En. Suami dan Cik Dentist ( 1 )

12:29:00 AM


'Cerita ini tiada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Hehehe, kalau nat tahu, Zagazig memang tak ada fakulti pergigian. Tapi, saja letak dalam cerita ini sebab tak nak mengaitkan dengan mana-mana pihak. Cerita ini rekaan semata-mata keluar suci murni dari otak Cik Yuyu Ricci. Hihihihi. Hak cipta terpelihara okayy? Thank you pada yang sudi meluangkan masa membaca.'


Melihat air Sungai Nil yang tenang mengalir di jambatan Mustashfa Ghamaah ini sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Bibirnya mengorak senyuman seraya mindanya terkenangkan seseorang. Anissa Mardhiah.
Terasa bahunya disapa dari belakang.

"Assalammualaikum Aliff," Fariz tersenyum lebar.


Aliff menoleh, tersenyum. Dipeluknya sahabat lamanya itu sambil menjawab salam si sahabat dalam hati. Waalaikumussalam, sahabat.

"Lama tunggu? Hehe, maaflah tadi ada hal kat rumah kejap," ujar Fariz, serba salah. Aliff ketawa riang melihat wajah sahabatnya itu.

"Chill laa bro. Aku okay je tunggu kat sini. Tenang aje hati aku tengok sungai ini,"balas Aliff, perlahan. Fariz tersengih.


"Jomlah aku bawa kau ke rumah aku," pelawa Fariz. Aliff sekadar mengangguk. Bumi Anbiya' ini memang indah. Dilihatnya orang Arab sedang sibuk berniaga walaupun di kaki lima demi mencari rezeki. Ramai juga dilihatnya orng Arab yang meminta sedekah di tepi jambatan, baik yang tua, muda mahupun kanak-kanak.

Dia hanya mengekori Fariz dari belakang menaiki sebuah van yang dipenuhi orang. Orang Arab di sini jarang naik bas. Mereka lebih senang menaiki van yang dipanggil tramco kerana laju dan lebih murah. Angin yang dingin itu menampar-nampar wajahnya tatkala dia memaling muka ke arah tingkap tramco.

"Weyy, itulah ghamaah ( universiti ) aku,"ujar Fariz, teruja sambil menuding jari ke arah sebuah bangunan yang tersergam indah. Tertera 'Zagazig University' di papan tanda jalan raya besar itu. Aliff tersenyum melihat gelagat Fariz. Fariz menetap di Mesir hampir 4 tahun dan dia merupakan pelajar perubatan tahun keempat di Universiti Zagazig. Faris merupakan satu-satunya sahabat baik yang paling rapat dengannya. Dari sekolah menengah lagi Fariz sentiasa bersamanya, tidak kira waktu susah mahupun senang. Dia ingat lagi ketika dia menjadi pelajar baru di sekolah menengah tempat mereka belajar. Fariz sentiasa memberi tunjuk ajar dan membela dirinya biarpun Aliff dicop pelajar nakal sekolah. Katanya ukhwah takkan hangus!


"Kau datang sini sebab nak cari dia ke Aliff?"tanya Fariz setelah lama melihat Aliff termenung di beranda biliknya. Malam itu bulan penuh di kaki langit. Angin sejuk bertiup perlahan di wajahnya. Aliff menoleh, tersenyum pahit.
"Aku dah puas cari dia Fariz. Tak jumpa. Macam dia itu tak wujud dah kat bumi ini..Aku nak minta maaf dengan dia, Fariz. Aku nak dia kembali pada aku. Aku berdosa dengan dia , Fariz!"keluhnya,berat.
"Kira kau dah putus asalah ini?"tanya Fariz lagi. Bukan dia tidak tahu kisah hidup sahabatnya ini. 4 tahun dia duduk di bumi Mesir, 4 tahun jugalah Aliff menjelajah segenap benua demi mencari seorang gadis yang membawa diri entah ke mana. Segenap pelusuk tempat Aliff mencari, tetapi dia tidak juga dapat menemui gadis yang dirinduinya siang dan malam.
" Aku tak tahu, Riz,"Aliff menekup mukanya lama. Tanpa sedar, air matanya mengalir deras. Dia menangis teresak-esak.Fariz memeluk sahabatnya itu. Sabarlah Aliff, kau akan jumpa juga dia nanti. InsyaAllah, dia jodoh kau, sahabat! getus hati Fariz,pilu. Dia juga mengalirkan air mata sambil menenangkan sahabatnya itu. Sebak hatinya melihat sahabatnya yang satu ini menangis teresak-esak. Di mana kau Anissa Mardhiah?

"Kau nak ikut aku pergi istad ( stadium ) tak?"tanya Fariz, ceria. Aliff tersengih.

"Ada apa kat istad?"
"Ada buka gerai makan-makan hari ini. Dengar kata dah ramai itu sebab hari ini dorang sambut Malaysian Day kat sana. Jomlah Aliff! Aku teringin nak makan nasi kerabu ini,"pujuk Fariz. Aliff ketawa melihat perangai Fariz yang keanak-anakan. Dia mengangguk sambil membuka almari Fariz, ingin bersiap. Fariz tersenyum gembira. Yes! Dapat melantak nasi kerabu hari ini ! Dia tersenyum puas. Bukan apa, sudah lama dia mengidam nasi kerabu air tangan Cik Braces itu. Dia ketawa dalam hati lagi.

"Yang kau ini macam kera terkangkang-kangkang ini kenapa?"tanya Aliff, hairan. Fariz ketawa terbahak-bahak.

"Apa laaaa kau ini ! Peribahasa nak meletup aje. Dari sekolah sampai sekarang peribahasa kau mesti hancur kan? Ada ke pulak kau kata aku macam kera terkangkang-kangkang,"ujar Fariz tersengih lucu. Aliff ikut tersengih.
"Yelah, kau pernah tengok kera terkangkang-kangkang?"
"Tak pernah..kenapa?"Fariz hairan.
"Hah, rupa dia macam kau lah! Macam sekarang ini! Tak senang duduk. Macam excited terlebih pun ada aku tengok,"ujar Aliff tersengih lagi. Fariz menarik muka.
"Sampai hati kau kata aku macam kera,"
Aliff ketawa sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Tramco sudah hampir tiba ke destinasi. Fariz ini memang gedik. Dah sah-sah Salam ( nama kawasan tempat tinggal Fariz ) itu dekat aja dengan Istad. Tapi dia nak juga naik tramco. Panas katanya, nanti sun burn. Hilang macho! Yelah Fariz oii, Aliff ketawa dalam hati. Diikutkan saja kerenah si Fariz yang lucu itu. Terhibur rasa hatinya jika bersama Fariz.

Laju saja kaki si Fariz berjalan ke arah gerai nasi kerabu. Aliff tersengih. Dia terlihat seorang gadis bertudung unggu sedang menyusun bekas-belas makanan di atas meja.

"Assalammualaikum!" ujar Fariz, teruja. Aliff memandang Fariz. Dah kenapa mamat ini? Dia pandang pula si gadis tadi. Wajahnya berseri-seri apabila ditegur Fariz. Jeng jeng jeng jeng, budak kecil pun tahu yang mereka ini suka sama suka. Aliff menggeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum. Fariz.. Fariz.. patutlah kau teruja nak pergi Malaysian Day ini.
"Ada lagi ke nasi kerabunya , Lia?"tanya Fariz, perlahan. Alia tersengih,
"Ada lagi sikit ini haa. Nak berapa bungkus?"
"Aliff, kau nak ke?"tanya Fariz sambil menoleh ke arah Aliff. Aliff menggeleng.
"Satu ajelah Lia. Ni kawan aku, Aliff namanya. Baru sampai semalam,"ujar Fariz, tersenyum manis. Alia melemparkan senyuman gembira ke arah Aliff. Aliff hanya mengangguk.

"Aku nak pergi jalan-jalan sat,"ujar Aliff, perlahan. Fariz hanya mengangguk.

"Handsomenya kawan kau!" puji Alia, tersengih. Fariz menarik muka.
"Ye laaa, dia je handsome,"
"Hahaha, kau pun handsome juga,"pujuk Alia, ketawa. Fariz tersengih.
"Tu bestfriend aku dari sekolah. Kawan aku paling rapat tau."ujar Fariz lagi sambil memandang Aliff yang berlalu pergi. Sayu hatinya apabil terlihat wajah innocent Aliff yang sedang melihat-lihat makanan di gerai berhampiran. Bergembiralah, sahabat...

"Assalammualaikum,"tegur Aliff,perlahan sambil membelek-belek kuih pelita di atas meja.

"Waalaikumussalam.."balas tuan empunya gerai.
Aliff terkesima. Dia mengangkat muka memandang empunya suara. Dan gadis itu juga terkejut. Wajahnya pucat seolah-olah terlihat hantu. Dadanya berdegup laju.
"Be..be.. berapa kuih pelita ini..?"tanya Aliff, gagap.
"Emm, 3 biji LE 5. Kalau sebiji LE 2 ,"balasnya,gugup.
"Minta LE 10,"balas Aliff, pendek.
Kelam kabut gadis itu memasukkan kuih pelita ke dalam plastik kecil. Aliff memandang gadis itu sayu. Badannya dah surut. Kulitnya juga semakin cerah. Cantik, Aliff bermonolog sendirian.
Plastik itu diserahkan kepada Aliff dan duit bertukar tangan.

"Anissa.."

Gadis tadi menoleh lagi. Wajahnya masih pucat.
"Saya.. saya nak minta maaf atas perkara yang lepas..Saya tahu saya banyak berdosa pada awak. Saya harap awak tak simpan dalam hati lagi," ujar Aliff, perlahan.
Anissa memerhatikan lelaki di hadapannya ini. Ini ke Aliff Aizat yang dia kenal dahulu? Aliff Aizat anak Dato' Kamaruddin yang angkuh dan kejam dahulu? Adakah lelaki ini hadir di sini untuk memporak perandakan hidupnya lagi? Tidak cukupkah sebelum ini?

"Awak datang sini untuk apa?"tanya gadis itu setelah sekian lama membisu. Aliff mengangkat muka setelah lama menundukkan wajahnya. Anissa memalingkan mukanya. Wajah yang dirinduinya selama ini. Dia tidak mampu untuk menjadi kejam di hadapan Aliff jika dia melihat wajah itu.

"Saya datang nak minta maaf.."perlahan Aliff berbicara.
"Saya dah lama maafkan awak,"balas Anissa, ringkas. Aliff menundukkan wajahnya lagi, memandang kasutnya.Bencikah dia pada aku sehingga dia tak sanggup pandang muka aku? Tapi aku memang deserved pun setelah apa yang aku buat..Aliff sayu.
"Awak.. study kat sini ke?"tanya Aliff lagi, cuba membuka bicara. Anissa mengangguk. " Dentist, tahun ketiga"
"Ohh.. Fariz pun study sini juga.."balas Aliff, tersenyum. Anissa mengangguk. Melihat senyuman Aliff, entah mengapa hatinya bergetar hebat. Lelaki ini masih kacak seperti dahulu, matanya akan ikut tersenyum bila dia tersenyum.
"Saya happy bila tengok awak sihat kat sini. Rasa lega.."ujar Aliff lagi. " ..tak sangka dapat jumpa awak kat sini sebab ingatkan awak study kat Europe. Dulu awak kata nak study area sana. Saya pergi sana tapi tak jumpa pun awak. Ingatkan dah tak dapat jumpa dah. Nasib ikut kata hati tergerak nak datang sini."Aliff ketawa.
Anissa hanya memandang lelaki di hadapannya itu. Dia cari aku kat Europe?
"Happy? Oh.."
"Nissa..saya harap awak.."
"kembali pada awak?" Anissa laju memotong. Aliff mengangguk perlahan berulang kali.
"Kita dah officially tak ada apa-apa kan? kenapa nak saya semula? Kenapa? Ohh, Alisya dah tinggalkan awak sebab itu awak nak saya balik? Awak ingat semudah itu? Luka yang awak tinggalkan, dah jadi parut buat saya. And awak senang-senang minta maaf, lepas itu saya akan kembali pada awak  JUST LIKE THAT?"tanya Anissa, emosi. Sebal hatinya apabila terkenang semula kisah pahit itu.
Aliff menundukkan wajahnya, sayu.
"Saya janji saya akan bahagiakan awak. Saya nak tebus semula dosa-dosa saya. Berilah saya peluang.."
"Janji? Janji..janji.. tak habis-habis dengan janji! Janji yang dulu pun awak tak pernah penuhi, sekarang nak buat janji baru?"sindir Anissa,sinis. Aliff terdiam. Ya Allah, pedih kata-kata Anissa menusuk hatinya. Benar kata-kata Anissa. Kebenaran itu memang benar-benar menyakitkan.
"Tolonglah pergi dari hidup saya. Please.."rayu Anissa. Aliff memandang Anissa, lama.

"Oii, penat aku cari kau. Kat sini rupanya!" tegur Fariz sambil menepuk bahu Aliff. Dia terpandang Anissa yang hampir menangis.

"Ehh..."dia hilang kata-kata melihat Anissa. Patutlah Aliff ini dah macam orang hilang arah.
"Dah habis beli ke, Fariz?"tanya Aliff, perlahan. Fariz hanya mengangguk.
"Aku pun dah habis beli."
Anissa berpaling. Hatinya pedih.
"Nissa, aku tak tahu pun kau study sini. Kau study apa?"tanya Fariz, hairan. Terkejut juga dia melihat Anissa di Zagazig sedangkan 4 tahun dia duduk di sini tapi tak pernah sekali pun dia berselisih dengan gadis itu.
"Aku amek dentist,"balas Anissa, perlahan.
"Kau duduk Salam?"tanya Fariz,ingin tahu. Anissa hanya mengangguk.
"Pelik.. aku tak pernah jumpa kau sebab aku pun duduk Salam,"Fariz berkata lagi, masih hairan. Anissa hanya tersenyum.
"Jomlah, Fariz.."
Fariz menoleh. Bia benar mamat ini. Dah jumpa perempuan yang dicari-cari hampir 4 tahun, kau nak ajak aku balik macam itu je? Tak de ke drama air mata macam dalam drama korea uh?Drama jejak kasih ke.. Fariz, hairan.

"Kau baliklah dulu. Aku dah janji nak tolong Lia tadi. Nanti aku balik.."ujar Fariz. Aliff memandang Fariz, hairan. Tapi dia tidak bertanya apa-apa. Kakinya mengorak langkah keluar dari Istad tanpa menoleh ke arah Anissa.

Melihat kelibat Aliff sudah hilang dari pandangan, Fariz menghampiri Anissa.
"Kau sihat ke?"tanya lelaki itu, perihatin. Anissa mendiamkan diri. Dadanya sakit. Matanya bergenang menahan marah, pedih dan kecewa pada masa yang sama, menunggu masa empangan air mata itu pecah. Wajahnya kemerahan.
"Kau masih marahkan Aliff?"tanya Fariz lagi, inginkan jawapan.
"Could you just shut up Fariz? Please?"balas Anissa, perlahan. Fariz memandang Anissa. Dia tahu kepahitan yang terpaksa Anissa telan sepanjang bersama Aliff. Dan Aliff juga menanggung benda yang sama selepas pemergian Anissa. Fair and square.
"Kalau kau nak tahu Nissa. Aliff itu.. 4 tahun cari kau kat semua benua. Kau sebutlah nama negara yang ada kat europe sana. Semua dia pergi sebab nak cari kau. Sebab dia tahu kau nak sangat sambung study kat sana. Dia sengaja apply medic kat U.K sebab senang dia nak cari kau bila dia cuti. 4 tahun dia cari kau tapi tak jumpa sampai dia hampir putus asa and datang sini. Sampai Mesir dia cari kau, Nissa. Kau tak rasa apa-apa ke bila tengok dia tadi?"Fariz bertanya lagi. Kali ini hatinya benar-benar sebak mengenang rakannya yang hidup seperti bangkai bernyawa selama 4 tahun.
"Dia hidup macam bangkai bernyawa for 4 years Nissa. Tak pernah satu malam pun dia tidur lena. Sebab apa? Sebab setiap kali dia pejam mata, dia nampak dosa dia terhadap kau. Setiap malam selama 4 tahun ini dia akan call aku ajak sembang kata dia tak dapat tidur. He even suffered from insomnia, Nissa."sambung Fariz lagi, sebak.
Anissa menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan air matanya mengalir.
"He deserved that, Fariz.."balas Anissa, ringkas. Fariz terkedu.
"Kejamnya hati kau Nissa.. Nissa, laki kau minta maaf kat kau, begging you for you to return.. sengsara cari kau and kau cakap 'he deserved that'?" Fariz terkejut.
"Dia bukan laki aku, Fariz. Officially kitaorang dah cerai!"balas Anissa. Dadanya sesak. Dia berjalan perlahan meninggalkan Fariz di gerai.

"Nissa.. he never sign it.."perlahan Fariz memandang Anissa yang terhenti dari langkahnya. Anissa menoleh.

"Duit dalam akaun kau, setiap bulan masuk itu duit Aliff. Duit biasiswa dia. Dia tak nak lepaskan kau, Nissa..kecuali kau cakap sendiri yang kau nak dia lepaskan kau.."
"Malam itu.." Anissa memicit-micit kepalanya yang mulai terasa sakit.
"Malam kau hantar divorce paper itu, Aliff dapat tahu cerita sebenar yang Alisya fitnah kau dengan Arman. Arman accident malam itu and before he died, dia beritahu cerita sebenar kat Aliff. So, Aliff marah gila malam itu. Dia tinggalkan Alisya and sampai-sampai rumah tengok kau dah tinggalkan dia dengan divorce paper atas meja makan. Dia nak minta maaf, Nissa. Kau nak tahu tak.. divorce paper itu.. dia bawa ke mana-mana. Kalau kau sendiri cakap kat dia yang kau nak dia lepaskan kau, dia akan sign and pos paper tu ke Malaysia. Anak korang yang gugur itu.. dia tak sengaja, Nissa.."Fariz menjelaskan segala-galanya. Dia minta sangat Nissa faham keadaan Aliff.

Anissa memejamkan matanya. Anak dalam kandungannya dulu gugur kerana Aliff. Aliff menamparnya kerana menolak Alisya dek kerana terlalu marah dengan kelancangan mulut Alisya menfitnahnya. Akibatnya dia jatuh tersungkur dan dia hilang bayi dalam kandungannya. Ya, waktu itu dia hilang suami dan anaknya pada masa yang sama. Dan pada waktu itu juga dia meminta Arman menolongnya untuk menfailkan penceraiannya. Aliff tidak kisah langsung anaknya gugur. Katanya itu bukan anaknya. Hatinya benar-benar ditoreh-toreh sembilu ketika itu. Alisya yang dahulu teman baiknya sejak di bangku sekolah menikamnya dari belakang. 

Perkahwinan mereka adalah berdasarkan keluarga. Pada usia yang masih muda, mereka setuju untuk merahsiakan dari rakan-rakan. Dia tidak tahu Alisya sedang menjalinkan hubungan dengan Aliff sebelum mereka disatukan demi ikatan keluarga. Nah, di situ dia seolah-olah menjadi orang ketiga dalam hubungan Aliff dan Alisya! Sungguh dia tidak tahu dan Aliff mahupun Alisya sendiri tidak pernah memberitahunya. Pada malam Alisya dapat tahu status dia dan Aliff, Alisya benar-benar marah padanya. Marah kerana kekasih hatinya menjadi milik sahabat baiknya sendiri. Alisya tahu pun kerana kelalaian dirinya juga. Dia terlupa untuk mengingatkan mama agar merahsiakan perkara itu dari Alisya. Dan malam itu dia menjadi tempat Aliff melepaskan geram dan kecewa. Pada waktu itu, memang terlakar peristiwa pahit dalam hidupnya. Benci sungguhkah Aliff padanya sehingga tergamak memperkosa dirinya? Dia menangis semahu-mahunya kerana dia tidak sangka Aliff sekejam itu.
Sesudah itu, dia dapat tahu pula Alisya sudah kembali semula kepada Aliff. Memang dia akui Aliff mempunyai paras rupa kacak yang mampu menawan hati mana-mana perempuan yang melihatnya. Senyumannya sahaja mampu membuat hati yang keras bagaikan ais di kutub utara turut cair. Hyperbola kan? Ya, dia juga diam-diam menyimpan rasa terhadap Aliff. Sangkanya Aliff akan berubah setelah mengetahui dia hamil. Rupa-rupanya Alisya terlebih dahulu menyusun strategi, menfitnah dirinya dengan Arman. Arman ialah satu-satunya sahabat baiknya dari kecil. Dia tidak tahu Arman menyimpan rasa terhadapanya. Alisya memang hebat bersandiwara. Aliff percaya bulat-bulat setiap apa yang dikatakan oleh Alisya. 
Sudahlah diri ini dilayan seperti orang gaji di rumah sendiri, tambahan pula melihat suami sendiri bermesra dengan sahabat baik sendiri di dalam rumah. Tuhan sahaja yang mengetahui perasaannya ketika itu.
Cuma bayi dalam kandungannya sahaja yang menjadi tempat dia mencurahkan kasih sayang.
Memang hebat penangan cinta Aliff terhadap Alisya sehingga sanggup membunuh anaknya sendiri.
Dan kerana itu dia tidak mampu memaafkan Aliff. Dia tidak mampu kembali semula kepada lelaki itu. Lelaki yang pernah menghancurkan hatinya hingga rapuh luluh, tidak mampu bercantum semula.Seusai dia mendapat keputusan SPM, dia memohon pengajian luar negara dan alhamdulillah dia mendapat tawaran ke Mesir. Mungkin ini jalan yang Allah tetapkan untuknya. Dia redha. Dan dia letakkan divorce paper itu di atas meja makan lalu bergerak menuju ke KLIA. Dia tidak memaklumkan pada sesiapa. Malah mama papa pun tak tahu dia ke mana. 4 tahun dia tidak bertemu mama papa. Kerana hatinya belum pulih.

Dan sekarang, Aliff datang semula dalam hidupnya menagih cintanya kembali.
"Takkan tak ada sikit pun ruang kat hati kau untuk Aliff, Nissa? Kasihanlah pada dia. Kau nak jadi isteri nusyuz ke, Nissa? Syurga kau bawah telapak kaki dia.."nasihat Fariz lagi. Anissa diam.

"Setiap manusia buat salah Nissa. People are supposed to make mistake that's why we have eraser. Aliff bukan rasul atau nabi yang mempunyai sifat maksum. Aliff bukan seperti rasulullah yang sentiasa mulia di pandangan mata orang lain. Tapi, dia cuma insan biasa yang tak lepas dari dosa, khilaf dan godaan syaitan. Kau sebagai isteri, bukankah tugas kau untuk sentiasa bersama dia tidak kira susah atau senang? Menyokong dia bila dia terjatuh? bersabar dengan karenah dia? Bukankah wanita itu dikurniakan sifat kelembutan dan kesabaran dalam ketegasan ? All those moments will be lost in time, like tears in the rain"Fariz masih belum berputus asa.


Tears in the rain..

"Aku.. dah lama lepaskan dia, Fariz.."balas Anissa, perlahan. Dia beredar meninggalkan Fariz yang termanggu keseorangan di situ.
"Haih.. aku pernah cakap kat kau dulu Aliff.. hati perempuan jangan sesekali kau hancurkan..Kau degil.."keluh Fariz.

Anissa Mardhiah, sebaris nama yang sentiasa ada di hati Aliff Aizat. Dia gembira melihat Anissa sudah menjalankan hidup di bumi Mesir. Mungkin bukan jodohnya dengan Anissa. Tempoh cuti penggalnya pun sudah sampai ke penghujung. Dia perlu pulang ke U.K untuk menghadiri kelas semula. Fariz di atas katil dipandang sekilas.

"Asal kau muka macam tak puas hati?"tanya Aliff, tersengih.
"Kau lah. Hari ini kau nak balik, hari ini baru nak cakap kat aku. Kuang asam punya kawan,"balas Fariz. Bukan apa, dia sedih ingin melepaskan sahabatnya itu pulang. Dah tak dengar gelak ketawa Aliff dalam bilik ini nanti.
Aliff tersengih lagi.
"Jiwang betul kau ini. Alaa, chill laa.. aku nak balik U.K je pun. Bukan nak pergi jumpa Allah terus.."
Fariz menampar bahu sahabatnya.
"Kau jangan nak main-main dengan aku. Lempang kang.."
Beg sandang itu digalasnya. Siap sudah berkemas. Taxi pun dah tunggu. Mesti ammu ( pak cik ) tu mengamuk kalau aku lambat jap lagi.

"Thanks for everything Fariz."dia memeluk sahabatnya itu, erat. Fariz hairan.

"Tolong tengok-tengokkan isteri aku..bila aku tak ada.."
Aliff membuka pintu rumah. Fariz terkedu. Dia menghantar Aliff dengan pandangan dari balkoni. Aliff menoleh sambil melambai.
"Dah sampai Cairo, call aku.."teriak Fariz. Aliff buat thumbs up.
Dan taxi itu berlalu pergi.
Dia terpandang kelibat Anissa di hujung jalan sedang membeli buah-buahan. Egonya kau, Nissa.

"Untunglah dah graduated ! " tegur Fariz kepada Anissa. 
"Alahhh, macam kau tak graduate lah pulak,"Anissa tersenyum puas. Dia happy gila sebab dapat juga graduated mumtaz allatul sekian lama berhempas pulas untuk berjaya.
"Rasa macam dah lama tak senyum kan?"tegur Fariz, ketawa. Anissa menoleh.
"Haah, rasa macam dah lama pipi aku tak exercise,"dia ikut ketawa. " Aku dah lupa macam mana nak senyum, Fariz. Haha, hari ini aku nak senyum puas-puas,"
"You haven't lost your smile. Its right under your nose. You just forgot it was there.."balas Fariz.
Anissa memandang Fariz.
"Bila balik Malaysia?"
"Lusa," balas Anissa.
"Cepat gila!"Fariz buat muka. Anissa ketawa.
"Aku rindu mama ngan papa aku,"ujar Anissa.
"Suami tak rindu?"usik Fariz. Anissa diam. Rindukah dia? 2 tahun Aliff tak call. Last jumpa Aliff waktu Malaysian Day dulu. Lepas itu langsung tak ada berita, balik U.K pun tak beritahu.
Fariz memandang Anissa yang hanya membisu.

"Life is too short to wake up in the morning with regrets, Nissa. So love people who treat you right, forget the one who don't, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it.."


Anissa tersenyum. " See who's talking eh.. Kau tu pun tak confess kat Alia, boleh plak bermadah dengan aku kat sini..Fariz, when you love sombody, you should tell them..not keeping by yourself.."sindir Anissa, tersenyum.

Fariz ikut tersenyum.
"Kalau aku confess kat Alia tentang perasaan aku terhadap dia selama 3 tahun ni and if she accept me.. kau nak buat apa?"Fariz mencabar. Anissa ketawa.
"Kau nak aku buat apa?"tanya Anissa, teruja.
"Aku nak kau jadi wife yang baik. Dah lama sangat kawan aku sengsara kat sana."balas Fariz. Anissa terdiam. Fariz ketawa. " Takutlah itu aku menang,"balas Fariz.
"Tak takut okay.."balas Anissa,gugup sedikit.
"Okay, deal?"Fariz tersengih.  "And kalau you got rejected.. don't mention about Aliff depan aku lagi. Deal?"Anissa berlawan mata dengan Fariz.
"Deal."

En. Suami dan Cik Dentist 2


You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu