A Memorial Journey to The East

7:33:00 PM


 

Journey to the East

Egypt.

‘Just because you believed and it didn’t work out your way or on your timetable doesn’t mean that it’s over. Allah is planning something better.’



The day I received the offer letter from Zagazig University, I don’t really enjoy that moment. Sebab apa? Sebab aku tak pernah dengar nama Universiti tu. Aku hantar application to Azhar University, tapi pihak agent kata kemasukan ke Azhar hanya untuk pelajar yang ada asas Bahasa Arab. Aku? Totally-Zero dalam Bahasa Arab, which is aku risau macam mana aku nak communicate dengan orang kat sana. Tapi senior kata tak susah nak belajar arab komunikasi ni sebab di Malaysia kita belajar Arab Fusaha, yakni Arab baku. Tapi di sana nanti kita akan berkomunikasi menggunakan Arab Ammi’yah, yakni Arab pasar. Macam Bahasa melayu jugak. Don’t worry, just do your best and Allah will do the rest. Have faith on Him.

Oh, yeah! Aku pergi under agent, Akademi Quran Malaysia(AQM). Kalau korang berminat nak pergi study di Mesir, bolehlah contact pihak AQM ataupun MedicMesir. Mereka ini agent yang menghantar sebilangan pelajar ke Mesir dalam bidang perubatan, farmasi, dentistry, usuluddin and keagamaan. Pihak KPT pun ada juga yang menghantar pelajar ke Mesir, dan ada juga dari Yayasan Selangor (biasanya usuluddin dan keagamaan). Mereka yang pergi dengan agent biasanya sebab :

  • Mereka ditanggung oleh ibu bapa sepenuhnya, tanpa MARA atau JPA.
  • Parent memang nak anak mereka study di Mesir
  • Mereka yang not doing really well in SPM
  • Mereka yang nak jugak study medic biarpun ada C dalam sijil SPM
  • Mereka yang sebenarnya berpotensi untuk study Medic tetapi ada C untuk subjek bukan sains dalam SPM. E.g. Additional Mathematic
Jadi anda yang mana? Memang kalau pergi dengan agent ibu bapa terpaksa tanggung sepenuhnya pelajaran anak-anak mereka. Tapi kalau korang excellent dapat Mumtaz (Cemerlang atau A) atau Jayyid Jiddan (Bagus atau B+), pihak MARA dan JPA akan beri pinjaman untuk tahun seterusnya.
Pada pendapat aku, korang yang ada C, tak payahlah fly. Sebab apa? Sebab kerajaan Malaysia ni susah sikit nak lepaskan pelajar yang ada C dalam SPM untuk fly, lagi lagi nak buat medic. Banyak kawan-kawan aku ada masalah fail bila dorang sampai kat Mesir. Hal ni sebab agent lepaskan juga mereka-mereka yang ada C ni untuk fly dan buat Medic. Bukan aku nak kata mereka yang ada C ni tak layak buat Medic, tapi korang akan face many obstacle dan halangan bila nak buat Medic. Bila korang ada C, korang automatic tak akan dapat sijil NOC (NO OBJECTION CERTIFICATE) yang mana sijil ni menandakan Malaysia mengizinkan korang fly, and fail korang takkan diproses. Either korang dipanggil balik ke Malaysia dan tukar kos atau balik Malaysia dan sambung medic di IPTS.
Tapi, kalau ikut budi bicara EME, jikalau korang ada satu C dalam SPM, korang boleh ‘tebus’ C tu dengan dapatkan at least Jayyid dalam masa 3 tahun (mana mana tahun asalkan tak lebih 3 tahun). Kalau korang ada dua C, korang kena at least dapat Jayyid Jiddan, atau dua tahun Jayyid (tahun 1 dan tahun 2, atau tahun 2 dan tahun 3, atau tahun 1 dan tahun 3)  untuk ‘tebus’ dua C dalam result SPM korang. Kalau korang Berjaya, pihak EME akan proses fail korang dan beri korang NOC. 

One of sahabat aku berjaya dapat Jayyid Jiddan waktu tahun 1 dan dia dah dapat pun NOC. Sahabat aku ni namanya Suhaib. Suhaib orangnya memang berpotensi dalam bidang medic. Sebab dia sangat berusaha keras dalam pelajarannya. Even dia dapat C or D (Gosh, aku tak ingat! Biyanae Suhaib!) dalam Add Math, tapi dia dah buktikan yang pelajar ada C dalam SPM pun boleh dapat Jayyid Jiddan waktu tahun pertama. Dan kemudian tahun kedua, dia still pegang Jayyid Jiddan dan sekarang dia di tahun 3 Zagazig University. Jadikan dia sebagai contoh, kawan-kawan. Suhaib, dia bukannya freaking-nerd student yang belajar 24 hours membolehkan dia dapat Jayyid Jiddan dua tahun berturut-turut. Dia ketua pasukan futsal Aquafina. Dia melibatkan diri dalam kepimpinan AQM dan dia juga sama seperti student yang lain, gila-gila, kaki futsal, kaki travel and suka masak kat rumah. And dia ada girlfriend pun. Believe me, budak lelaki kat Mesir sangat pandai masak ! Okay, back to the story, he is a normal guy but dia still manage untuk study dengan baik, despite dia pernah ada C dalam SPM. So, kita tak boleh nak judge manusia melalui result SPM, kan? Even SPM penting, tapi kadang kadang situation pelajar varies according to time. Budak yang dapat straight A dalam SPM pun, ada je yang terkandas di tahun pertama. Ada yang kena repeat tahun. Semuanya bergantung pada usaha masing masing.

‘Sesungguhnya Allah takkan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.’ – Al-Ra’d 13:11

Menariknya perjalanan yang diaturkan oleh Allah,kan?

Total duration study di Mesir ialah 6 tahun; 2 tahun foundation dan 4 tahun theory learning and clinical. Setiap tahun, pelajar akan di-provide-kan dengan buku-buku teks university untuk rujukan. Pelajar boleh jugak beli buku luar untuk buat rujukan tambahan di rumah (Memang taklah nak rujuk buku lain kalau 100 percent exam based on buku university, kan?)


2 tahun foundation tu amatlah banyak dan korang akan study empat subjek dengan detail dan terperinci. Empat subjek itu ialah Anatomy, Biochemistry, Histology dan Phisiology. Killer subject untuk tahun satu ialah Physiology dan killer subject untuk tahun dua ialah Physiology dan Biochemistry.



Bezanya di Malaysia, foundation hanya setahun dan tempoh learning hanya 5 tahun. Sama ke? Tak sama walaupun tempohnya sama 6 tahun termasuk foundation. Tapi, Tahun satu di Malaysia belajar empat subjek yang aku mention kat atas tadi tak secara detail and pelajar yang kena banyak membaca. Korang kena guna International books untuk rujukan. Even the lecturers pun guna buku rujukan International.

Anatomy – Snell’s Clinical Anatomy
Biochemistry – Harper’s or Lippincott’s
Embryology – Lippincott’s
Physiology – Guyton and Hall’s

Histology aku tak rujuk International Book pun, aku just refer on lecture notes yang ada sebab itu pun dah cukup. And korang boleh google jugak untuk atlas histology, tapi restrictedly korang kena rujuk balik dengan lecturer korang betul ke tidak sumber yang korang dapat tu. Hati-hati bila guna internet bila nak dapatkan information. It could be benefits you, but sometimes it lead you to the other way. Teknologi di hujung jari kan sekarang?

Malaysia memang lain sangat dengan Mesir. Dari segi ukhwah, pergaulan antara satu sama lain, ahli bait, persekitarannya memang jauh berbeza. Kalau nak bandingkan Malaysia dengan Mesir, pelajar medic Malaysia lebih banyak dapat exposure dengan pesakit dan hosipital.





Volunteer for a refugee camp at Selayang
We have our own annual dinner organized by ourself when we were in 2nd year!


 
Queen of the night :D

Apa yang best Malaysia ialah lecturer sangat best and friendly. Dorang ajar pun sempor, best and faham terus dalam kelas. Kalau tak faham boleh terus tanya directly atau boleh pergi jumpa personal. Lecturer mcam member-member dan senang nak berbincang.  

Group Problem-based learning (PBL) di Lincoln
Lecturer di Mesir memang bagus-bagus semuanya. Sebab tahap kelayakan mereka untuk mengajar pelajar Malaysia tinggi dan bukan calang-calang lecturer boleh mengajar. Kebanyakkannya mereka ini memegang PhD atau Master untuk melayakkan mereka mengajar foreign students macam kami. Lecturer Mesir ni tua da nada yang muda. Tapi sesi pebelajaran dan pengajaran mereka bosan dan blah blah blah. Ada tu sampai otak nak burst dengan explanation dorang, sambal tengok jam tanpa henti kira lagi berapa minit kelas nak habis. Ada tu, sampai tertidur tersenguk dengar doctor mengajar kat depan dengan slank English dia yang pelik. Tapi dorang still menegaskan orang Malaysia punya English poor, walaupun dorang punya slank yang susah sgt nak faham dan poorly pronounsation. Orang Mesir sangat sukakan pelajar Malaysia yang berbudi bahasa dan sopan. Gosh, dorang tak Nampak lagi rakyat Malaysia yang lain. Yang datang study di sana kebanyakkannya baik-baik ye dop? Pengsan agaknya kalau dorang datang Malaysia. Hahaha. And lagi satu, mereka sangatlah suka pada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sangat pelik sebab mereka tak kenal Dato’ Seri Najib. And ingat kisah bomoh dan dua kelapa yang jadi lawak jenakan antarabangsa dulu? Yeah, kami di Mesir juga turut kena peril dengan masyarakat Mesir. Time tu baru dorng kenal Perdana Menteri kita sekarang. Haih. Not really a good start to know our prime minister kan? Well..(speechless)

So, apa yang bestnya Mesir ni?



Di Mesir, aku belajar untuk menjadi lebih baik. Tak adalah baik mana. Aku belajar untuk melepaskan sesuatu perkara yang aku sayang, still hurt till now and continue to ask forgiveness. Jujur, aku bukanlah manusia yang baik. Mungkin pada dasarnya orang nampak aku sebagai manusia yang baik, amanah, jujur, innocent dan sebagainya. Tapi aku tak adalah baik sangat macam itu. It just deed yang aku pernah buat kat mereka-mereka membuatkan mereka judge aku macam tu. Tak ada manusia yang tak lekang dari dosa melainkan para nabi dan rasulullah. Sebab apa? Sebab kita manusia, bukan maksum. Kita buat kesilapan dan kita belajar dari kesilapan. Kita bangkit dari kekalahan dan kita baiki kekurangan kita. Hidup ibarat roda, salah satu kata-kata yang agak femes kan? Tak selalunya kita di atas untuk menjadi riak dengan setiap kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri kita, dan tak selamanya kita di bawah untuk sentiasa dipijak-pijak dengan kekalahan, iri hati dan kekurangan. Tetapi selagi berada di atas mahupun berada di bawah, belajarlah rasa rendah diri dan bersyukur seadaanya.


 

Sod dalam perkataan Mesir dalam jawi membawa maksud Sabar. Di Mesir kita kena sentiasa bersabar dalam apa jua keaadaan. Sebab orab Arab ni keras kepala dan menolak keras-keras pengunaan Bahasa inggeris. Maka, kte kena sentiasa sabar melayan karenah masyarakat sekeliling. Selain itu, kita bergantung pada persatuan perubatan yang ada di Mesir untuk menggariskan peraturan dan langkah-langkah sepanjang bermusafir di negara orang. Di situ, kita juga harus bersabar melayan karenah ahli-ahli perubatan. Adakalanya betul apa yang mereka sampaikan. Dan adakalanya sesetengah individu ini menyampaikan perkara yang betul tetapi dalam keadaan atau cara yang amat tidak memuaskan hati. Maka, bersabarlah selagi boleh. Sebab mereka ni laaa tempat korang bergantung di kala susah nanti. Hahaha.



Makanan di Mesir? Mostly gandum dan bijirin. And pasta. Hahaha, aku naik lesu dan muak asyik makan spaghetti dan pizza. Sampai tak teringin langsung dah nak makan Pizza Hut kalau balik Malaysia. Hahaha, mostly cari nasi jugak. Kalau dah melayu tu, memang lidah melayu laaa sampai ke sudah.

Makanan first yang aku try ialah Hadramaut !  Harga sepinggan Hadramaut ni 15LE, yakni RM 7.50. Hadramaut ni nasi warna kuning dengan ayam besar nak mampus. Makan tiga orang baru habis. Tapi first time aku pergi, ktorng order sorang satu. Memang tak habis. So, ktorng target siapa dapat habiskan hadramaut tu memang daebak! Lelaki tak payah ceritalah sebab perut dorng perut tong!
Then ada jugak kebab ayam dan kebab daging. Mereka dipanggil shishtowuk. Harga 5LE, yakni RM 2.50, biasanya paling murah. Kalau korang order burger, janganlah mengharap sangat dapat burger bulat. Maybe korang akan dapat burger lonjong. Hahaha.

Ayam = Firah
Daging = Lahma
Nugget = Banih




Tempat tempat menarik di Mesir? Macam Malaysia, Mesir pun ada daerah daerah dia. Aku pernah sampai ke Alexandria, dua kali. Best and tempat pun cantik sangat ! Aku pergi trip dengan kawan kawan aku yang lain ke Alexandria. Alex dengan Zagazig amek masa empat jam dan sekali pergi 20LE, yakni RM10 tambangnya. Kami naik van atau lebih mesra dipanggil  tramco. Sebab aku ada kawan kat sana, jadi tujuannya nak melawat Alex dan sahabat aku di sana. Tempat penginapan? Tak payah fikir dah sebab boleh je tidur rumah kawan aku. Makan? Biasa kami makan di bangunan MARA, sebab nak makanan melayu. Muak dah makan makanan Arab ni.
Kalau pergi Alex, dan tak melawat Bibliotheca, memang sayang dan rugilah! Bibliotheca ni perpustakaan Alex yang paling besar dan cantik ! Serius cantik bak hang! Kalahlah Perpustakaan Negara atau Perpustakaan Tun Raja Uda kat Shah Alam ni hah.
Then, kena pergi Mamora Beach. Kat situ pantai dia cantik amat! Korang boleh mandi, naik 4 wheel drive and berbasikal di sepanjang pantai. Haih, memang cantiklah. Lepas tu perkara biasa budak budak macam kami ni buat kat pantai of courselah ukir nama kat atas pasir pantai lepas tu snap gambar, post kat Instagram. Kebudakan sangat en? Layan je laaa.



Lepas tu pergi melawat makam sheikh-sheikh terkenal suatu ketika dahulu. Makam sheikh biasanya panjang sebab mereka ni tinggi-tinggi dan besar.
Lepas tu kena melawat King Qaybait Palace dan King Farouk Castle! Yang tu pun lawa sangat. Apa lagi yang seronok kat Alex?





Lepas tu selain Alex, korang kena pergi Dumiyat! Dumiyat ni best kalau pergi time Winter. Sebab time winter korang boleh tengok mak bapak moyang kerang semua terdampar spanjang-panjang kat pasir pantai Dumiyat. Lepas tu ada lighthouse berdekatan pantai Dumiyat. Bila tengok sunrise atau sunset kat Dumiyat memang cantik dan indah! Kerang Dumiyat ni besar bapak dua kali ganda dari kerang Malaysia. Jadinya kalau buat kerang bakar atau kerang rebus amatlah sedap. Aku tak berpeluang nak pergi ke Dumiyat. Maka ada seorang sahabat aku ni pergi ke Dumiyat dan aku pergi ke Alex pada waktu tu. Aku pun try laaa pujuk sahabat aku ni donate sedikit kerang kepada kami yang tak berkesempatan nak pergi Dumiyat. Sahabat aku ni namanya Zahin. 




Zahin ni muda dari aku setahun, and dia cepat melatah bila marah or especially time dia segan. Zahin ni pandai sangat masak and bake! Damn, aku selalu jeles bila dia bake cake sedap sedap. Okay, Zahin ni laa yang donatekan sikit kerang dia kat rumah aku. Sebagai rasa terima kasih, maka aku bagi dia fridge magnet dari Alex. Okay tipu, sebenarnya dia yang minta kat aku benda uh so aku bagi dia sebagai exchange dengan kerang. Sistem Barter katanya. Puas pujuk baru dapat kerang ! (Sebab teringin sangat nak kerang rebus) Hahaha, Zahin.. zahin..  And waktu aku nak balik Malaysi for good, dia dan Muhsin bake Chocolate Moist Cake sedap yang amat untuk aku. Aku tak makan kek chocolate sebenarnya sebab migraine and aku cerewat bab coklat, tapi kek dorng ni memang tak boleh nak berhenti makan (geleng-geleng). Muhsin? Muhsin ni kawan aku jugak. Daebak juga dalam memasak dan baking. Dia ada the look, and figure. Actually, aku suka sangat membebel kat dia pasal apa yang aku tak puas hati pada org lain kat dia ni lately. Tak tahu kenapa, tapi dia macam that one gay-girlfriend yang aku ada. No, Muhsin tak GAY! Dia lelaki tulen. And suara dia sedap. Hahaha, biyanae Muhsin!'


Selain Dumiyat, korang kena melawat Hurgada. Serius talk Hurgada cantik! Then, korang kena pergi lawat Sham El-Sheikh dan Ain Sukhna. Pantai dia warna biru! And ada dolphin berenang tepi boat korang!! Sayangnya itu pun aku tak sempat pergi. Korang boleh try pergi Foyoum jugak kalau nak melawat kota-kota dan muzium lama.

Then, korang kena pergi Gunung Sinai. Time winter best kalau nak daki Gunung Sinai sebab that’s the only tempat yang ada salji time winter. Haha, nak tengok sunrise or senset kat sini pun lawa sangat.



Dah sampai Mesir tu, haruslah korang pergi Laut Merah, dan buktikan pada diri sendiri yang korang tak terbenam biarpun laut tu dalam. Hahaha. Sebab apa manusia tak tenggelam bila berdiri kat tengah tengah laut Merah? Fikirkan dan cari sendiri jawapannya. Lagi best kalau korang experience sendiri.
Mana lagi eh tempat menarik? Banyak sebenarnya. Tapi tak sempat nak pergi sebab dua tahun je aku kat Mesir tu. Then kena balik Malaysia semula dan sambung di Lincoln University College.


Picnic kat masjid Azhar
Antara sahabat yang baik dengan aku di sana adalah ahli bait aku sendiri. Sarah, Ain, Pah, Skin, Ika, Alia, Anis dan Athi. Sayangnya Alia dan Anis pulang ke Malaysia ketika kegawatan Mesir. Alia sekrang sambung study Medic USM di Belgaum,India manakala Anis juga sambung Medic tapi di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Sarah adalah sahabat yang paling rapat dengan aku. Perkenalan dari Matrikulasi dilanjutkan lagi sehingga ke Mesir. Jodoh panjang, sampaikan aku dah balik Malaysia pun masih contact hampir setiap hari. Penguat hubungan persahabatan aku dan dia adalah kehadiran Maru, kucing yang aku jaga sewaktu aku di Mesir. Sarah mula jatuh sayang pada Maru. Siapa je yang tak jatuh sayang pada Maru? Bagi aku, it’s not just a cat. Maru is a family. Segala push and pull, thick and thin aku lalui bersama-sama dengan mereka ni. Ada yang manis, ada yang pahit. Semuanya lalui bersama dengan sabar dan sabar. Hahaha. Lost of words sebab rindu sangat.



Pah, atau skin selalu panggil dia Pipiaq ! Haha, Pah banyak mengajar aku erti dewasa dan kehidupan. Hidup ni tak seindah seperti yang dicatatkan dalam novel mahupun drama-drama sinetron Indonesia. Terlalu banyak duri dalam perjalanan menuju kea rah kejayaan. Terlalu banyak halangan dan air mata yang tumpah dalam menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Pah ni selalu tegur dan ingatkan aku bila aku terlalai tercampak dari pathway yang lurus. Bersyukur sebab ada sahabat seperti Pah. Pah ni cengeng, cepat nangis. Hahaha. Biyane Pah. Mohon sentiasa kuat biarpun aku taka da kat sana. Kau adalah perempuan yang paling tabah. Ingatlah setiap duka yang ko lalui sekarang pasti akan dibalas dengan kemanisan kelak. Ish, rasa macam nak melalak lagu Malaikat-Hazama pulak kat sini.
Tuhan, tolong hantarkan malaikat untuk jaga mereka mereka yang aku sayang di sana. Tak cukup dua malaikat yang ada di kiri dan kanan menjaga setiap waktu. Hantar ramai ramai. Hahaha. Ridiculous sangat aku ni.

Tapi pengalaman di Mesir memang banyak mengajar aku untuk lebih dewasa. Kat sana, terlalu banyak sangat rumors yang menyakitkan hati tersebar dalam masyarakat kecil. Kena sentiasa jaga diri agar tidak terkena fitnah manusia. Kena selalu jaga tingkah laku dan percaya pada orang yang betul untuk tak kena betray atau jadi buah mulut manusia lain. Komuniti di Zagazig terlalu minority sehinggakan kalau sorang tahu satu cerita tu, esoknya mesti satu Zagazig tahu.

Apa yang penting, ko kena tahu jaga diri ko sebab kat sana ko bawak maruah ibu bapa ko jugak. Ko kena pandai pilih kawan dan kena pandai bawak diri. Jangan sesekali jadi naif macam aku dan terus letak kepercayaan kat manusia berdasarkan appearance dorang. Kadang-kadang ko selalu nampak manusia tu baik sangat, comel sangat dan lemah lembut. Walhalnya kata-katanya tajam berbisa umpama pisau apabila dia marah tanpa memikirkan situasi dan perasaan manusia sekeliling. Hipokrit. Ya, hipokroit namanya. Ada juga segelintir manusia yang hipokrit hidup bertopengkan kemanisan wajah dalam kalangan masyarakat melayu Zagazig. Jangn hanya memandang pada tudung yang labuh, pakaian yang menutup aurat atau wajahnya yang manis dan innocent, ko terus menyimpulkan manusia ini baik. Manusia tidak sempurna. Ada sebahagian gelap dalam diri mereka yang mereka sorokkan dari orang lain. Gusarnya andai ketahuan. Bimbang dilabel sebagai manusia tidak baik. Aku juga mempunyai sebahagian gelap dalam diri aku yang Allah tutup dari pandangan manusia. Syukran Ya Rabb.

Semua manusia nampak baik kerana Allah menutup aib mereka.  Maka, semtiasalah berhati-hati apabila meletakkan kepercayaan pada orang dan sentiasa meneliti dahulu peribadi seseorang sebelum menghakimi mereka.

Aku pernah alami. Sehingga kini, perasaan itu masih menghantui aku. Dan aku berasa sangat takut untuk terus mempercayai manusia. Sebab aku pernah rasa pahitnya rasa di-betray dan sakitnya rasa ditikam dengan kata-kata tomahan manusia yang dahulunya seringkali menganggungkan perkataan ‘ukhuwah’.


Ini kisah aku, yang tak dapat masuk Azhar University sebab tak ada asas Bahasa Arab. Tapi one of sahabat aku purposely nak masuk Zagazig University sebab parent dia tak nak dia dan abang dia berada di university yang sama. Abang dia Azharian. Lain lain tempat dan university boleh tambah pengalaman lebih luas instead of localized kat satu tempat dua-duanya, kan? Sahabat aku ni namanya Hariz. Yang uniknya Hariz ni, semua keturunan keluarga dia nama harus start dengan huruf ‘H’. Daebak kan? Orangnya baik dan sentiasa lemah lembut dalam urusan, even dia lelaki (menarik,kan?). Hariz ni selalu tolong aku tak kisahlah dari hal yang sekecil-kecil kuman, sampailah hal sebesar-besar gajah. Tak pernah lokek dengan senyuman walaupun sebenarnya dia tak nak tolong. Tapi sebab dia tak sampai hati nak tolak.. maka terpaksalah. Hahaha, itu Hariz. Antara manusia penting yang memainkan peranan dalam hidup aku selama bermusafir di negara orang, dan translator Bahasa arab tetap aku dan ahli bait.

Pentingnya ukhwah antara satu sama lain di negara orang ni sebab kita adalah kelompok minority. Asalkan jangan salah guna term ukhwah itu dan pandai menjaga batas batas pergaulan bila berurusan.
Jujur aku cakap, aku tak teringin pun nak pergi Mesir. Tak pernah terfikir pun akan tercampak di negara yang sepuluh tahun di belakang Malaysia dari segi sektor kemajuan negara. Tapi Allah sebaik-baik perancang. Dan aku nampak hikmah perjalanan aku di Mesir.

Maaf kawan kawan, aku tak dapat nak sebutkan semuanya nama-nama korang di sini. Kalau nak cerita secara detail, boleh jadi novel ni. Hahaha.

Setiap seorang sahabat yang aku kenal, pasti meninggalkan pengajaran yang mat besar dalam hidup aku dan aku bersyukur kerana ditemukan dengan manusia seperti korang. Dari situ aku mula dewasa dan matang dalam setiap keputusan aku. Aku mula nampak dunia ini luas, dan terlalu banyak lagi perkara yang harus aku pelajari.



Jujur, aku rindu Mesir. Rindu pada negara yang pada mulanya tak pernah register dalam otak aku untuk kaki berpijak.

You Might Also Like

9 comments





@2011-2019 NurulHidayu