My quiz for Hubungan Etnik 2014
7:32:00 PM
Nilai membawa maksud
maklamat hidup atau keadaan yang diidamkan. Wan Abdul Kadir (2007) telah
mendefinisikan nilai sebagai ukuran yang diberikan oleh seseorang individu
tentang sesuatu atau perlakuan baik atau buruk, halus atau kasar, tinggi atau
rendah, berasaskan kepada kelakuan yang telah menjadi kebiasaanatau kelaziman
yang dikongsi bersama dan telah disahkan oleh masyarakat kedudukannilai itu. Anggota
masyarakat dapat menyatakan ukuran nilai dalam menentukan sesuatu atau
perlakuan berasaskan kepada pengalaman yang diterimanya melaluiproses
sosiolisasi.
Terdapat beberapa
kepentingan nilai dan norma dalam membentuk dan membina identiti serta jati
diri rakyat Malaysia, iaitu:
1.
Nilai dan norma masyarakat penting dalam
menyatupadukan masyarakat.
Nilai-nilai
murni merupakan aspek penting yang harus dipupuk dalam diri setiap rakyat
Malaysia. Hal ini disebabkan dengan adanya nilai-nilai murni, seseorang itu mampu
membentuk ciri positif dan sifat mahmudah dalam diri. Pergaduhan dan
perselisihan faham dapat diselesaikan dengan cara baik dan aman, sekali gus
merapatkan hubungan antara masyarakat.
2.
Nilai dan norma masyarakat dapat mengawal
dan mencorak tingkah laku.
Apabila
seseorang itu mempunyai nilai-nilai murni yang kukuh dalam dirinya, dia mampu
mewujudkan imej positif terhadap masyarakat. Pemupukan nilai murni dalam jiwa
membolehkan seseorang itu mengawal corak pemikiran dan tingkah laku. Contohnya,
jika seseorang itu sentiasa diajar untuk berlaku jujur dan menghormati orang
lain, maka dia akan sentiasa mengawal tingkah lakunya dari berlaku kasar
terhadap orang lain atau cuba berlaku tidak jujur.
3.
Nilai dan norma masyarakat yang dipupuk
sejak kecil membolehkan seseorang itu membuat keputusan dengan baik. Keputusan
yang baik hanya boleh diperoleh jika minda seseorang itu juga bersifat positif
dan meluas. Nilai murni yang diamalkan kebiasaannya mempengaruhi pemikiran
seseorang sekali gus membawa kepada keputusan yang rasional.
4.
Nilai dan norma masyarakat penting dalam
memotivasikan masyarakat sedia ada.
Masyarakat
kini acap kali terpengaruh dengan budaya yang semakin berubah-ubah seolahnya
sperti mereka tidak mempunyai pegangan yang teguh. Nah, di sinilah nilai-nilai
murni memainkan peranan penting! Dengan adanya pemupukan nilai murni dalam diri
dan pengamalan yang berterusan, seseorang itu akan lebih bermotivasi dan
berkeyakinan tinggi. Hal ini kerana nilai murni membantu rakyat membina
motivasi diri dan membimbing mereka ke arah pembinaan jati diri dan identiti
sebagai rakyat Malaysia.
by Nurul Hidayu.
CADANGAN-CADANGAN AGAR
KONFLIK ANTARA KAUM DAPAT DIHINDARKAN DAN TIDAK BERULANG LAGI DI NEAGARA INI
Kita semua percaya, walau
sekuat manapun sentimen perkauman yang wujud di dalam hati masyarakat Malaysia,
jauh di sudut hati mereka, pasti terselit impian untuk hidup di dalam sebuah
negara yang erat integrasi kaumnya. Justeru, tidak dapat tidak, kita harus
berlapang dada untuk memberi dan menerima sesama sendiri di dalam beberapa
perkara, demi untuk mencapai impian bersama ini.Konflik antara kaum merupakan
faktor dominasi yang memecahbelahkan negara kita.Contoh terbaik ialah koflik
agama yang menjadi tanda hitam dalam sejarah negara kita yang berlaku pada13
Mei 1969.Ikutan daripada peristiwa itu kita telah menkorbankan orang awam yang
tidak bersalah seramai 250 orang.Oleh sebab itu,apakah langkah-langkak yang
perlu diambil supaya keharmonian negar Malaysia dapat
diterapkan?Jawapannya,kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghindarkan konflik
antara kaum yang bearda di Malaysia.
Pertama fahami Sejarah
Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini adalah permulaan kepada usaha yang
selanjutnya. Seharusnya semua kaum di semua peringkat umur di Malaysia memahami
sejarah negara ini. Bagaimana asalnya negara ini dari segala segi, sosial,
politik, ekonomi dan sebagainya. Kemudian bagaimana negara ini berevolusi
menjadi sebuah negara yang majmuk seperti apa yang ada pada hari ini.
Transformasi itu harus difahami sedalam-dalamnya oleh semua rakyat Malaysia.
Seterusnya, Perlembagaan Persekutuan juga harus difahami dengan jelas dari
aspek falsafah dan juga sejarah yang membawa kepada peruntukan-peruntukan yang
wujud di dalam perlembagaan tersebut. Jika semua ini dapat dilaksanakan, kita
semakin menuju ke arah integrasi kaum yang sebenar di Malaysia.
Kedua perbezaan pendapat, memperbanyakkan persamaan. Kita juga seharusnya mengurangkan dengan serius
perbezaan-perbezaan antara kaum-kaum di Malaysia. Garis pemisah antara kaum
sedaya upaya harus dikecilkan. Misalnya, kurangkan organisasi-organisasi
politik dan sosial yang berteraskan kaum. Kenapa perlu ada Dewan Perniagaan
Melayu? Cina? India? bukankah lebih baik jika kita adakan Dewan Perniagaan
Rakyat Malaysia?. Dalam soal ini, perbezaan dari segala segi ini seharusnya
dikurangkan. Bahkan harus kita cari titik persamaan yang lebih banyak antara
kaum-kaum di Malaysia. Dengan adanya persamaan yang banyak, mungkin konsep
bangsa Malaysia bukan lagi sekadar menjadi impian. Dalam menjana usaha ini,
mentaliti dan sikap perkauman yang sempit juga harus diubah. Dengan paduan
pengetahuan sejarah, kita harus bersifat realistik. Negara ini bukanlah milik
kita seorang, tetapi ianya telah dijanjikan di dalam kontrak sosial bahawa
negara ini milik bersama, milik semua kaum di Malaysia. Justeru, seperti yang
dinyatakan tadi, kita harus mencari persamaan itu sebanyaknya dan mengurangkan
perbezaan antara kita sebolehnya.
Ketiga transformasi
Sistem Pendidikan. Hal ini juga mungkin boleh difikirkan. Kita semua sedia
maklum, pendidikan khususnya di peringkat sekolah rendah merupakan platform
terbaik untuk memupuk integrasi kaum di Malaysia, justeru mengapa selepas 50
tahun medeka, kita masih mengamalkan sistem pendidikan yang memisah-misahkan
kaum di dalam negara kita? Seharusnya kita mengumpulkan anak-anak ini di bawah
satu bumbung supaya mereka saling kenal mengenal dari segala segi dengan lebih
rapat lagi. Agar apabila mereka sudah dewasa kelak, kerukunan hidup bersama
rakan-rakan di sekolah yang berbilang kaum itu akan terus dipelihara dan
dipraktikkan. Mungkin usaha untuk mewujudkan hanya satu sistem persekolahan di
Malaysia merupakan suatu perkara yang agak mustahil, namun kerajaan masih boleh
memikirkan alternatif lain untuk mengumpulkan pelajar-pelajar sekolah ini di
bawah satu bumbung, misalnya sebagai contoh, hanya membenarkan calon UPSR
mengambil ujian tersebut di sekolah-sekolah aliran kebangsaan sahaja, dan
sekolah-sekolah jenis kebangsaan hanya menawarkan khidmat pendidikan sehingga
darjah lima sahaja. Pada darjah enam, semua pelajar diwajibkan belajar di
sekolah-sekolah aliran kebangsaan. Silibus pendidikan juga harus dibuat
rombakan sedikit sebanyak, daripada hanya mementingkan subjek-subjek sains
tulin di sekolah-sekolah rendah, kerajaan juga harus memberi penekanan yang
lebih kepada subjek-subjek yang berteraskan sains sosial seperti budaya dan
sejarah. Supaya pendedahan di peringkat awal ini akan mengukuhkan kefahaman
mereka terhadap kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini.
Keempat kurangkan agenda politik perkauman. Politik perkauman sedikit sebanyak mempunyai kepentingannya
yang tersendiri kepada perhubungan kaum di Malaysia. Namun, jika ianya
diperjuangkan dengan cara yang melampau, hampir pasti ianya mengundang
kemarahan kaum-kaum yang lain. Justeru, aktor-aktor politik perkauman ini harus
berhati-hati dalam segala tindakan mereka. Bahkan mereka harus mengurangkan
agenda-agenda perjuangan perkauman mereka yang tidak terlalu mendesak dan
memfokuskan usaha untuk memastikan integrasi kaum di Malaysia akan tercapai.
Provokasi dan retorik-retorik kosong untuk memancing pengaruh kaum
masing-masing harus dihentikan daripada terus menjadi amalan. Ianya antara
sumbangan terbesar ke arah perpecahan kaum di Malaysia.
Kelima Dasar Kerajaan Harus
Diterangkan dengan lebih jelas. Salah faham dan pandangan negatif kaum-kaum
tertentu terhadap beberapa dasar kerajaan sebelum ini salah satunya berpunca
daripada ketidakjelasan kaum-kaum ini terhadap agenda sebenar sesuatu dasar
itu. Perkara ini harus diperbaiki. Jentera penerangan kerajaan harus
mengoptimumkan usaha untuk memahamkan masyarakat berkenaan sesuatu dasar itu.
Jika masyarakat mempunyai persepsi yang buruk terhadap sesuatu dasar kerajaan,
pastilah dasar-dasar yang ingin dilaksanakan itu tidak mencapai matlamat
akhirnya. Dalam hal ini, rancangan Bersama Menteri di RTM harus diberikan
pujian. Melalui program-program sebegini, rakyat akan lebih jelas dengan
sesuatu dasar dan agenda kerajaan. Sidang Parlimen harus disiarkan secara
langsung terus menerus sepanjang sidang berlangsung. Ianya bagi membolehkan
segala salah sangka rakyat dapat dihapuskan apabila mereka mengikuti sendiri
proses penggubalan dasar itu. Namun, dari satu segi, kerajaan harus lebih
terbuka dalam menerima teguran dan bantahan-bantahan rakyat berkenaan sesuatu
dasar yang dicadangkan.
Jika semua ini dapat diberi pertimbangan serius, usaha untuk menyatupadukan rakyat akan menjadi lebih mudah. Kesimpulannya, pelbagai pihak samada daripada agensi-agensi tertentu, universiti, pakar-pakar, orang-orang perseorangan dan lain-lain lagi telah tampil menyampaikan pandangan mereka untuk mengatasi masalah kaum di Malaysia sekali gus berhasrat untuk mewujudkan integrasi kaum yang utuh di Malaysia. Namun, jika pandangan mereka ini dipandang enteng oleh kerajaan maka, tidak mustahil integrasi kaum di Malaysia hanya tinggal retorik.
Jika semua ini dapat diberi pertimbangan serius, usaha untuk menyatupadukan rakyat akan menjadi lebih mudah. Kesimpulannya, pelbagai pihak samada daripada agensi-agensi tertentu, universiti, pakar-pakar, orang-orang perseorangan dan lain-lain lagi telah tampil menyampaikan pandangan mereka untuk mengatasi masalah kaum di Malaysia sekali gus berhasrat untuk mewujudkan integrasi kaum yang utuh di Malaysia. Namun, jika pandangan mereka ini dipandang enteng oleh kerajaan maka, tidak mustahil integrasi kaum di Malaysia hanya tinggal retorik.
by Kavitha.
So? Jangan sesekali malas buat assignment :D
0 comments