Ma'salamah 2013, Assalammualaikum 2014.

8:00:00 PM


Assalammualaikum :)
Rasa macam dah lama tak update blog kan. Last update tahun lepas, 2013. Tentang pemergian Arinah. 
Al- Fatihah buat arwah. *recite al- fatihah


Happy 1st day of January and 2014 uolls ! Semoga hari nii korang bangun subuh dengan hati yang lapang dan senyuman paling menawan sekali di bibir.

Another new year in Egypt!

Azam aku pagi ni ialah kalau jumpa any person yang bajet comel senyum nampak lesung pipit, aku nak korek lesung pipit dia dengan sudu. HAHA. Strange, but aku nak buat juga. Ditakdirkan Allah, aku tak jumpa sesiapa yang berlesung pipit hari ni, Alhamdulillah. Kalau tak, ada gak yang jadi mangsa kekejaman aku. HAHA.


Last azam 2013 aku ialah aku nak tinggalkan segala perasaan aku pada setiap manusia yang hadir dalam hidup aku sehingga ke hari semalam. Perasaan yang bagaimana, yuyu? Perasaan sayang, suka, dendam, marah, kecewa, sakit hati.. semua aku tinggalkan. Aku tak mahu ada apa apa perasaan. Biar heartless. Biar tak berperasaan. Zero-zero. Melangkah ke alam 21 tahun dan 2014 dengan hati yang lapang. Tanpa perasan.

Apa yang membuatkan aku decide nak heartless? Aku nak cari redha Allah dulu. Aku manusia yang tidak sempurna. Aku bukan maksum. yang tidak pernah buat salah. Aku bukan malaikat. Aku hanya manusia. Tidak ada lebih, kurangnya banyak sekali. So, aku ingin istiqamah dengan diri aku yang sekarang. Diri yang malas nak ambil tahu tentang hal manusia lain, kecuali dalam situasi yang memerlukan aku untuk care that much. 

Nak halau segala perasaan kecewa, kecundang bagai dalam hati ni. Nak buat apa kecewa menangis sorang sorang every night. Itu tahun lepas punya cerita. 

I look more gorgeous and cute when I'm happy. When I'm wearing my smile in the face with those bright eyes and show off my braces to world, I'm being the most beautiful person in Galaksi Bima Sakti.

Cewahhhhhhh! HAHA. Tak pe, perasan sekali sekala.




Yuyu, save your heart for someone who deserve!

Yupp. Yupp. I'm saving my heart. Building the wall again :) Alhamdulillah. Senangnya hati terpikat dengan kebaikan orang lain. Tidak boleh lagi begitu. Biar aku nampak ramah di mata semua orang, hakikatnya susah untuk didekati. Ehem.

Biar nanti jodoh yang Allah tetapkan tuu suatu kejutan untuk aku. Eh, kau ke? HAHA. Biar seseorang yang tak disangka sangka. Biar someone yang kenal aku. Ada orang pernah kata, " Its amazing how you can fall in love with a person you didn't notice the first time you meet them."


Haha. Enough talking about love and marriage. Lambat lagi ! 


Tudung labuh?

I'm working hard on it. Haha, whoaaaa! Yupp. Aku tak bersedia lagi nak pakai tudung bidang 60 bagai. Haha. Takut tak istiqamah nnt. So, aku try pakai Akel's tudung bidang 50. Sarah punya. HAHA. A bit baggy. Tapi... I love it ^_^

Aku tak nak terus transform into a person dgn berjubah 24 jam, tudung labuh bidang 60++ and ke hulu hilir bawa quran dan tasbih. 

Terlalu drastik. 

Bagi aku, biarlah aku mengambil sedikit masa. Luangkan masa untuk diri aku sendiri, beri peluang pada diri sendiri untuk lihat hikmahNya satu persatu.

Biar aku penuhkan ilmu di dada. Biar ilmu itu akhirnya aku praktik dan amalkan, in shaa Allah. Biar amalanku sama hebat dengan rata rata muslimah berpurdah dan bertudung labuh di luar sana, biarpun aku hanya berpakaian biasa biasa. 

Jangan sesekali kita menghukum seseorang melalui pakaiannya, melalui physical appearance. Kalau kita buat andaian sendiri, kemudian dijajakan pula pada orang lain.. bukankah sudah terjatuh fitnah jika salah?

Tajdid niat semula. Biar mulakan hari dan tahun baru ini dengan niat yang baru, diri yang dah di-modified. Biar berkata-kata dengan penuh berhemah dan berkelakuan sopan. Amboi yuyu! Hebatnya kau berkata-kata!

Maafkan aku andai kata kata aku ada yang tak serupa bikin. Seperti aku katakan di atas, aku hanya manusia biasa. Andai ada yang terlihat aku terleka, tegur. Tarbiyyah itu mengeratkan hubungan sesama Islam. Aku terima setiap teguran dengan berlapang dada. Tapi, kena dengan caranya dan betul tegurannya. 

Apa yang membuatkan aku tergerak hati nak sambut perkara baik ini?
Ada seorang sahabat. Kenalan aku di Mesir. Secara sukarela, dia memberi nasihat dan membuka cara untuk aku melakukan anjakan paradigma dalam hidup aku. Alhamdulillah :)

21 hari.

Dalam waktu itu, aku perlu disiplinkan diri. Disiplinkan diri untuk mencapai target setiap hari. Target apa?

Ada 6 perkara yang digariskan untuk aku.
  • Istighfar
  • Jangan tinggal solat
  • Baca quran setiap hari
  • Duduk dalam kalangan sahabat sahabat yang baik
  • Jaga ikhtilat
  • Qiam selagi mampu
Menarik kan?

21 hari aku dah habis pun semalam. So, sahabat yang satu nii terangkan hikmah di sebalik perkara perkara yang aku kena buat tu. Terangkan kenapa kena amalkan. Apa benefit dia. Alhamdulillah. Sejuk je hati aku dengar explanation dia. 

Then, lanjutkan lagi harinya. Sebulan. Tambahkan beberapa perkara dalam list.

  • Puasa at least sekali seminggu
  • Mathurat
  • Recite kahfi every week.
Aku hanya senyum. Senyum je yang mampu. Dalam hati, tertanya tanya. Mampu ke awak, yuyu?
In Shaa Allah. In Shaa Allah. Sahabat tu kata lagii, Allah bukakan (permudahkan) jalan setiap orang yang ingin berubah ke jalanNya. 

Memang. Memang. Bila aku try melakukan anjakan paradigma ni, ramai yang support. Ramai yang faham. Terharu rasa hati. Terima kasih !

Doakan aku kayy, sahabat :)

Aku takut aku tak mampu. Bagi sesiapa yang pernah mengenali diri aku, comfirm korang gelakkan aku. HAHA. I know. I know. Tapi, support laa aku doe. When the devil wanted to be an angel, hulurkan sokongan kay?

dearly,
Y


You Might Also Like

0 comments





@2011-2019 NurulHidayu