup mata. cepat tutup mata sekarang!"ujar Anissa, garang. Aliff tersengih.
"Macamlah tak pernah tengok.."dia tersengih nakal. Namun ditutup jua matanya.
Eiiiii..jahat gila mamat ini. Pervert!Pervert! Nak balik Malaysia sekarang juga! Anissa mencapai baju tidurnya dan segera masuk semula ke dalam bilik air.
Anissa memandang Aliff yang sedang menonton TV. "Dah makan ke?"tanya Anissa, hairan. Aliff mengangguk.
"Sedap.."balasnya,perlahan. Eh, mestilah sedap! tengoklah siapa yang masak!
Dia mengatur langkah ke dapur. " I belikan you burger kat tepi itu. Kalau you nak.."ujar Aliff,kuat.
Anissa hairan. Kan dah masak sup ayam tadi. Kenapa beli burger? Aliff habiskan sup ayam niiiiiii?!Tak tinggal untuk aku pun..ada sikit je lagi ini. Dia mengambil sup ayam semangkuk. Dihirupnya perlahan. MAK OIII! Masinnya!! Dia salah letak bahan ke? Macam mana Aliff makan masin macam ini dekat nak habis satu periuk plak uh? Ntah ntah dia buang dalam tong sampah! Dia buka tong sampah. Tak ada tanda-tanda Aliff buang sup ayam. Dia serba salah. Dicapainya burger dan air di meja lalu duduk di sofa.
"Sorry.."
Aliff menoleh. " Kenapa?"
"Sup tadi.. actually.. I tahu you suka makan sup ayam..lagipun winter kan..so, I tried..turn out..ke laut.."Anissa serba salah.
Muka Aliff tak berubah. Stern aje, tak ada perasaan. Hanya mengangguk. Anissa terdiam. Macam mana ini... itulah Nissa, tadi kau action sangat depan Aliff. Kan dah malu busuk..
Aliff tersengih melihat wajah kelat Anissa.
"It's okay lah. You masak apa pun I makan. Sedap tak sedap lain cerita."
Anissa menoleh.
"Macam mana you boleh makan sampai satu periuk sup tuh? Kan masin?"tanya Anissa.
"I makan semua sebab I tak nak you serba salah macam ni. That's why I belikan you burger itu."
Anissa terdiam. Hatinya mula rasa terharu dengan kata-kata si suami. Awww, so sweet! Jap, kenapa dia tetiba baik dengan aku ini?
Anissa laju naik ke katil dan selimbung dirinya. Aliff tersenyum. Terharulah itu aku cakap macam itu. Hihi.. cepatlah lembut sikit hati you Nissa, lama I tunggu you. Haihh..
Dia terjaga dan jam baru pukul 2 pagi. Dia terdengar bunyi TV di ruang tamu. Aliff masih berjaga. Tak tidur lagi??
Anissa menuruni tangga kecil menuju ke dapur untuk mengambil segelas air. Dia membancuh susu panas untuk Aliff. Kata orang, kalau susah nak tidur.. minum susu panas. Sebab apa? Sebab warming is not good for excitability and increase Calcium ions extracelullar surrounding will compete with sodium ions influx and leading to decrease sodium influx and lead to decrease excitability of action potential and yada yada.. sekian sahaja teori physiology aku. Dia menghampiri Aliff.
"Thanks.."ujarnya lalu meminum air susu panas itu. Anissa memandang Aliff yang masih asyik menonton TV.
"You tak ngantok ke?" tanya Anissa, hairan.
"I have insomnia."
"You tak nak try tidur juga?"tanya Anissa lagi.
"I'll have nightmares.."perlahan Aliff memberitahu. " Since when?"tanya Anissa, ingin tahu. Aliff tersenyum sambil menundukkan wajahnya. Mengurut-urut pelipis keningnya.
"Since 5 years ago?" Dia tersenyum.
Lamanya..Anissa hanya mengangguk.
"You pergilah tidur.."ujar Aliff,lembut.
"I akan tidur if you pun tidur.." Anissa tersenyum. Aliff mengangkat keningnya.
"What?"tanya Anissa, hairan.
"You demam eh? Asal you tetiba baik ni?" Aliff, hairan.
"Cepatlah.. I'll protect you.."ujar Anissa. Aliff memandang wajah gadis itu lama. Sudah lembutkah hati gadis di hadapannya ini.
Dia pejam matanya rapat-rapat.
"You buat apa?"tanya Anissa, pelik melihat gelagat Aliff.
"Ini semua mimpi. Anissa Mardhiah tak mungkin jadi baik dengan I. You kena sampuk nii.."ujar Aliff yakin sambil memejam matanya. Kuang asam punya mamat!! Anissa mencubit Aliff, geram. Aliff ketawa terbahak-bahak.
Dia baring di katilnya. Cuba memejam matanya. Rehatlah wahai mata, pujuk Aliff.
Anissa memandang si suami yang mulai tidur.Pil tidur tadi memang berkesan. Sengaja dia letak pil tidur dalam susu panas tadi. Dia menatap wajah Aliff yang tenang dibuai mimpi. Betul ke Fariz kata Aliff tak boleh tidur?
"Nissa..! Nissa...!" Anissa terjaga apabila namanya dipanggil berulang kali. Dia melihat Aliff menggeletar di sisinya , lencun dibasahi peluh dingin. Astaghfirullah.. Dia mengejutkan Aliff, kuat. "Aliff, bangun! Aliff bangun!"
Aliff terjaga. Dia meraup wajahnya. Dia meninggalkan Anissa lalu menuju ke sofa. Di sofa, dia menangis teresak-esak. Anissa memandang Aliff yang bagaikan sengsara dari mimpi ngeri sebentar tadi.
'People are supposed to make mistake that's why we have eraser.' Kata-kata Fariz masih terngiang-ngiang di telinganya. 'All those moments will be lost in time, like tears in the rain.'
'Dia hidup macam bangkai bernyawa for 4 years Nissa. Tak pernah satu malam pun dia tidur lena. Sebab apa? Sebab setiap kali dia pejam mata, dia nampak dosa dia terhadap kau. Setiap malam selama 4 tahun ini dia akan call aku ajak sembang kata dia tak dapat tidur. He even suffered from insomnia, Nissa.'
'Life is too short to wake up in the morning with regrets, Nissa. So love people who treat you right, forget the one who don't, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it..'
'Aku nak kau jadi wife yang baik. Dah lama sangat kawan aku sengsara kat sana.' last words from Fariz benar-benar menyentuh hatinya sekarang.
Air matanya mengalir. Sampai macam itu sekali kesannya pada Aliff. ALIFF, I'LL BE A GOOD WIFE. I PROMISE. Dia menghampiri Aliff.
"Aliff.."bahu suami yang terenjut-enjut itu disapa lembut.
"You..pergilah tidur.."ujar Aliff, memalingkan wajahnya.
"Its okay Aliff.. you mimpi apa?" Anissa cuba menenangkan Aliff. Aliff diam.
"Aliff..its okay.." Anissa memeluk suaminya dari belakang, cuba menenangkan si suami yang ketakutan. Aliff terkedu.
Dia meleraikan pelukan Anissa lalu meletakkan tangannya ke dahi Anissa. Anissa kaku.
"You demam ke? You salah makan? You kena sampuk?" tanya Aliff, hairan. Anissa mencebik.
"You pernah makan kasut tak?"
"Tak, tapi I pernah makan sup air garam.."perli Aliff, ketawa. Anissa menari muka 14. Kuang ajak punya laki ! Aku karate kang !
Aliff ketawa lagi. " Kalau I nak buat braces boleh dapat free ke?"
"Harapanlah nak dapat free. Gi klinik 1 Malaysia pun kena bayar RM 1 taw.."
"Alaa.. takkan tak ada speciality untuk suami?"tanya Aliff, tak puas hati.
"Hospital itu tak cakap pun ada speciality.."balas Anissa bersahaja.
"Alaaa.. you fightlah untuk I.."pujuk Aliff. Ehh, aku siku gak kang mamat ini..Anissa mencegilkan matanya.
Dah tua bangka still perangai macam budak-budak. Aliff tua dari aku 3 tahun taww.. tapi perangai macam budak bajet muda dari aku 3 tahun..serabut otak aku. Aku harap Aliff Jr. tak peningkan kepala aku macam papa dia, Anissa tersenyum sambil mengusap perutnya yang makin membesar.
Fariz apa cerita? Haaaa, dia kena dump dengan Alia! Hahahahaa, jahat giler aku gelakkan dia.. tapi akhirnya Fariz jumpa juga perempuan yang sesuai dengan karakter dia.
Alisya? Aku tak dengar cerita pasal dia lagi. Aku sekarang happy dengan apa yang aku ada. Aku ada Aliff and Aliff Jr. Hihihi, masih panjang perjalanan aku sebagai seorang dentist . Doakan aku !
0 comments